JAKEL Barulah Raya 2018

Pada 19 Mei 2018 lepas, gedung tekstil terkenal JAKEL telah menganjurkan kempen JAKEL Barulah Raya pertamanya di Jakel Mall Kuala Lumpur. Untuk destinasi kedua Jakel Barulah Raya pula telah berlangsung di Wisma Jakel Shah Alam pada keesokannya. Majlis yang berkonsepkan sembang santai tersebut, telah menampilkan Duta Raya Jakel bagi memasarkan koleksi pakaian raya mereka selain bertemu dengan semua para peminat.


Duta Raya Jakel pada tahun ini termasuklah Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Awal Ashaari, Scha Al Yahya & Lara Alana (Schawalara), Ayda Jebat dan karektor popular Upin & Ipin. Turut memeriahkan kempen tersebut juga adalah wajah baru Jakel iaitu keluarga popular Hanis Zalikha, Hairul Azreen & Yusuf Iskandar serta "World's Funniest Person", tidak lain tidak bukan selebriti Harith Iskander.


Berikutan keadaan ekonomi yang kurang rancak ketika ini, kebanyakkan pelanggan lebih bijak dan selesa memilih koleksi pakaian mampu milik untuk persiapan raya yang akan datang. Oleh itu pusat gedung tekstil terkemuka tanah air Jakel telah mengambil inisiatif dengan berperanan sebagai 'one stop centre' bagi memudahkan pelanggan mendapatkan pakaian raya berjenama pelbagai selebriti di bawah satu bumbung disamping mengekalkan elemen eksklusif ketika berbelanja. Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel, berkata ''konsep membeli belah di bawah satu bumbung yang dipraktikkan bertujuan memudah dan memberi keselesaan buat pelanggan setianya untuk mencari kelengkapan pakaian menjelang hari raya.''


Kesemua koleksi produk yang dikeluarkan oleh Jakel mementingkan elemen-elemen utama antaranya pemilihan fabrik berkualiti tinggi, permainan warna yang bersesuaian dengan perincian rekaan secara kemas dan rapi bagi menyerlahkan lagi personaliti pemakai agar kelihatan bergaya dan fashionable sesuai dengan trend terkini.


Selain bertemu pelanggan, majlis dimeriahkan lagi dengan sesi lelongan jualan 'Happy Hour' untuk koleksi pakaian raya di mana setiap Duta Raya Jakel akan mempromosi dan menjual koleksi mereka dengan harga runtuh untuk pelanggan Jakel. Jakel Mall Kuala Lumpur juga turut menghangatkan lagi kempen dengan memberikan baucer pembelian percuma kepada lebih kurang 1000 pelanggan terawal yang bernilai hampir RM70,000. Memang sangat meriah semasa acara lelongan tersebut. Bayangkan harga asal dari ratusan ringgit telah dilelong murah sehingga RM150 bagi sepasang baju melayu termasuk butang dan sampin sekali secara percuma!




Suasana ketika lelongan sudah tentunya meriah dengan para pelanggan Jakel yang tidak melepaskan peluang membeli dengan harga lebih murah. Walaupun kesemua duta Jakel sibuk melaungkan lelong, sempat Kak Bell merakam sedikit ucapan istimewa sempena Ramadhan dan hari raya nanti dari selebriti tanahair. Walaubagaimapun, tak sempat nak kejar Aaron Aziz, Nabil dan famili Hanis Zalikha. Ucapan di bawah ini, khas buat peminat mereka semua dan juga buat pembaca setia blog Kak Bell! Jangan jealous ya! 








Jualan Murah Sempena Hari Raya
Sempena menyambut bulan Ramadan dan hari raya akan datang, Jakel juga memberikan tawaran istimewa kepada para pelanggan yang berkunjung membeli-belah di Jakel bermula pada 5 Mei 2018 sehingga menjelang malam raya.



Harga koleksi baju melayu yang ditawarkan amat berpatutan bermula serendah RM89 dan pelanggan akan diberikan PERCUMA sehelai kain samping beserta butang baju melayu bagi setiap pembelian baju melayu. Manakala baju kurung wanita pula dijual dengan harga bermula RM79 sepasang. Pada tahun sebelum ini, Jakel mengeluarkan pakaian kanak-kanak berjenama Lara Alana dan Baju Melayu Upin Ipin, edisi kali ini Jakel telah menampilkan pakaian raya kanak-kanak lelaki dibawah jenama Yusuf Iskandar. Pakaian raya kanak-kanak dijual pada harga bermula RM39

Kurta & Kain Sampin Benang
Tahun ini juga, Jakel menampilkan keistimewaan lagi dengan mengeluarkan produk pakaian kurta di bawah label Hairul Azreen dan Awal Ashaari untuk mereka yang mahukan penampilan ringkas ketika berhari raya. Jakel juga memperkenalkan Kain Sampin Benang untuk koleksi sampin tahun ini, bagi memberi keselesaan kerana ianya boleh dipakai sepanjang masa berikutan tekstur kainnya yang tidak keras seperti sampin songket yang menjadi kebiasaan sebelum ini.

Koleksi Baju Melayu
Tahun ini, Jakel masih mengekalkan pengeluaran Koleksi Baju Melayu Aaron Aziz, Baju Melayu Nabil Ahmad, Baju Melayu Awal Ashaari dan yang terbaru iaitu Baju Melayu Harith Iskander bagi mereka yang bersaiz comel.

Untuk koleksi Baju Melayu Aaron Aziz, ianya direka khas dan khusus dengan mengetengahkan kekemasan pada leher, poket dan keselesaan. Keistimewaan Koleksi Aaron Aziz berbeza dari segi penggunaan pelbagai jenis fabrik dan warna. Antara warna-warna yang dijangkakan bakal menjadi pilihan pada tahun ini adalah warna hijau burung merak (teal green).


Manakala Baju Melayu Nabil Ahmad berkonsepkan moden kontemporari yang menekankan kekemasan pada leher dan poket termasuk potongan slim-fit yang digemari ramai. Baju-baju ini ditawarkan dengan harga yang berbeza-beza bergantung pada rekaan dan kualiti. JAKEL menawarkan variasi untuk koleksi Nabil kerana Jakel mempunyai beberapa kumpulan sasaran dan ingin menjadikan Koleksi Nabil Ahmad ini sebagai koleksi mampu milik. Warna yang dijangkakan bakal menjadi pilihan adalah warna maroon (merah hati).


Untuk tahun yang ketiga berturut-turut, Baju Melayu Awal Ashaari mengekalkan penjualan dalam pasaran untuk memeriahkan kempen tahun ini. Berpotongan moden kotemporari dan mempunyai label AA pada poket hadapan baju. Warna yang dijangkakan bakal menjadi pilihan ialah warna navy blue.


Menambahkan lagi kemeriahan promosi hari raya, Jakel mengambil inisiatif mengeluarkan produk baju melayu “plus size” dan ini juga merupakan kali pertama bagi Jakel memasarkan produk tersebut untuk mereka bersize comel di bawah label Baju Melayu Harith Iskander. Warna pilihan untuk koleksi ini ialah warna yellow buttercup.


Koleksi Kurta
Koleksi kurta di bawah label Hairul Azreen dan Awal Ashaari ini adalah keluaran terbaru Jakel menggunakan fabrik cotton yang bercorak disamping mempunyai kekemasan potongan leher dan di belakang bahu serta dilengkapi dengan poket. Keluaran koleksi kurta turut berkonsepkan mesra wuduk dimana ianya boleh dilipat dan dibutangkan pada bahagian sisi lengan.


Baju Kurung
JAKEL mengeluarkan koleksi baju kurung dibawah label Ayda Jebat yang berkonsepkan kurung moden dan bersesuaian dengan citarasa terkini para wanita terutamanya para gadis yang inginkan penampilan tampak ceria dan segar. Koleksi Ayda Jebat lebih bersifat moden pemilihan warna menarik dan motif corak terkini.


Koleksi Baju Kurung Moden Scha Al-Yahya pula, diperkemaskan dengan beberapa jenis detailing seperti jahitan manik, perincian lace,beaded dan permainan dari segi potongan supaya ia nampak lebih menarik. Kesemua baju Scha Al-Yahya didatangkan dalam pelbagai saiz, bermula dari S hinggalah ke 5XL.


Untuk Baju Kurung Hanis Zalikha menampilkan konsep elegan, versatile dan classy menjadikan koleksi gabungan ini memiliki keistimewaan tersendiri. Setiap koleksi rekaan mempunyai pilihan warna yang berbeza, penggunaan fabrik selesa dan setiap design dijahit kemas. Dilengkapi butiran beads dan sulaman lace menambahkan lagi ciri-ciri eksklusif. Keluaran ini juga menyediakan koleksi dengan harga mampu milik dan boleh dibeli di semua cawangan Jakel.


Konsep Kekeluargaan
Menariknya lebaran kali ini, Jakel tampil mengeluarkan koleksi raya bercirikan kekeluargaan dimana ianya direka dengan design dan warna sedondon yang boleh digayakan untuk satu keluarga. Para pelanggan boleh memilih untuk menggayakan koleksi dari Koleksi Schawalara dan Koleksi Hanis, Hairul, Yusof.

Koleksi Hanis, Hairul, Yusof

Koleksi Schawalara

Pembayaran Aplikasi Boost
Sempena musim perayaan pihak Jakel turut menjalankan kerjasama dengan pihak Boost di mana Boost merupakan Aplikasi Muat Naik dalam telefon Pintar untuk memudahkan pelanggan membuat bayaran secara online. Para pelanggan Jakel boleh membuat transaksi bayaran secara cashless di samping mendapat mata ganjaran setiap kali pembayaran transaksi dilakukan. Boleh klik sini > Dompet Digital Boost

Bagi yang masih belum mendapatkan kelengkapan raya, bolehlah berkunjung ke Jakel Mall. Ingat Raya Ingat Jakel!

Jakel Mall KL
Lot 159, Jalan Munshi Abdullah, 
50100 Kuala Lumpur

Jakel Shah Alam
27,29,31,33 & 35, Jalan Plumbum S7/S
Seksyen 7, 40000 Shah Alam

| Website | Facebook | Instagram |




CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top