Cool Sculpting - Rawatan Pembekuan Lemak Di Clique Clinic

Setiap dari kita lahir dengan pelbagai bentuk tubuh yang berbeza-beza. Ada bentuk tubuh berciri buah pir, ciri buah epal dan paling menarik tentunya yang memiliki bentuk tubuh jam pasir! Gambaran bentuk tubuh ideal yang selalu diinginkan lelaki dan wanita ternyata tidak jauh berbeza dari imej model yang selalu dipaparkan dimajalah dan poster selebriti. Agak-agaknya apakah bentuk ciri tubuh badan korang? Pernah tak dalam diri korang berasa kurang yakin dengan tubuh sendiri dan ingin 'mengubahsuai' bahagian-bahagian tertentu pada badan? Kadang-kala ada diantara kita yang gigih bersenam, diet melampau tetapi masih tidak dapat hasil yang diinginkan. Stress bukan?


Pada 3 April 2018 yang lepas, Kak Bell telah berpeluang ke Clique Clinic untuk mencuba kaedah rawatan CoolSculpting untuk menghapuskan lemak sasaran yang tidak diingini bagi membentuk kontur tubuh badan. Sebelum Kak Bell bercerita dengan lebih lanjut, kaedah Cool Sculpting ini bukanlah satu program penurunan berat badan. Ianya merupakan kaedah tanpa pembedahan untuk membentuk kontur badan. Semasa kunjungan Kak Bell ke sana, Kak Bell telah mendapatkan rundingan dari Dr. Josh Chua, Body Contouring Specialist & Director dan dibantu oleh Dr. Wendy Ding yang juga merupakan Body Contouring Specialist di sini.


Untuk sesi pertama rundingan, satu penilaian terhadap tubuh badan akan dibuat. BMI badan akan diambil dan dinilai sama ada bersesuai atau tidak untuk menjalani rawatan ini. Jadi, BMI yang sesuai adalah di bawah BMI 30. Jika lebih, perlulah menjalani rawatan untuk pengurusan berat badan. Disebabkan tidak banyak kawasan pada tubuh Kak Bell yang boleh menjalani rawatan Cool Sculpting ini, Dr. Josh Chua menyarankan rawatan dibuat pada pada bahagian sayap 'flank' bagi mendapatkan bentuk tubuh 'hourglass' untuk Kak Bell. Memang sangat terujalah sebab tahu badan sendiri tidak cantik dan ideal!


Dalam sesi pertama tersebut, telah diterangkan tentang faedah dan kesan sampingan menjalani rawatan Cool Sculpting. Beliau juga turut berkongsi tentang terdapatnya pusat-pusat rawatan kecantikan yang menggunakan kaedah seumpanya tetapi tidak mempunyai lesen atau tidak 'certified' dan menggunakan mesin rawatan tiruan untuk kaedah rawatan ini. Kaedah rawatan yang tidak mendapat pengiktirafan dan penggunaan mesin tiruan berpotensi menyebabkan kerosakan serius kepada seseorang seperti reputan fros (frosbite) dan kesan terbakar yang akan memberi kesan sampingan untuk jangka masa panjang. Oleh itu, kepada yang ingin mencuba Cool Sculpting, hendaklah memastikan alat yang digunakan adalah dari jenama Cool Sculpting bagi mengelak dari kejadian yang tidak diingini.



CoolSculpting® CoolAdvantage™
Sesetengah lemak yang degil pada tubuh kita tidak akan hilang sama sekali walaupun kitab bersenam atau diet seperti bahagian perut, pinggang, pinggul, paha dan bawah lengan. Dengan teknologi ini, lemak degil tersebut boleh dihapuskan dengan CoolAdvantage yang mengambil masa yang lebih singkat, rawatan yang lebih selesa dan lebih banyak tisu badan yang boleh dirawat. Rawatan ini adalah tanpa pembedahan dengan menyejukkan lemak yang tidak diingini dan sel lemak yang telah mati akan disingkirkan secara semulajadi dari badan. Untuk pengetahuan, Clique® Clinic merupakan klinik estetik pertama di Asia Tenggara yang memperkenalkan rawatan CoolSculpting® CoolAdvantage.


Aplikator CoolSculpting ini datang dalam pelbagai saiz untuk memenuhi bahagian badan yang berbeza setiap individu. Sebagai contoh, CoolAdvantage Petite sesuai digunakan untuk kawasan lebih kecil dan CoolCore Advantage digunakan untuk kawasan yang lebih besar seperti perut. Clique® Clinic merupakan klinik tunggal yang mempunyai aplikator CoolAdvantage Petite di Malaysia setakat ini.


Rawatan Cool Sculpting ini menggunakan aplikator CoolAdvantage yang terkini dalam proses penyejukan lemak pada suhu serendah 4 darjah selsius. Selain itu, masa rawatan juga dikurangkan sehingga 35 minit daripada tempoh 60 minit jika menggunakan applikator standard. Masa rawatan yang lebih pendek dan kawasan rawatan yang lebih optimum dapat dilakukan dengan aplikator jenis CoolAdvantage selain kesan selepas rawatan yang minimal.

Bagaimana CoolSculpting Bertindak?




Rawatan Cool Sculpting ini dapat menyerlahkan bentuk tubuh wanita kepada ciri tubuh jam pasir dan bentuk badan V-shape bagi badan lelaki. Setelah sesi rundingan selesai, temujanji seterusnya adalah untuk menjalani proses rawatan Cool Sculpting. Nantikan entri seterusnya untuk proses rawatan dan hasilnya kay!

Clique® Clinic
4, Jalan 19/36, Seksyen 19,
46300 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Operating Hours: Open Daily: 9AM-7PM
Closed on Public Holidays
Hubungi : 6037960 1211




CONVERSATION

28 comments:

  1. Ingatkan frost bite bila terlalu lama kat tempat salji. Rupanya dalam treatment ni pun ada terma ni ye?. Bentuk jam pasir tu macam bentuk kerengga la. Org kata kalau pinggang kecik bentuk kerengga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup sebab proses penyejukan tu sangat sejuk sampai boleh menyebabakan reputan frost. So, alat ni direka khas untuk sesuaikan dengan suhu badan pesakit.

      Delete
  2. Woww baru tahu wujud rawatan untuk bekukan lemak rupanya. Macam2 ye, hehe. Menarik jugak ni. Frost bite. Sounds like a food brand, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas beku tu sel akan mati. Then, kesannya kekal. bagus juga kan?

      Delete
  3. sakit tak bile buat hari tuh? macam kak lil buat dulu, ya ampun takut bile dengar bunyi mesinnya macam kat kilang getah tau... tengok ni cam best plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa rawatan ok Kak Lily. Tak berapa sakit sanagt and machine pun diam je. Plg sakit masa dah siap and time urut. Pedih sangat!!!

      Delete
  4. RAWATAN PEMBEKUAN LEMAK...1st time dgr..bahaya juga kalo yg guna mesin tiruan tu tp kdg2 customer tktau btul ke mesin asli or tiruan...tq share psl rawatan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, sebab banyak sgt copycat. Kita yang biasa ni manalah tahu kan. Kena hati2 dlm nak buat rawatan tu nanti

      Delete
  5. how's the treatment? is it painful? effective tak? first time heard of it... what technology also got nowadays, geng~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sakit after the treatment, during rubbing process. Tak tahan. Btw, it is effective. Boleh tgk next entri nampak hasilnya.

      Delete
  6. Jab jab... nak tengok perut sendiri... eh mana ada lemak pun.. otot ada la... (sambil usha perut sendiri yang memboroi) hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahha. Boleh buat juga ni. Tapi guna aplikator lebih besar. Dorang aritu ada buat program taja sorang lelaki. Sado terus badan dia. Hehehe

      Delete
  7. Nampak macam best je..rasa macam tak berani..Bella buat ok ?hehehe...sekarang technology makin canggih..guna je technology nak cantik nak apa semua senang kan..apapun kena berhati- hati..pergi ke tempat atau pusat rawatan yang diiktiraf aje..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua rawatan nak sakit mesti sakit. Beauty is pain! But sakitnya tu bearable. Dont worry

      Delete
  8. Macam canggih. Sakit tak, pernah dengar teknologi ini tapi tak berani cuba lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. A bit. Tapi sekejap je sakit. Yang penting hasilnya berkesan dan kekal

      Delete
  9. Kak bella, dah kurus nak buat apa sculp lemak lagi? Meh amik lemak saya ni banyak extra :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Ala bagi body shape sikit je. Aida tgk next entri untuk hasil rawatan

      Delete
  10. menariknya Bella tapi aduihhh takut pulak akak. Ni yang Bella ceritakan hari tu kan..kalau akak mau kena belas kali session kot baru leh kurus..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. AAh Kak Fuzy. Rawatan ni lah. Tak delah 2,3 kali mesti dah ok kak. Hehe

      Delete
  11. Sis bentuk pear..hehehe.
    Dah pernah buat 2 kali treatment ni tapi tulah..nak kena buat selalu..ambik package baru dapat result yg kita nak kan..tapi sis tak mampu masa tu nak bayar harga package..so cam ni le bentuk badan sis tak berubah sampai skrg..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bit costly..Yes. But still can be tailored mana tempat nak buat dgn budget yg ada. Rawatan ni kekal, sel lemak kan mati nanti

      Delete
  12. Pernah dengar pasal rawatan ni dalam 3-4 tahun lepas. Tak sangka kat Malaysia dah makin maju dan popular benda ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makin banyak dah klinik aestetik yang buat prosedur macam ni.

      Delete
  13. Ni first time dengan pasal teknologi ini untuk bekukan lemak hehehehe kita yang banyak lemak ni boleh ker buat takut juga wakakakaka.. nak raya nanti tak muat lak baju tempah tu wakakakaka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala boleh je. Bella tengok Maha dah makin sihat sekarang. Lepas ni bolehlah maintain. Usaha! Tahniah.

      Delete
  14. sekarang dah mudah nak dapat bentuk badan ideal. Ada je mesin yang boleh membantu. Tapi nak dapatkan rawatan ni kene datang banyak kali. Tapi aklau nak cantik, orang sanggup buat apa sahaja kan.. Nak raya ni, kak bell mesti cantik kan..hehee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. Tapi rawatan ni dia kekal dan instant. Just amalkan cara hidup dan pemakanan sihat dah ok. Harap2 cantikla di Hari Raya nanti yerr.

      Delete

Back
to top