Bufet Juadah Kampung Di Restoren KONTIKI, Hotel Federal KL - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Bufet Juadah Kampung Di Restoren KONTIKI, Hotel Federal KL

Trending

Bufet Juadah Kampung Di Restoren KONTIKI, Hotel Federal KL

Saat bulan Ramadhan sudah menjengah hari yang ke-9, baru ada berkesempatan untuk berbuka puasa yang dikira mewah diluar. Terima kasih Kak Bell ucapkan di atas jemputan untuk merasa bufet Juadah Kampung yang ditawarkan oleh Restoren KONTIKI, Hotel Federal KL pada 25 Mei 2018 yang lalu.



Restoren Kontiki, menyediakan lebih dari 100 jenis hidangan tradisional yang terdiri dari pelbagai menu masakan kampung dan dilengkapi dengan menu citarasa tempatan. Paling menarik, mereka turut menghidangkan menu Hidangan Kegemaran Dari Dapur Tunku iaitu menu kesukaan Perdana Menteri Pertama Malaysia, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj buat pengunjung yang datang ke sini. Terdapat 8 buah stesen makanan yang akan ditukar ganti setiap hari yang terdiri daripada stesen indoor stall, sup stesen, masakan panas, pencuci mulut, stesen salad dan bumbu sejuk, stesen kerabu, BBQ dan outdoor stall.


Kawasan dan ruang makan disini luas dan selesa. Pengunjung boleh memilih untuk makan di tempat duduk dalam atau pun dibahagian luar berdekatan dengan kawasan kolam renang. Suasananya memang tenang dan eksklusif untuk makan malam dan berbuka puasa sementara menikmati pelbagai jenis hidangan masakan kampung yang disediakan.

Indoor stall

Ruang makan

Outdoor area

Sempena bulan Ramadhan ini, pihak Federal Hotel International (FHI) dan FHI Group Hotel iaitu Hotel Federal KL dan Hotel Capitol KL, bersama-sama telah meraikan kanak-kanak dari Rumah Nur Kasih Bestari berbuka puasa di Restoren Kontiki. Ms Ooi Lee Ping, Pengarah Kumpulan Pemasaran, Jualan & Pembangunan Perniagaan & Operasi Hotel Federal International berkata "Bulan suci Ramadhan adalah waktu tradisi untuk berkongsi dan memberi. Ramadhan adalah bulan yang diberkati dan pihak kami berbesar hati untuk berkongsi kegembiraan perayaan, untuk membuat kanak-kanak kecil ini berasa istimewa. Kami percaya, dengan menyebarkan kasih sayang dan menjadi penganjur untuk meraikan mereka adalah sangat bermanfaat demi melihat wajah-wajah gembira mereka."

Kanak-kanak Rumah Nur Kasih Bestari


Hidangan Kegemaran dari Dapur Tunku
'Favourite Dishes from the Tunku's Kitchen' merupakan buku masakan 168 halaman yang mengandungi lebih daripada 70 resipi peribadi yang telah dikumpulkan hasil kolaborasi anak perempuan Tunku, YTM Tunku Datin Paduka Khadijah dan anak saudaranya, YTM Dato' Mukminah Jiwa. Buku resepi masakan warisan ini merupakan sebuah penghormatan dan dedikasi dari Hotel Federal International dan Hotel Federal KL buat Bapa Kemerdekaan Malaysia selain memperkenalkan keenakan masakan keluarga diraja kepada rakyat Malaysia dan juga pengunjung luar.

Favourite Dishes from the Tunku's Kitchen
- Gambar dari blog Lily Kan, Follow Me To Eat La

Diantara menu dari Dapur Tunku adalah seperti Ikan Goreng Serai, Daging Kicap Dengan Kacang Pis, Sambal Udang Petai, Daging Pedas, Itik Golek, Ketam Masak Sos Tomato, Ayam Masak Kuning, Ayam Masak Kicap, Sotong Masak Kuning Dengan Ubi Kentang dan Udang Goreng Manis. Kesemua hidangan ini memang menjadi kegemaran Kak Bell yang memang lebih sukakan juadah masakan kampung. Walaupun hanya melihat gambar sahaja dan cukup membuat Kak Bell kecur air liur. 

Mussel Masak Pedas Asam

Daging Kicap Dengan Kacang Pis

Sambal Udang Petai

New Potato with Chopped Parsley

Untuk tahun ini, Gerai Makanan Kampung terletak di bahagian luar bersebelahan dengan kawasan kolam renang yang dihias indah dengan lampu pelita. Gerai makanan di bahagian luar menyediakan menu Sup Gearbox/Sup Campur, Nasi Bukhari, Lok-Lok, Roti Pita Ayam dan Daging Lebanon, Murtabak dengan Kari AYam, Roti Canai, Rojak Sotong Kanjung, pelbagai Dim Sum, Ais Kacang, Teh Tarik dan Ais Krim Kontiki.

Di bahagian luar ini juga ada BBQ station, dimana pengunjung boleh mencuba pelbagai hidangan seperti kambing golek, sate, taufu bakar, beef tenderloin, otak-otak, keropok lekor, ayam percik, keladi dan keledek goreng, ketam goreng garing dan sebagainya. Untuk sate, ketam deepfried, keladi goreng dan roti canai dia memang sedap! Menu yang lain tu, tak sempat Kak Bell nak rasa sebab dah mampu nak makan. 

Nasi Bukhari

Braised Assorted Mushroom with Vegetable

Braised Beancurd with Seafood

Pengunjung juga pastinya akan tertarik dengan menu pembuka selera yang disediakan. Terdapat Gado-Gado, Rojak Buah, ulaman kampung, seleksi ikan masin bersama pelbagai sambal/bumbu, kerabu, tauhu sumbat, pulut kuning dengan serunding dan lain-lain lagi. Untuk kerabu tu ada Kerabu Mangga Muda, Kerabu Kacang Botol, Kerabu Sotong, Kerabu Nasi, Kerabu Daging, Kerabu Tauge, Kerabu Kacang Panjang, Kerabu Jantung Pisang, Kerabu Kaki Ayam, Kerabu Nenas Timun, Kerabu Perut dan Kerabu Telur. Ada 12 jenis kesemuanya.

Pelbagai hidangan tempatan

Buah-buahan segar tempatan

Selain menyediakan pelbagai menu hidangan tempatan, menu bufet disini juga turut menyediakan hidangan kontinental seperti Sushi & Sashimi. Makanan barat seperti Spageti Bolognaise pun ada. Sangat sukakan menu Grilled Lamb Cutlet on Rararouille dan Itik Panggang Dengan Jus Oren. Kebiasaannya, tidak berapa menggemari hidangan itik tetapi masakan itik disini sangat menepati citarasa. Kak Bell recommend untuk cuba jika berkunjung ke sini nanti.

Itik Panggang Dengan Jus Oren

Grilled Lamb Cutlet on Rararouille

Western  Cold Cut Platter


Bagi peminat kuih Melayu, terdapat 20 jenis menu kuih yang boleh dicuba dan turut disediakan dodol kampung, wajik, 8 jenis pastri Perancis, 4 jenis kek,  tat, puding, bubur buah, agar-agar dan lain-lain. Kuih tradisional melayu pun ada seperti kuih loyang dan peneram atau lebih dikenali sebagai kuih telinga keling. Dah nampak dah suasana nak berhari raya bila nampak kuih-kuih raya ni.

Krim Karamel


Kuih Melayu dan pastri

Untuk melihat lebih banyak lagi menu hidangan di sini, bolehlah menonton video di bawah. Kesemua hidangan dan rasa masakan memang enak. Pasti rambang mata nak pilih makanan mana.


Harga Bufet Juadah Kampung di Restoren Kontiki ialah RM138nett/dewasa, RM35nett/kanak-kanak, RM69nett/warga emas. Promosi ini bermula dari 25 Mei 2018 - 14 Jun 2018 dari jam 7PM-9.30PM. 30% diskaun sah kepada ahli Gracious Reward & FHI Privilege ClubUntuk tempahan boleh hubungi 0321489166 atau emel kepada fnb@federal.com.my

Restoren KONTIKI
Hotel Fedaral Kuala Lumpur,
35, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur.




Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post