Percutian Singkat Ke Merlimau, Melaka

Hi Korang! Kisah percutian singkat ke Melaka ni sebenarnya dah lama. Dari bulan Januari 2018 hari tu pergi, tapi baru sekarang ada masa nak menulis. Bila dah ditangguh lama, nak ambil semula mood pun bercintalah gayanya. Jadi dah ada masa ni, Kak Bell siapkan entri ni.

Percutian ke Merlimau, Melaka tempohari sebenarnya tidaklah dirancang. Masih ingat Puteri Sharina tak? Kawan Kak Bell dalam kisah-kisah travel sebelum ni? Hehe. Kebetulan kawan Kak Bell, Puteri Sharina ajak temankan dia pergi menghantar baju pengantin untuk anak buah dia. Dan kebetulan juga hari keesokannya Kak Bell tak bekerja, jadi terus 'on' sahajalah ikut dia. Jadi kami bertiga termasuk dengan sorang lagi kawan bertolak ke Melaka pada malam 13 Januari jam 2 pagi saat semua orang tengah lena tidur. Malam tersebut hujan lebat dan sempat bertembung dengan 2 insiden kemalangan. Dahlah hujan lebat, ada pulak melaun-melaun ni bawak kereta macam pelesit!


Sampai Merlimau kira-kira jam 5 pagi macam tulah. Jadi, kami brekfast dululah sebelum teruskan destinasi ke rumah lama keluarga Puteri Sharina. Btw, sarapan nasi lemak dan roti canai pagi tu agak menghampakan. Dalah malam tadi singgah kedai mamak area Bandar Putera 2 pun tak sedap. Terkilan tau sebab citarasa tak dipenuhi. Hiks! Dah sampai rumah, haruslah membuta dulu sebab seharian tak tidur selepas balik dari kerja malam.


Suasana rumah Melaka. Lama tak tengok pokok kelapa. Hehe

Keesokannya siang, baru kami ke rumah Nek Su Puteri Sharina untuk makan tengahari dan hantar baju pengantin. Kalau dah sampai ke Melaka, mestilah kena rasa hidangan asam pedas. Tengahhari tu, kami dihidang masakan kampung asam pedas ikan, ikan goreng, telur dadar dan sayur campur. Menu macam ni memang berselera kalau makan. Tak ada segan dah, habis licin kami makan. Tambah-tambah Kak Bell. Buruk betul perangai bila makan. Haha. Lepas makan tengahari dan berjalan ke dusun buah-buahan barulah kami pergi jalan-jalan sekitar Merlimau. Btw, tak banyak tempat dapat pergi sebab kesuntukan masa dan keadaan hari pun yang hujan.

Asam pedas terangkat!

Eching tuang kopi kat suami katanya

Semasa di Merlimau, sempat Kak Bell melawat ke kawasan Makam Tun Teja dan Rumah Tradisional Penghulu Md. Natar. Disebabkan dah lewat petang dan hujan, Rumah Penghulu Natar dah tutup untuk lawatan. Jadilah, dapat bergambar kenangan di sini.

Rumah Tradisional Penghulu Md. Natar
Terletak di Pekan Merlimau kira-kira 22 km dari Bandar Melaka menghala ke Muar di daerah Jasin. Sebelumnya dikenali sebagai Rumah Penghulu Abdul Ghani yang merupakan bapa kepada Penghulu Md. Natar. Setelah Penghulu Abdul Ghani meninggal dunia, beliau telah digantikan oleh anaknya Mohd Natar dan rumah tersebut dikenali sebagai rumah Penghulu Md. Natar.


Hujan dah mula turun!

Rumah unik bersenibina campuran mempunyai pengaruh Palembang, Kemboja, Champa dan Filipina ini di bina dalam tahun 1914, pada zaman sebelum pemerintahan British oleh Datuk Penghulu Abdul Ghani, Penghulu Kawasan Merlimau. Jubin lama yang besar ini diimport dari China dapat dilihat pada anak tangga rumah. Rumah yang dibina ini, direka bukan semata-mata untuk kediaman malah berfungsi sebagai sebuah pusat pengurusan mukim dilengkapi ruang memasak untuk kenduri dan pernah dijadikan lokap untuk penahanan sementara pesalah sebelum dihantar kepada polis.



Makam Tun Teja
Seterusnya singgah ke Makam Tun Teja. Dari jalan besar, korang hanya perlu berjalan masuk ke dalam sedikit untuk ke kawasan makan. Kawasannya bersebelahan sawah padi dan juga berdekatan dengan penempatan penduduk. Di makam ni, perigi dan kawasan makan telah dipagar berikutan banyak perbuatan syirik dan pemujaaan berlaku kat sini. Untuk pengetahuan korang, terdapat 2 versi cerita mengenai Tun Teja. Kak Bell rasa umum mengetahui versi dari Hikayat Hikayat Hang Tuah. Kisah hikayat ni Kak Bell copy pasta je dari Wikipidia. Dah tulis kat sini, at least bolehlah korang baca kan. 



Makam Tun Teja


Dalam versi Hikayat Hang Tuah yang menyebut tentang Hang Tuah yang telah difitnah oleh orang-orang istana Melaka dan telah membawa diri ke Pahang setelah dinasihati oleh Bendahara Paduka Raja. Sesampai di Pahang, Hang Tuah telah membuat perhubungan dengan Bendahara Seri Buana iaitu ayahanda kepada Tun Teja dan Tun Jenal, adinda Tun Teja. Pada mulanya Tun Teja menolak akan pelawaan perhubungan dengan Hang Tuah namun setelah diberi ubat guna-guna melalui Dang Ratna, inang pengasuh Tun Teja yang juga menjadi ibu angkat Hang Tuah, Tun Teja telah jatuh cinta kepada pahlawan itu, walhal Tun Teja Telah pun bertunang dengan Megat Panji Alam, anak raja Terengganu.



Hang Tuah telah membuat pakatan untuk membawa Tun Teja ke Melaka melalui jalan laut, walau pun pada mulanya orang-orang Pahang berjaya menghidu akan tindakan Hang Tuah, diketuai oleh Tun Jenal. Namun angkatan tentera Pahang terpaksa berpatah balik setelah tiang kapal mereka patah dipanah oleh Hang Tuah. Sesampai di Melaka, Tun Teja diarak dengan gajah ke balairung seri istana Melaka. Tun Teja terperanjat kerana dipersembahkan kepada Sultan Mansur Syah, walhal kedatangannya ke Melaka adalah untuk mengahwini Hang Tuah. Namun setelah diberi sirih jampi oleh Hang Tuah, Tun Teja melupakan Hang Tuah dan akhirnya mengahwini Sultan Melaka, manakala Hang Tuah telah diampuni oleh Sultan Melaka dan dijadikan Laksamana.




Megat Panji Alam yang amat marah dengan kejadian yang menimpa tunangannya, telah mengambil keputusan untuk menyerang Melaka bersama 4000 tentera namun beliau singgah di Pahang untuk mengadap Sultan Pahang. Namun beliau dibunuh oleh Hang Jebat dan Hang Kasturi yang telah diarahkan oleh Hang Tuah yang telah dapat menghidu tindakan Megat Panji Alam. Sultan Pahang yang murka kerana gagal menjalinkan hubungan dengan Terengganu, telah menjatuhkan hukuman bunuh terhadap keluarga Tun Teja.

Dah habis berjalan di sini, sempat kitaorang memecut ke JPO Melaka. Tetapi, sangatlah hampa sebab tak ada apa yang menarik untuk dibeli. Yang pelik tu, ada pula brand pakaian macam jual kat kedai-kedai biasa. Kaedah sangat brand macam jual dala Aeon Big pun nak letak kat sini. Kekononnya naklah beli barangan berjenama dengan harga yang murah. Namapun JPO kan! So, dah agak-agak puas, kitaorang singgah makan malam dan pulang semula ke KL.



Nasi bubur dengan asam pedas tetel ni memang sedap! Next time datang sini boleh food hunt lagi. Itu ajepun ceritanya. Sehari je berjalan ke Merlimau. Tak sempat nak pergi tempat lain. Nanti ada masa bolehlah singgah ke sini lagi. Okay, bye.




CONVERSATION

1 comments:

  1. wah banyak juga yg menarik di merlimau.. bolehlah berkunjung nanti

    ReplyDelete

Back
to top