Farmasi CARiNG Memperkenalkan Kad Loyalti Elektronik Sempena Program Keahlian Regular CARiNG

Sebagai jenama yang berusaha untuk sentiasa berubah dan kekal relevan, Farmasi CARiNG membuktikan keupayaannya dalam dunia digital dengan memperkenalkan Program Keahlian Regular CARiNG yang baru pada Januari 2018. Dibangunkan bersama dengan Capillary Tech, Program Keahlian Regular CARiNG ini adalah aplikasi mudah alih yang bertujuan untuk berhubung serta memberi ganjaran kepada pelanggan dalam satu penyelesaian. Dengan pelancaran aplikasi ini, syarikat ini bersedia untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan mereka di kedai fizikal dan juga secara online, sambil mengekalkan platform CEM (pengurusan pengalaman pelanggan) yang berkesan. 

  Selebriti undangan; 988 radio DJ dan 8TV host Cheryl Lee Xin Yi, pelakon dan  Hos TV Dynas Mokhtar, En. Chong Yeow Siang, Managing Director CARiNG Pharmacy, En. Loo Jooi Leng, Marketing Director CARiNG Pharmacy dan Mr. Bean Malaysia.

Aplikasi mudah alih ini boleh dimuat turun secara percuma di App Store untuk peranti Apple atau Google Play untuk peranti Android. Setelah memuat turun aplikasi dan mengisi butiran asas peribadi, pengguna akan diberikan keahlian seumur hidup dan diberi 200 mata ganjaran (Welcome Points) sebagai permulaan dan kemudiannya boleh digunakan untuk menebus Baucer Tunai CARiNG. 

Aplikasi Program Keahlian Regular CARiNG ini adalah bukan sekadar 'kad keahlian digital' sahaja. Pengguna juga boleh mengikuti perkembangan terbaru dan pelbagai promosi yang ditawarkan dari Farmasi CARiNG. Di paparan skrin 'HOME' aplikasi, para pengguna dapat mengakses berita terkini mengenai kesihatan dan pemakanan yang disarankan oleh pakar-pakar kesihatan. Selain itu juga, pengguna boleh mendapatkan berita mengenai pameran bergerak CARiNG, pemeriksaan kesihatan percuma, ceramah dan bengkel percuma juga tersedia di skrin ini. Dalam usaha untuk mengurangkan penggunaan kertas, buletin suku tahunan mereka juga boleh diakses dari skrin 'HOME' aplikasi tersebut. 


Dengan lebih daripada 114 cawangan Farmasi CARiNG di seluruh negara, pengguna yang menghadapi kesukaran untuk mencari cawangan terdekat, bolehlah menekan butang 'LOKASI'. Aplikasi ini akan mencari cawangan Farmasi CARiNG yang terdekat dan pengguna boleh menyimpan lokasi cawangan kegemaran mereka untuk rujukan masa depan. 


Butang 'BAUCER' ​​dalam aplikasi akan memaparkan semua baucar dan butiran pengguna, jadi anda tidak perlu lagi untuk menyimpan dan menguruskan beberapa baucar secara fizikal pada satu masa. Tidak perlu bimbang untuk mencari baucar yang hilang atau membiarkan baucer yang disimpan tamat tempoh! Pada hari ulang tahun mereka, pengguna akan diberi ganjaran baucer hari jadi sebanyak RM5 dan juga menerima 3x mata ganjaran untuk semua pembelian.


Sebagai sebuah kad loyalti elektronik, aplikasi ini memberi lebih faedah berbanding kad keahlian yang biasa. Tidak perlu untuk membawa pelbagai jenis kad ahli di dalam tas tangan atau dompet yang membebankan pengguna. Dengan hanya menekan butang 'AHLI', pengguna dapat melihat butiran nombor keahlian pengguna, kod bar untuk pengimbasan dan mata ganjaran yang terkumpul untuk penebusan. Aplikasi CARiNG juga turut menyediakan butang 'E-STORE' untuk pengguna membeli belah secara online di Farmasi CARiNG dan mengelak dari kesesakan orang ramai dan lalu lintas, demi untuk pengalaman membeli-belah yang damai dan lebih selesa di rumah. 


Diakui bahawa kebanyakan pengguna telah dibanjiri dengan pelbagai jenis kad keahlian loyalti, Pengarah Urusan Pengurusan Runcit Farmasi CARiNG Sdn Bhd, Encik Chong Yeow Siang, berkata semasa pelancaran rasmi Aplikasi Program Keahlian Regular CARiNG, "Apakah kegunaan kad keahlian loyalti jika ia hanya duduk di rumah bersama-sama dengan dua puluh kad keahlian yang lain? Pada zaman ini, tiada siapa yang meninggalkan rumah tanpa telefon bimbit mereka, jadi Aplikasi Program Keahlian Regular CARiNG kami sentiasa boleh diakses setiap masa!" 

En. Chong Yeow Siang, Managing Director CARiNG Pharmacy

Pada hari pelancaran tersebut di pusat membeli-belah 1 Utama, jenama seperti Tiger Balm, Allergan, Scotts, Blackmores, Dermareen, Avene, QV, Splat, Jordan, Cypress Medi, GoodMorning, Body Buddy, Hiruscar dan Brand’s telah mengambil bahagian untuk mempamerkan produk mereka dan memberi pendedahan kepada para pelanggan tentang produk mereka. 

Pemeriksaan mata semasa roadshow Caring Shopper Loyalty Mobile App


Para tetamu juga disajikan dengan penampilan menghiburkan dari Mr Bean Malaysia selain juga persembahan tarian. Paling menarik, majlis pelancaran turut diserikan dengan selebriti undangan; pelakon dan pengacara TV, Dynas Mokhtar dan DJ radio 988 + pengacara 8TV, Cheryl Lee Xin Yi. Kedua-dua selebriti ini juga berkongsi pengalaman dengan menggunakan Aplikasi Program Keahlian Regular CARiNG.

Cheryl Lee Xin Yi dan Dynas Mokhtar berkongsi pengalaman menggunakan aplikasi Caring Shopper Loyalty Mobile App bersama William

"Sebagai seorang advokat untuk pemuliharaan alam sekitar, saya suka bahawa aplikasi ini tidak menggunakan kertas untuk newsletters, risalah promosi dan kad plastik yang berakhir di tapak pelupusan sampah. Secara keseluruhan, saya suka aplikasi ini kerana ianya mempunyai aplikasi all-in-one untuk kemas kini berita, keahlian, perbelanjaan dan pengurusan baucer terkini." kata Dynas semasa sesi interaktif dalam acara tersebut.

Bersama dengan Dynas Mokhtar

Maklum balas positif disuarakan juga oleh Cheryl, "Saya mempunyai banyak kad keahlian yang saya tidak pernah menggunakan kesemuanya kerana akhirnya saya akan menyimpannya di rumah kerana kad-kad keahlian ini secara kolektif, mengambil begitu banyak ruang dalam beg saya. Pada akhirnya, saya fikir ia tidak mendatangkan sebarang keuntungan untuk mempunyai kad keahlian yang banyak kerana saya tidak pernah menggunakannya bagi mengumpul mata atau menggunakan diskaun ahli. Malah, saya telah berhenti menyertai program kad keahlian loyalti kerana alasan ini. Tetapi dengan aplikasi ini, ianya menjadi nafas baru kerana ia menangani masalah utama dengan kad keahlian dan malah ia juga memberi saya banyak bonus!." 

Bersama dengan Cheryl Lee Xin Yi

Dengan pelancaran Aplikasi Program Keahlian Regular CARiNG ini, kami berharap untuk menjadi lebih dekat dengan pelanggan kami dalam memberikan perkhidmatan dan produk yang lebih baik, sambil memberikan ganjaran kerana mempercayai kami dengan keperluan kesihatan dan perubatan mereka," kata Encik Chong. 

Dari kiri: 988 radio DJ & hos 8TV Cheryl Lee Xin Yi, En. Chong Yeow Siang, Pengarah Urusan CARiNG Pharmacy dan pelakon dan hos TV Dynas Mokhtar menerima mata ganjaran CARiNG

Semasa pelancaran itu juga, pihak CARiNG turut mengadakan pertandingan Most Creative Instagram Contest Prize Giving (3 pemenang) dan Caring Quiz Prize Giving (10 pemenang). Sangat bertuah bila Kak Bell diumum sebagai pemenang untuk kedua-dua pertandingan dan diberikan hadiah berupa 15,000 mata ganjaran untuk Most Creative Instagram Contest dan juga 30,000 mata ganjaran untuk Caring Quiz. 45,000 mata ganjaran terkumpul Kak Bell perolehi semasa hari tersebut. Bolehlah Kak Bell tebus baucer tunai ni nanti semasa membeli barangan di Farmasi CARiNG.

Pemenang Kuiz Caring bersama En. Loo Jooi Leng, Marketing Director CARiNG Pharmacy

Pemenang Most Creative Instagram

Sertai acara pelancaran Aplikasi Program Keahlian Regular CARiNG di pusat membeli-belah 1Utama Ground Floor Centre Court (Old Wing) dari 28 Mac - 1 April 2018 untuk tawaran yang lebih menarik sambil mengumpulkan mata untuk menebus baucar tunai.

CONVERSATION

27 comments:

  1. Persaingan semakin hebat untuk bidang farmasi juga. Guardian dan Watson pun banyak buat promosi kebelakangan ini.
    eratuku

    ReplyDelete
  2. dah lama tak ke caring pharmacy. semakin menarik skrg

    ReplyDelete
  3. Oooo.... Even pharmacy having apps now... Interesting...
    I can see they are doing some rebate there too. Good for that. People will buy more...

    ReplyDelete
  4. Wah. Bella menang banyak points ek - so bila nak belanja Rawlins kat Caring ye? hehe. Tahniah Bella.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh2. InsyaAllah. Nak ubat apa cakap. hehe

      Delete
  5. Bgus la ada keahlian guna apps mcm.ni...kdg2 mmg mlas pun nk.jdi ahli kalau kena buat2 kad ni...1 sebab nanti end up nya hilang la sebab ada ank2 kecik ni kan pham2 je lah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..bnyk sngt kad sampai tak pakai pun akhirnya

      Delete
  6. aduhai. byk tu points, Bell.
    aida percaya benda ohsem yg Bell boleh tebus di Caring.
    tahniah la. aida jarang ke Caring. sebab berdekatan umah aida ni, takde outlet nyer.
    cantik Dynas :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah menang. Dapatlah dlm RM300 kan buat beli ubat dll di Caring

      Delete
  7. Bagusla dia buat kad keahlian macam ni.
    Boleh menarik minat peminat setia untuk terus berbelanja di sini.
    Satu marketing yang menarik

    ReplyDelete
  8. RM 1 voucer boleh ditebus bila ada 150 point! Wow banyak tu kena berbelanja di Caring Pharmacy. Hehehe. Ruby jarang ke Caring ni. Masa ada voucher dr mereka pun tak pergi juga. Sebab voucher mereka ni konsepnya purchase with purchase. Kena belanja RM 50 baru bleh guna RM 5 voucher. Grrrrrr. Tak suka tau. Harap-Harap yang sekarang ni takda la syarat-syarat camtu. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah Ruby, pitam nak dapatkan points. Ni kalau tak menang tak taula bila boleh redeem. haha

      Delete
  9. Sepatutnya sekarang semua dah kena pakai teknologi apps ni baru dalam dompet atau bag tangan dan dalam kereta tak banyak letak macam-macam jenis kad sekarang ni berat dompet sebab banyak kad...

    ReplyDelete
  10. Senang ada apps camni kan..boleh check promo kat phone je..xyah nak walk in..and pasal kad tu mmg betil..leceh bawa banyak2..tebal purse..

    ReplyDelete
  11. Wahhh semakin advance lah siap ada apps. Mudahlah nak cek2 diskaun n kumpul points utk tebus. Anyway, cantik lah gladiator dynas.

    ReplyDelete
  12. I always feel like caring has been underrated...they have always had all the things that i wanted in times of emergency..and to know that they finally have their own card...i will definitely get my hands on it...

    ReplyDelete
  13. Dulu mommy rajin juga masuk caring. Tapi sejak dah jauh ke meru. Susah nak masuk ke caring pharmacy dah. Betul juga tu, banyak-banyak card penuh wallet. So dengan online ni memudahkan pengguna

    ReplyDelete
  14. Wahh.. maju ke hadapan nampaknya farmasi Caring ni ya! Saya jarang singgah tapi inovasi macam ni memang nampak menarik untuk pelanggan, lagi2 yang regular!

    ReplyDelete
  15. Ala, kita ni kuno... Lagi suka pakai kad and check balance macam kad Petron. Mana taknya? Henpon kita tak canggih, kalau apps banyak sangat rimas juga. Tapi ramai lagi yang suka pendekatan ni.

    ReplyDelete
  16. Wahhh dh ada aps pulak dah caring farmasi sekarang ni ya . Senang lah kalau nk beli apa2..dok check kat phone je lah nanti

    ReplyDelete
  17. Aplikasi Program Farmasi CARiNG ini semacam program yang bukan sekada keahlian digital saja kan? Pengguna juga boleh mengikuti perkembangan terbaru dan pelbagai promosi yang ditawarkan dari Farmasi CARiNG.

    ReplyDelete
  18. yang best tentang aplikasi ni sebab dia ada bagi banyak promosi dan benefit untuk yang jadi member. Lagipun sangat sennag untuk kita mencari brg di farmasi...sebab blh beli secara online

    ReplyDelete
  19. Wow congrats menang banyak points during the event. Thanks for sharing this apps, seems like its quite interesting and user friendly. I will check it out.

    ReplyDelete
  20. Wah bagus ni sis Bell, diorang pon akan dapat customer tetap nanti. good marketing

    ReplyDelete
  21. Bestnya Bella menang...kak xdpt pergi ari tu ssb pagi susah sikit nk pegi...tahniah!!

    ReplyDelete
  22. Selalu beli dengan farmasi caring ni melalui lazada jer. lepas ni boleh lah join loyalty club ni pulak secara elektronik

    ReplyDelete

Back
to top