PRP Treatment Review At Premier Clinic: Stay Young & Beautiful

Wanita dan kecantikan berpisah tiada. Frasa yang biasa kita dengar. Siapa yang tdak sukakan benda yang cantik bukan? Bohonglah jika tidak berasa iri bila melihat orang yang cantik. Walaupun tidak persis seorang model, pastinya kita mahu penampilan yang menarik dan sedap mata memandang. Zaman sekarang, lelaki yang handsome mengalahkan perempuan pun ada dalam bab menjaga hal kecantikan. Jangan cakap kecantikan luaran itu tidak penting. Walau apapun, cantik luaran dan dalaman itu sama-sama penting. Elok budi pekerti dan cantik pula, siapa yang tidak berkenan?


Bercerita tentang kecantikan, pastinya korang pernah dengar tentang rawatan estetik (aesthetic treatment) bagi meningkatkan penampilan kosmetik. Terdapat pelbagai jenis rawatan estetik seperti rawatan terhadap kesan parut, keletihan kulit, kedutan, lemak yang berlebihan, selulit dan sebagainya. Semua prosedur rawatan ini menjadi rawatan yang semakin popular bagi mengatasi permasalah kosmetik. Paling penting, perlunya kita memastikan setiap rawatan yang bakal dilakukan adalah selamat, berkesan dan haruslah mendapatkan perkhidmatan estetik daripada klinik yang berlesen dan bertauliah.

Gambar bersama Dr. Foo Wing Jian

Baru-baru ini, Kak Bell telah mendapatkan rawatan PRP (Platelet Rich Plasma) di Premier Clinic cawangan TTDI. Klinik Premier ini menyediakan pelbagai prosedur estetik tanpa pembedahan dan rawatan laser canggih dan merupakan di antara 3 klinik kecantikan estetik yang terkemuka di Malaysia. Dalam usia yang dah menginjak ke siri 40 ni (beberapa tahun sahaja lagi), memang perlu memberi perhatian yang lebih sedikit dalam penjagaan wajah. Masalah kedutan sana-sini, kulit dehydrated, jeragat dan kulit kusam memang menjadi igauan ngeri bagi kita semua. Walaubagaimanapun, Kak Bell still nampak awet muda kan? Sekali-sekala, angkat bakul buat diri sendiri! Siapa tak suka bila orang cakap umur macam 27 tahun kan! Kak Bell memilih untuk lakukan rawatan PRP ini bagi mengurangkan kesan parut jerawat, masalah eye bag, kedutan wajah dan bagi meningkatkan keremajaan wajah.


PRP (Platelet Rich Plasma)
PRP adalah rawatan yang semakin 'trending' dan sangat berkesan untuk kecantikan dan anti-penuaan. Rawatan ini amat selamat kerana ianya menggunakan darah kita sendiri dalam proses rawatan. Tiada bahan kimia atau sebarang bahan campuran yang lain selain daripada sel darah platelet daripada badan kita sendiri. Facelift tanpa pembedahan ini juga turut dikenali sebagai rawatan terapi 'Vampire' atau 'Dracula'. Terdapat 3 langkah asas dalam rawatan PRP iaitu pengambilan darah, pengasingan plasma darah bagi mendapatkan platelet-rich plasma dan proses memasukkan semula ekstrak tersebut ke dalam kulit.


PRP dilakukan dengan mengambil darah di bahagian lengan dan darah akan diproses dengan menggunakan mesin centrifuge khas untuk mengasingkan sel darah, platelet dan serum darah. Kemudian, doktor kecantikan akan menyuntik PRP yang telah diproses ke bahagian wajah yang perlu dirawat. Selain muka, PRP boleh dilakukan di pelbagai bahagian badan seperti lutut untuk merawat penyakit arthritis, kulit kepala untuk masalah rambut, bahagian kelamin untuk merawat masalah tenaga batin dan sebagainya.

Pengambilan darah

Pada hari tersebut, Kak Bell mendapatkan konsultasi dan rawatan dari Dr. Foo Wing Jian. Segan pula rasanya bila melihat kulit wajahnya yang sihat. Dalam sesi tersebut, Dr. Foo telah menerangkan tentang cara rawatan dan kebaikan rawatan PRP ini. Menurut beliau, kaedah rawatan PRP memang sangat efektif untuk atasi masalah pada kulit wajah Kak Bell. Beliau fokuskan pada masalah lingkaran bawah mata, kedutan pada dahi, mata, laugh line dan juga akan pada kesan parut jerawat pada muka Kak Bell. Perasaan takut tu, memang ada sebab pertama kali menjalani prosedur sebegini. Bercampur baur juga perasaan tapi masih kekal tenang demi nak cantik! Dr. Foo menyakinkan bahawa prosesnya sekejap sahaja dan Kak Bell pasti akan berpuas hati dengan hasilnya nanti. Jom teruskan pembacaan untuk review sesi rawatan PRP.


Setelah darah diambil sebanyak 30ml-60ml (bergantung kepada kawasan yang nak dirawat), darah akan diproses menggunakan mesin centrifuge khas bagi mendapatkan platelet rich plasma. Seperti kita sedia maklum, tubuh badan kita mempunyai keupayaan untuk penyembuhan sendiri. Jika tubuh badan kita luka, platelet darah akan bertindak sebagai penutup luka dalam mekanisme pembekuan darah. Begitulah fungsi tugas platelet untuk proses pembaikan tisu. 

Walaubagaimanapun, terdapat bahagian tubuh badan kita yang lambat sembuh disebabkan kurangnya peredaran darah untuk konstruk pembaikan tisu tersebut. Platelet Rich Plasma yang diekstrak dalam konsentrasi yang tinggi di atas paras normal ini, digunakan untuk menyembuhkan dan memperbaiki tisu dengan lebih efisien bila disuntik terus terus ke bahagian yang ingin dirawat. Platelet tersebut merupakan protein yang mempunyai faktor pertumbuhan (growth factors) bagi menyokong pertumbuhan sel kulit baru dan meningkatkan penghasilan kolagen. Masa diambil hanya 9 minit untuk mengasingkan PRP dari sampel yang diambil dari lengan Kak Bell tadi. 

Alhamdulillah dah selamat melahirkan. Hehe

Jumlah PRP yang telah diekstrak untuk rawatan

Seterusnya, terlebih dahulu muka akan dibersihkan dari sebarang cela dan wajah akan disapu dengan numb cream untuk kebaskan muka supaya proses suntikan platelet pada wajah tidak sakit. Proses diambil sekitar 30-40 minit pemakaian sebelum proses suntikan dibuat. Semasa pemakaian, tidak terdapat perbezaan sensasi rasa pada wajah, rasa normal seperti meletakkan krim muka yang biasa. Proses lanjut, korang boleh tengok pada video yang Kak Bell akan kongsikan di bawah nanti.

Keadaan dalam bilik rawatan

Sampai lupa nak tutup mulut! Haha

Krim kebas tadi akan dibersihkan dan proses suntikan bermula. Bermula dengan bahagian mata dan seterusnya ke bahagian lain muka. Pembantu doktor akan menghidupkan vibrator (seperti dalam gambar) dan pesakit hendaklah fokus kepada vibrator tersebut bagi mengurangkan fokus terhadap suntikan. Disebabkan pertama kali lakukan proses ni, agak sukar juga Kak Bell hendak fokuskan kepada vibrator tu, sekali-sekala memang terfokus kepada jarum suntikan! Masa suntikan dilakukan, mesti dalam keadaan tenang supaya tekanan darah kita normal. Walaupun Kak Bell nampak tenang, sejuk juga tapak kaki dibuatnya!

Suntikan untuk eye bag dan kedutan bawah mata

Suntikan untuk acne scar

Suntikan untuk laugh line

Untuk suntikan PRP ni sebenarnya agak sakit. Tipulah kalau tak sakit bila kena jarum suntikan. Untuk rawatan kesan parut jerawat, suntikan bius setempat (local anaesthetic) akan dikenakan pada bahagian yang memerlukan suntikan secara terus PRP. Suntikan bius setempat ini lebih sakit sedikit berbanding suntikan semasa menyuntik PRP. Tetapi korang semua tak perlulah risau kerana skala kesakitan itu tidaklah sesakit mana.

Setelah siap semua proses suntikan PRP, proses terakhir adalah menggunakan LED Phototherapy bagi mengurangkan kesan bengkak, wound healing serta mengurangkan kesan kesakitan. Lampu dalam bilik rawatan akan ditutup dan proses mengambil masa dalam 15 minit.


LED Phototherapy


Keseluruhan proses rawatan PRP ini mengambil masa 2 jam 30 minit bergantung kepada proses PRP yang dijalankan terhadap seseorang pesakit. Masa dah siap tu, memang terasa muka macam bengkak sangat tetapi sebenarnya tidak. Kesan bengkak akan ambil masa dalam 2 hingga 3 hari untuk surut bergantung juga kepada banyak mana PRP yang telah dibuat. Nanti akan dibekalkan krim antibiotik dan rejuveneting cream untuk di sapu pada bahagian muka yang terlibat dengan proses suntikan. Dalam tempoh seminggu, perlu memakai sunblock dan pelembap muka dan elakkan dari terkena pancaran terus sinaran matahari. 

Kesan optimum boleh dilihat setelah beberapa minggu dan kesannya juga berbeza terhadap individu. Jadi, adalah penting untuk mendapatkan nasihat doktor dahulu sebelum rawatan dijalankan ye. Untuk video rawatan PRP bolehlah tonton di bawah. Jangan lupa like, komen dan subscribe ye!


After Treatment
Selepas sehari rawatan, kawan-kawan office ada tegur nampak perbezaan pada muka Kak Bell selepas menjalani rawatan PRP. Memang kulit lebih sihat dan pori-pori wajah juga kurang kelihatan. Kulit lebih bersinar, kesan kedutan pada bahagian mata, dahi dan garis senyum pun dah berkurangan! Kesan jerawat dalam pada wajah Kak Bell pun dah berkurang selepas 5 hari menjalani rawatan PRP. Memang berbaloi dan efektif kesan regerasi semula kulit pada bahagian kesan jerawat tersebut. Suka sangat! Sangat instant!


Memang Kak Bell gembira terhadap kesan efektif PRP dalam merawat masalah kosmetik pada wajah sendiri. Boleh nampak kesannya yang menakjubkan. Terima kasih kepada Premier Clinic terutamanya kepada Dr. Foo dan staff yang lain. Layanan dan servis disini sangat baik dan pastinya Kak Bell akan kembali untuk rawatan PRP lagi.

Nak Cantik Dengan Tawaran Istimewa?
Kepada pembaca blog Kak Bell atau sesiapa sahaja kawan korang yang nak dapatkan rawatan di sini, bolehlah gunakan nama Bella Jamal untuk dapatkan tawaran istimewa untuk rawatan. Sebut sahaja nama Bella Jamal, InsyaAllah ada tawaran menarik menanti korang! Let's cantik!

Untuk dapatkan khidmat rawatan PRP ini, atau rawatan yang lain di Premier Clinic, bolehlah terus ke cawangan-cawangan seperti di bawah:

TTDI:
31,Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000, Kuala Lumpur.
*Same row as Pizza Hut and next to Maxis and Digi centre 

BANGSAR:
40, Jalan Telawi, Bangsar Baru, 59100, Kuala Lumpur.
*Same row as Post Office and next to Raj Banana Leaf mamak stall

PUCHONG:
G-15, IOI Boulevard, Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor
* Same row as RHB Bank and Paparich Restaurant 

KL CITY:
A-0-8 Megan Avenue 1 , 189 Jalan Tun Razak , 50400 Kuala Lumpur
*Opposite new China Embassy (China Visa application place)




CONVERSATION

44 comments:

  1. Bestnyaaaaaa.. Thanks for sharing kak bell

    ReplyDelete
  2. Such a great difference for before and after...

    Nice review for the great treatment...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. But i took the earlier photo at night, so the photo became differ. At least people can see the different, should be okay lah.

      Delete
  3. banyak betul treatment modern nak cantik. bagus2 aslkn dia beri manfaat. thanks share

    ReplyDelete
  4. Akak takut wei...ngeri jer tengok jarum tu cucuk sana sini. Tapi nampaknya ia berbaloi dengan sakit cucuk tu. Cantik dah Beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak adalah cantik mana. Jadilah buang cacat cela sikit kan Kak Mah. Hehe

      Delete
  5. Effective betul treatment prp ni ya..cantik dah kak bell..akak pon nak teringin nak buat lg treatment kt premier klinik ni..mmg best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Jom pi lagi. Dah nampak hasil memuaskan. Memang seronok

      Delete
  6. Lama juga rawatan PRP ni yer. Kesan dia memang menakjubkan lah. Tapi tu lah... Nak cucuk-cucuk ni yang seram sikit. Cucuk kat tangan pon dan sakit ini kan cucuk dekat muka... huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Memamng seram sebenarnya. hehe

      Delete
  7. OMG.... betul nampak perubahan tu .... jeles sis.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn jeles TY. Hehe. Kalau pic jauh tak nampak pulak perbezaan tu nanti. Nampak muka muda lah sikit. Hehe

      Delete
  8. Amboi for the treatment of SPA now should be more beautiful hehehe. But when you look in the face, you're afraid that you will be blind

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah, Amboi bukan main Maha ye. Org yg ambik video tu sampai nak buta matanya ngeri. Kikiki

      Delete
  9. Serik buat PRP..guna darah kita sendiri utk dapatkan stemcell kan..akak last year buat..elok muka xde masalah gatal pi buat PRP ni sedangkan akak lupa yg darah akak x bagus..sejak tu sampai sekarang muka akak x elok2 lagi..serikkkkkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke. What happened? Apa maksud akak darah tak bagus? Huhu

      Delete
  10. Wah... Seronoknya memanjakan wajah sekali sekala! Memang menarik ni! Rawatannya pun nampak berkesan dan meyakinkan. Yang lagi penting, selamat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena cari klinik bertauliah. Memang seronok, tambahan kesan pun dah nampak.

      Delete
  11. Wow, rawatan untuk me manja kan muka amat penting bagi wanita, bila cantik baru la konfiden lebih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harusss konpiden lebih sikit lepas ni. Hehe

      Delete
  12. Bila cakap sakit tu, alamak takut pulak. My appointment is on 5th April. The Dr suggested me to do this prp treatment. I’m scared 😖😖😖😖

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Ok ajelah. Kak Bell pun boleh hadap. Hiks

      Delete
  13. ya Allah sis, tak sakit ke? Scary tengok jarum banyak-banyak macam tu. Phew.

    ReplyDelete
  14. Makin cantik la kak bell lepas ni jealous tengok tau
    Teringin nak cuba rawatan macam ni juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Everybody can be beautiful. Cuba lah nanti. Ok sahaja.

      Delete
  15. Tiba-tiba I rasa nak buat treatment ni sebab I nak liang pori I kembali kecil dan kulit nampak lebih mulus... I dont care the pain as long as i NAmpak cantik, muda all the times hahaha....


    lepas ni pergi mana-mana tak payah pakai makeup tetebal kan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. I kena 2,3 kali lagi baru tak payah make-up terus. Hehe. Beauty is pain katanya!

      Delete
  16. Salam Kak Bella,

    Berapa ya cost untuk buat treatment ni? Nampak menarik sangat laa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nadia. Untuk harga kena consult dengan klinik. Tak silap starting 450+

      Delete
  17. Seram tengok cara prosedur dia sebab melibatkan suntikan. Tapi bila tengok out come nya not bad :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. demi nak cantik katanya..Tak ada apalah. Ok jek.

      Delete
  18. Nampak best je buat PRP nih tapi bila melibatkan cucuk cucuk ni alahai tak sangguo rasanya saya nak buat rawatn ni.spesis seriua sikit dengan jarum

    ReplyDelete
  19. Nampak macam Bell menahan sakitkan?tgk jarum cucuk kat muka pun dah seram

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa kak. Sebab 1st time. Nervous

      Delete
  20. It certainly looks effective but how I wished I wasn't scared of needles. But this would work well for those who have skin issues- the results did look amazing on you.

    ReplyDelete
  21. OMG Bella, ada suntikan haaa..Berani,hehe...Btw, onie pernah ke Premier Clinic..Harga dia memang tip top mahal tapi disebabkan penggunaan alatan teknologi mungkin harga pun agak mahal jugak. Tq awak sudi tinggal jejak di entri kita nah, maaf atas lambat untuk balas kunjungan ini.

    ReplyDelete
  22. wah cepatnya nampak perubahan tu. nanti ke Kl boleh la Ika cuba! Boleh la kurangkan parut2 kat muka yang berjerawat ni huhu

    ReplyDelete
  23. takutnya kalau sakit... adehh

    ReplyDelete

Back
to top