Mighty Monster, sebuah kafe & bar yang membawa
konsep karektor raksasa kini telah dibuka di MyTown Shopping Centre
pada 16 Mac 2018 yang lepas. Lebih daripada 200 orang tetamu telah dijemput
untuk memeriahkan acara pembukaan rasmi cafe tersebut disamping mencuba menu
hidangan unik di sini. Bagi yang belum pernah ke sini, ianya terletak
bersebelahan sahaja dengan IKEA Cheras.

Kafe terbaru ini menghidangkan seleksi menu
'Australian brunch' yang telah diolah dengan citarasa tempatan
sejak tahun 2017 lagi. Mighty Monster, merupakan sebuah kafe
pork-free yang menyajikan gabungan masakan Asia dan Barat yang
menarik, merupakan sebuah kafe yang boleh dikategorikan sebagai sebuah kafe
dengan pelbagai menu.
Saat tiba di kafe ini, terus tertarik dengan dekorasi dan suasana disini.
Konsep yang amat berbeza dengan dinding cafe yang dibuat dari pintu-pintu lama
dan dihias dengan gantungan botol di satu bahagian bumbung kafe. Mempunyai 2
bahagian ruang makan di dalamnya termasuk bahagian bar. Terdapat juga bahagian
outdoor di bahagian bar.





Mighty Monster adalah jenama dan personaliti yang dicipta dan dimiliki
sepenuhnya oleh Kumpulan Cobber yang diasaskan oleh Adam Ooi dan Tommy Swee
sebagai pengasas bersama. Mereka berdua mempunyai pengalaman lebih 15 tahun
dalam industri F&B dan mengamalkan prisnsip
"Forgive, Share & Always Remember Where You Began". Menu fusion istimewa di sini dicipta dan diinspirasikan oleh Ketua Chef
Andrew Karmajana yang berasal dari Indonesia. Mempunyai pengalaman sebagai
chef di Australia dan juga Indonesia memberi inspirasi kepada beliau untuk
mencipta satu kelainan dalam menu yang dihidangkan di Mighty Monster.

Berikut di antara menu hidangan yang ada di Mighty Monster. Detailing dalam
English sebab lebih sedap di baca. Terus rasa macam nak makan. Hehe.
Signature beef brisket patty, creamy mac, and cheese, sunny-side up egg,
iceberg lettuce, fresh tomatoes, pickled jalapenos with a secret sauce in
between charcoal buns and a side of rustic potatoes.

RM38
Hulk Smash
Smashed avocado, confit cherry tomatoes, poached eggs, and cucumbers on
multigrain tumeric toast topped with pumpkin seeds and a side of seasonal
greens with balsamic glaze.

RM28
Sweet Escape
A slice of housemade fruit bread with berry gel. mixed berries, mini
pretzels, banana chips, avocado ice cream, cocunut crumbles on peanut butter
sauce.

Seterusnya ni, Kak Bell letakkan semua menu yang ada pada masa hari
perasmian tersebut. So, enjoy tengok gambar makanan ni semua ye!









Dulce De Leche Lava Cake


Bombe Alaska


Outlet kedua Mighty Monster akan dibuka di IPC, Kota Damansara pada June
2018 nanti. Selain itu juga, mereka akan melancarkan
Monster Coffee Lab salah satu perancangan dalam Monster Project,
iaitu sebuah QSR (quick service restaurant).
Semua menu yang Kak Bell rasa pada hari tersebut, memang menepati
citarasa. Sangat sukakan Peking Duck Gyoza dan kuah pencicah
gado-gado yang tersangatlah sedap! Lagu yang dimainkan pun
pelbagai dari lagu Inggeris ke lagu Peter Pan pun ada. Tempat yang
sesuai untuk bersantai sambil menikmati hidangan istimewa disini.
Mighty Monster
G-019, MyTown Shopping Centre
Kuala Lumpur
Sun-Wed : 10AM-12AM
Thu-Sat : 10AM-2AM
Wah pelbagai makanan menarik di kafe ni. Tengok di post ni pon dah tampak menyelerakan kan. Deco dalam kafe ni pun ekslusif. Sambil gembirakan perut, minda pun tenang..
ReplyDeleteSesambil dengar lagu. Tenang.
DeleteWahhh tengok makanan dia je dah terlioq dah. Sis ni pantang tgok makanan cecantik ni..sure tergoda gitu..hahaha.
ReplyDeleteDeco kedai ni pun not bad, nampak selesa je. Bila nak belanja sis ni..kihkihkih
Jom la kita pi nanti. Hehe
DeleteYaallah kebulur tau kita tengok makanan2 dia. nak kena pergi ni, dah dekat dengan rumah.
ReplyDeleteApa lagi ajaklahh kita sekali nanti. Pastu makan kat IKEA pulak. haha
DeleteMenarik sangat dekorasi cafe ni. Nampak kemas, cantik dan tersusun. Tengok makanan-makanan ni lagi lah buat kecur ailio. Banyak juga pilihan makanan.
ReplyDeleteBanyak pilihan menu. Pelik2 namanya. But memang sngt kreatif!
DeleteAmbiance, environment buat akak jatuh cinta...cantiknyaaaaa...tenang jer..banyak sudut cantik2 untuk ambil gambar...nak makan berdua ngan suasana romantik pun ok kan...makanan tu..aduhaiiii...kejam la entry ni...terus craving
ReplyDeleteBoleh dating sini kak
DeleteWah menarik semua makanan mereka sediakan.
ReplyDeleteSelalu gak nampak tempat ni bila ke Mytown.
Tapi takut nak masuk sebab takut mahal..hehe
Hehehe. Harga boleh tahan kan. Pitam gak tengok
DeleteOhoii sedapnya. Dah la tengah diet utk standby puasa. Ni saje la bg kita pi mytown. Hahaha. Harga not bad eh. Bleh cuba nanti
ReplyDeleteNot bad la sangat Ruby. Nak merasa bolehlah, selalu tu idoklerrrr.
DeleteYa Allah menggugat keimanan betul tgok mknn2 tu. Nampak sedap sgt. Creative lh cari dorg plating mknn tu. Nk cuba jugak lah !!
ReplyDeleteCantik kan plating dorang. Siyes menarik..sedap pun sedap
DeleteNama cafe ni catchy. Food presentation ada kelas tersendiri sampaikan scramble egg cantik dihias begitu rupa. Teringin sangat nak try sweet escape tu....
ReplyDeleteYup! Branding yang tersendiri kan
Deletecute cafe name.. mighty monster.. looks yummy and delicious, the foodie...
ReplyDeleteMighty burger..all mighty. hehe
DeleteThe mighty alaska and monster burger looks super tempting! and i am loving the ambience for sure...like every corner is perfect for a selfie...or an instagram post
ReplyDeleteTrue..so true. Tempat ni cantik. Suka dan sesuai nak dating.
DeleteMakanannya sangat menggoda... Cafe pon cantik sangat decoration nya.. kalau berpeluang berada berdekatan, nak juga mencubanya
ReplyDeleteKalau ke sini, bolehlah singgah nanti Irra
DeleteAsyik nih jalan jalan sambil nongkrong bareng ngumpul teman teman di Mighty Monster, banyak menu yang bisa di pesan sesuai selera
ReplyDeleterindu sangat ngan duck gyoza tu... issh.. nak lagi lah.. jom kita pergi..
ReplyDeleteBetul..sedap. Banyak kot Bella makan
DeleteWhohoo. Menarik konsep dia, lain daripada yang lain. Range harga macam mana sis?
ReplyDeleteBoleh tahan juga harganya. Lupa nak amek gambar buku menu
DeleteDekorasi mighty monster ni menarik lah memang sesuai untuk instagrammers bergambar kan. Makanan pun menarik lah nampak sedap.
ReplyDeletewww.liahasty.com
Makanan dia pun cantik..bukan cakap kafe je. Huhu
DeleteDah mcm monster university je.. mmg sedap je tgk peking duck tu... mmg nak kena serbu mighty monster nnt
ReplyDeleteOmg... semua sedap sedap i wan to try also. I miss out the review on that day and guess I will go and try the Cured Salmon Fillet and their Dulce De Leche Lava Cake macam menggoda sangat.
ReplyDeleteOh! You should try dining here. Not bad tho!
Deletecantiknya interior mighty monster ni. makanan pun nampaknya sedap-sedap. nak try bombe alaska satu!
ReplyDeleteBoelh2..Apa kata 2 bijik bom alaska. Hahaha
Delete