Chiang Mai Getaway - Day 1 (Part 1)

26/7/2017 (Part 1)
Hi everyone! Sawadee Kha! Haha. Again ya percutian di Thailand. Hari ni baru dapat mencuri sedikit masa nak menulis kisah percutian di Chiang Mai. Actually dah merancang untuk siapkan semua kisah percutian di Chiang Mai pada minggu lepas. The whole week Kak Bell masih bercuti. Tapi apakan daya, banyak sangat perkara nak dibuat sampai tak sempat dibuatnya.

Tiket ke Chiang Mai ni memang kitaorang dah beli awal since percutian ke Bangkok haritu. Untuk re-cap percutian ke Bangkok tempohari, bolehlah klik sini > Amazing Race Bangkok. Bab-bab travel ni memang masih setialah terbang bersama dengan Air Asia. Kos tiket pulang balik cuma RM135. Murah kan? Episod Chiang Mai Getaway kali ni disertai oleh 8 orang gadis Clever Girl dan seorang pengarah produksi yang dibawa khas dari France, Mr Sylvian. Trip adalah selama 4 hari bermula pada 26 Julai 2017 hingga 29 Julai 2017. Episod kali ni tidaklah mencabar seperti episod yang lepas-lepas. Everything is smooth aje. Lagipun kitaorang sebenarnya pergi untuk tengok lokasi bagi rancangan Mahligai Impian Miss Tera. Masih tercari-cari tempat nak berlangsungnya reception nanti. Ching! Btw, korang masih ingat pada Puteri Sharina tak? Wanita ni kita lantik sebagai pengacara rasmi dalam episod Mahligai Cinta ni ye.


Balik je kerja jam 12.15am terus Kak Bell bersiap nak ke Airport. Walaupun kerja tetap dengan tema gigih demi percutian. 3 orang dari peserta terus ke KLIA2 dan 6 lagi model naik UberTaxi. Supermodel Ms Ija Faye tak dapat join kali ni sebab ada urusan di London dan digantikan dengan pengsmule terkenal tanahair Ms Bedah. Disebabkan suaranya yang lemak merdu dan mahal, korang memang susah nak dengar dia bersuara yer. Sayup-sayup sahaja kedengaran (pendiam actually). Untuk kos percutian pada kali ni adalah dalam lingkungan RM670 ke RM700 (urusniaga masih dalam Ringgit Malaysia). Nanti Kak Bell sertakan semua kos perjalanan bersama dengan itinerary kat hujung rancangan yer. Thank you again pada Supermodel Ms Tera Banks selaku tunggak utama untuk itinerary percutian ke Chiang Mai ni. Semua tempat-tempat yang dirancang sempat kami lawat, cuma tak pergi ke Chiang Saen Ruined Temple dan Nimenhamin Soi (Maya Mall area).


Flight dari KLIA2 menaiki AK854 adalah pada jam 6.55am dan mengambil masa dalam 2 jam 45 minit tempoh perjalanan. Disarankan korang pre-order meal dalam flight sebab mesti korang akan lapar. Perjalanan hampir 3 jam dalam flight kira lama lah jugak. Tak dapat nak bayang kalau flight yang berjam-jam tu. Masuk je flight tadi, terus lah ambik mood nak lelap, maklumlah lepas balik kerja malam kan. Memasing berentap tidur ni! Ada yang sampai berlawan dengkur yer. Cincon depan Kak Bell ni sepanjang perjalanan nyenyak yer tidur sesambil berlawan dengkuran. Orang dah hantar makanan pun dia masih tidur tak sedar. Standard lah kan..penat katanya. Walhal..

Kami tiba di Chiang Mai International Airport pada jam 9.40am waktu Malaysia (8.40am waktu Thailand). So sekarang, follow waktu Thailand yer, lewat 1 jam. Setelah selesai urusan bagasi dan yang sewaktu dengannya, kitaorang gerak dari airport ke Little Bear's Home pada jam 9.20am. Kitaorang ambik 2 cab yang berharga 500Baht. Nasib lah hotel ni tak jauh. Cuma ambil masa 10 minit sahaja dari airport. Sebelum ni masa kat Bangkok, konsep hotel yang kitaorang duduk adalah kambing biri-biri. Kali ni, kita pilih konsep beruang (teddy bear) pulak yer! As usual, Ms Sherryyana Al-Hadat dilantik sebagai Kakak Bendahari Terhormat. Semua model bagi kat bendahari 5000Baht untuk memudahkan urusan pembayaran hotel dan pengangkutan. Thank you ya kakak. Disebabkan kami check-in hotel pada jam 3pm, bermulalah episod percutian weols kat Chiang Mai ni dengan lawatan pertama di sekitar kota Chiang Mai.


Walaupun lambat lagi nak check-in, Kak Bell review tentang Hotel Little Bear's Home ni dululah. Nanti malas nak pening2 cerita kat tengah jalan. Kos penginapan selama 4 hari di Little Bear's Home adalah sebanyak THB12'000 (RM1,549.30) untuk 3 bilik (4-3-2 person/room). Kak Bell duduk dalam bilik yang 3 orang. Untuk memudahkan para mat saleh dan minah saleh nak baca, so akak cuba menulis dalam bahasa inggeris ye. Alih bahasa kejap.


The hotel is located in the centre of Chiang Mai, the centre of old city and close to many attractions. City Art & Cultural Centre is 100m from Little Bear's Home, while Sunday Walking Street is 200m away and Chiang Mai International Airport is 3km from the property. It is a very nice hotel. Modern, clean and comfortable. The hotel provides Free Wi-Fi in all rooms, air conditioning, laundry service, daily housekeeping and Non-smoking rooms. If you wanna smoke you need to come down and smoking at the outside. Apart from that, you need to put-off your shoes or sandal and arrange it nicely on the shoe rack before you get inside. Kat bawah ni, bolehlah korang tengok suasana dan keadaan di lobby hotel Little Bear's Home.



Acah-acah manis la kan


Rooms have a flat-screen TV with cable channels. Each room comes with a private bathroom. You will find a kettle in the room, free toiletries, hairdryer, microwave and refrigerator. Btw, this hotel has no elevator, the stairs a bit slippery and doesn't provide breakfast. Overall the Little Bear's Home promise a pleasant stay and I definitely recommend it as the one of the best-rated hotel/guesthouses in Chiang Mai!




Kekononnya lah Kak Bell tulis dalam English. At least semua orang boleh baca kan. Jadilah 2 perenggan untuk segmen alih bahasa! Hiks! Untuk info lanjut bolehlah korang semak di laman facebook Little Bear's Home. Klik kat bawah ni.

Chiang Mai terletak di bahagian northern Thailand dan merupakan ibu negeri bagi kerajaan Lanna (Lanna Kingdom) dari tahun 1296-1558. Okay, destinasi kami pada pagi tersebut ialah melawat attractions di sekitar old city iaitu ke Wat Chedi Luang dan Wat Phra Singh.



Untuk ke sana, korang boleh menaiki Songthaew ataupun jalan kaki sahaja. Memandangkan jarak dari hotel adalah dalam 500m ke 700m, jadi kitaorang jalan kaki sahaja untuk pergi ke sana. Becak jugalah nak ke sana uols. Dengan suasana panas lit-lit nya tapi tak lah sepanas episod Amazing Race Bangkok tu. Memang mintak ampun la kalau panas macam kat Bangkok tempohari, memang rela hati naik Songthaew aje! Nasib baiklah, citizen kat Chiang Mai ni boleh bertutur dalam bahasa inggeris. Senanglah sikit nak cari direction berbanding kat Bangkok tu, yang bawak teksi pun tak reti sepatah bahasa inggeris. Walhal kota Bangkok ni!


Destinasi pertama ialah Wat Chedi Luang, วัดเจดีย์หลวง (temple of the big stupa or temple of the royal stupa) yang dibina pada abad ke-15. Kawasan asal kuil Buddha ni terdiri daripada tiga buah kuil iaitu Wat Chedi Luang, Wat Ho Tham dan Wat Sukmin. Kuil Chedi Luang ni dibina oleh King Saen Muang Ma untuk makamkan abu mayat bapanya, Ku Na. Dahulunya Emerald Buddha (the holiest religious object in Thailand) ditempatkan disini tetapi sekarang telah dipindahkan ke Luang Prabang (Laos) selepas gempa bumi yang teruk pada tahun 1545. Selepas kejatuhan Lanna kepada Burma, kuil tersebut dibiarkan tanpa pembaikan setelah rosak akibat gempa bumi. Btw, lepas daripada tu UNESCO telah berikan dana untuk proses baik pulih.

TIPS! Entrance Fee : 40Baht per person


Main entrance assembly hall (viharn)



Di bahagian hadapan Watt ni ada satu kuil di main entrance. Sebelum masuk ke dalam main assembly hall tu, korang akan lalu dulu kuil ni. Kitaorang semua tak boleh masuk sebab hanya kaum lelaki sahaja yang dibenarkan masuk. Diingatkan sekali lagi, kaum wanita tak boleh masuk. So Kak Bell, biarkan lah suami akak ni masuk dalam tu sorang-sorang. Model-model semua pun terus pergi ke next building lah. Kat sini, tak dibenarkan memakai pakaian yang menjolok mata. Yang mana pakai short, baju mandi ke, semua kene sewa selendang. Model2 semua memang dah get ready dengan shawl dan siap tudung Neelofar lagi. Masa kat pintu masuk nak bayar fee tadi dah bertembung dengan rakyat PR of China. Korang taulah kalau geng2 dorang ni datang, habis semua diredahnya. Semua pakai topi English style siap ropol renda bagai. Bukannya nak mengata, tapi memang realiti kan!

Only man allowed to come in

Kat dalam sini, korang boleh tengok sami-sami tersebut sembahyang (monks chanting) di assembly hall (viharn) dan pelawat boleh menderma dan buat hajat. Kertas buat hajat tu, dorang masukkan pada patung 12 Zodiak Cina mengikut tahun zodiak kelahiran masiing-masing. Kak Bell tak delah buat hajat, cuma tengok ajelah dekat patung Zodiak Anjing tu! Interior dalaman dalam viharn ni memang kagum lah Kak Bell tengok. Bangunan ni disokong oleh tiang bulat yang besar untuk menyokong siling yang berwarna merah disamping lampu chandelier yang cantik. Di bahagian tengahnya, ada patung Budhha berdiri yang dikenali sebagai Phra Chao Attarot, diperbuat daripada aloi tembaga dan mortar. Patung Buddha ni telah ada sejak zaman pengasas kuil, Raja Saen Muang Ma (abad ke-14).

Monks chanting inside the viharn





Wat Chedi Luang diperbuat dari batu bata dengan tinggi 60meter (dulunya 82m) dengan tapak asas 54m lebar. Tingginya jadi 60m sebab runtuh masa gempa bumi. Nanti korang boleh tengok dikempat-empat side chedi ni ada tangga menuju ke atas kuil yang dikawal oleh monumen naga (mythical snakes), dan monumen gajah di tengah-tengah chedi.





Di dalam kawasan Watt ni, terdapat 2 lagi kuil selain yang di main entrance tadi. Dalam 2 kuil yang di bahagian belakang tu, ditempatkan patung lilin sami yang sangatlah real rupa bentuknya. Masa memula nak masuk tu, Kak Bell dah rasa semacam juga. Nampak memang macam orang betul. Kita tengok kejap ajelah lah sebab scary. Nasib la tak ade kejadian amukan ablasa ke kat dalam tu. Kalau korang masuk, tetiba je rasa semacam, adalah tu ye. Manalah tau, balik-balik je Malaysia, semua orang pandang macam naik hairan, kagum dengan kecantikan uols selepas dapat pencerahan! Ching!

The wax figure of Chan Kusalo inside the viharn of Wat Chedi Luang

Semasa berjalan ke Wat Chedi Luang, Kak Bell tertarik dengan daun-daun kering yang jatuh berguguran kat atas tempat parking kat situ. Ingatkan sampah-sarap la kan. Rupa-rupanya, daun kering itu dijadikan bumbung yer. Gigihnya dorang ni susun daun tu kan. Kalis air ni uols! Kagum kejap.


Di sebelah pintu masuk dekat viharn tadi pulak, ada sebatang pokok Dipterokarp besar, dan merupakan salah satu daripada tiga benda yang dihormati kat sini sebagai pelindung bandar. Legenda mengatakan bahawa jika pokok ini jatuh, rebah, bencana besar (catastrophe) akan berlaku. Selain dari itu, "the city pillar" atau "Spirit of the City" (Lak Mueang) juga merupakan salah satu lagenda pelindung Chiang Mai yang diletak dalam sebuah bangunan bersilang berdekatan dengan pokok tadi. Di bahagian belakang Wat Chedi Luang ni juga ada satu lagi kuil, Wat Phan Tao. Kuil yang diperbuat daripada kayu dengan ukiran yang sangat cantik. Kat area sini korang boleh tengok ada patung Buddha besar yang berbaring. Actually Buddha yang berbaring tu ada kat tempat bersebelahan dengan temple ni. Rujuk gambar kedua kat bawah ni, gambar yang ada sami tengah bersiar-siar tu.



Dah habis melawat-lawat disekitar Wat Chedi Luang, semua gadis Clever Girl teruskan perjalanan ke destinasi berikutnya, Wat Phra Singh. Nampak tak model eching-eching tengok peta katanya. Budget-budget kalau dekat tak payahlah naik Songtaew tu. Disebabkan lokasinya tak jauh, ala-ala sekangkang kingkong je, so berjalan kaki sahajalah secara berjemaah.


Wat Phra Singh, วัดพระสิงห์วรมหาวิหาร (Temple of the Lion Buddha) merupakan kuil ke-2 yang dihormati oleh penganut Buddha selepas Wat Phra That Doi Suthep. Kuil ni dibina pada abad ke-14, dibina oleh King Pha Yu dan menempatkan 2 buah patung Buddha dari zaman pertengahan. Dahulunya, Wat Phra Singh mungkin merupakan biara pertama yang menempatkan Emerald Buddha yang Kak Bell cerita kat atas tadi, sebelum ditempatkan di Wat Chedi Luang. Nama kuil ni diberi sempena imej Buddha, Phra Singh yang dikenali sebagai Lion Buddha. 

TIPS! Entrance Fee : Free



Terdapat beberapa struktur bangunan utama iaitu Viharn Luang, Viharn Lai Kam, Ubosot, Ho Trai (temple library), Phrathatluang (Pagoda besar) dan Kulai chedi (small square based chedi). Assembly hall yang paling besar ialah Viharn Luang dan Kak Bell cuma pergi masuk dan tengok dalam Viharn Lai Kam. Viharn Lai Kam ni merupakan contoh seni bina Lanna. Kat dalam ni, ditempatkan Phra Singh (Lion Buddha), imej Buddha yang sangat dihormati.




Dinding dewan Lai Kam pula dilukis dengan mural dinding yang menggambarkan pemandangan dari cara hidup orang tempatan pada abad ke-19 dan kisah cerita rakyat yang popular di Chiang Mai. Interior design dewan Lai Kam ni memang menarik jika dibandingkan dengan dewan assembly utama Viharn Luang. Semasa perayaan Songkran pada bulan April, imej Phra Singh ni akan dibawa ke jalan-jalan sekitar Chiang Mai di mana orang tempatan boleh beri penghormatan dengan menyiram air di atasnya.




Ok, tamat dah sesi lawatan pertama untuk sessi pagi di hari pertama. Memasing pun dah penat, so kitaorang balik semula ke hotel untuk check-in. Tak larat dah uols. Dah terasa kepenatan dan bahang mentari Chiang Mai. Kak Bell pun dah tak larat jugak ni nak menyiapkan entri hari pertama ni. Baru part 1 yer. Nantikan ajelah part 2 nanti. Harap-harap Kak Bell rajin siapkan esok. 
To be continued..

Kreatif ke idok? Dibuat daripada tali ye.

Next > Chiang Mai Getaway - Day 1 (Part 2)
















































































CONVERSATION

6 comments:

Hem said...

Hi Bella. Such a detail. As explained, the trip was enjoyable and fun. Kisses

Bella Jamal said...

Thank you, dear. Now working on Part 2. Do read and leave a comment. Thanks!

Amanda Suria said...

Best kan kat sini akak dh pi Chiangmai dah..tp banyak tempat x terjah lagi...tunggu Bell bawak akak la...

Faye Faizal Hassan said...

wow! just read your Part 1 journey. i guess there will be a continue journey and activities at night on your Part 1. can't wait the see the foods pictures!!! wish i was there join you guys. quite scary the wax monk. sebijik macam orang pulak! whats the purpose this particular monk diabadikan sebagai wax? mak hayam kah dia?? plsss put up more photos of you guyssss!! dengan pose2 segala k. cant wait!!

Bella Jamal said...

Ye ke Kak SA. Habis berjalan mana je haritu. Kene plan la if nak gi lagi. Hehe

Bella Jamal said...

Yup, got another wax monk. Mostly they will place the wax monk each inside the respective temple which they're used to live. Paling agung untuk temple tu la kot

Instagram

Follow Us