Resepi Labu Manis Dengan Udang Masak Lemak

Hi Korang! Ni pulak resepi modified lepas masak sayur Resepi Labu Manis Masak Lemak semalam. Baki masakan labu semalam pun masih elok dan boleh di makan. So, Kak Bell campakkan aje udang dalam periuk. Btw, Kak Bell tambahkan juga asam keping dengan cili api. Dah pun siap resepi kedua dengan labu manis masak lemak. Boleh klik link warna oren tu nak jengah resepi semalam. Sama aje pun langkah memasaknya.



Bahan A
10 ekor udang segar
1/2 biji labu manis saiz kecil 
1 helai daun kunyit
1 biji cili merah
2 biji cili api
1 kotak santan
Garam secukup rasa

Bahan B
1 labu bawang besar (dihiris)
1 inci kunyit hidup
1 batang serai (dititik)
1 keping asam keping
Segenggam ikan bilis
Air secukupnya

Cara memasak:
1) Kupas kulit labu, buang bijinya dan potong kiub. Basuh labu yang dah dipotong.
2) Masukkan labu dan bahan B ke dalam periuk. Masak dengan api perlahan hingga mendidih.
3) Tambahkan santan, cili merah, cili api dan daun kunyit bila labu dah separuh empuk.
4) Perasakan dengan garam secukupnya.
5) Masukkan udang.
5) Tunggu mendidih sekali lagi dan boleh tutupkan api.



CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top