Resepi Ayam Masak Thai Simple

Hi uolss! Semalam tengah dok scroll fb feeds nampak sorang kawan lama share resepi ayam masak Thai. Simple je resepinya. Dah terajin pergi membeli barang- barang dapur tadi, terus re-stock la beli ayam, udang dan sotong segala. So Kak Bell try la masak Ayam Masak Thai sebab ada kawan tanya lama tak nampak update resepi di facebook! Let's tengok resepinya kay.


Bahan A
10 ketul bahagian ayam
1 biji bawang besar/holland (potong bulat)
2 batang serai dititik
Serbuk kunyit
Daun limau purut
Garam secukupnya
2 sudu sos tiram
Sedikit air
Minyak

Bahan B (bahan kisar)
3 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
5 biji cili merah
3 biji cili hijau
2 biji cili api
1 inci kunyit hidup


Cara memasak:
1) Cuci bersih bahagian ayam, kunyit dan garamkan. Kemudian goreng masak keemasan. Goreng tak perlu lama dan garing. Yang penting ayam masak.
2) Blend semua bahan B dengan sedikit air. Kalau nak pedas tambahkan lagi cili api.
3) Tumis semua bahan kisar dengan serai dan sedikit bawang hiris. Masak sampai naik minyak dan bahan tumis masak.
4) Masukkan sos tiram, ayam yang telah digoreng, daun limau purut dan kacau rata. Boleh tambah sedikit air untuk kuah dan perasakan dengan garam.
5) Masukkan bawang yang dipotong bulat dan kacau seketika.


Done! Lets mencekik! Harini tak pedas pun kak bell masak. Manja2 je 2 biji cili api. Kalau nak pedas korang tambahkan lagi dalam 40 bijik. Mesti terangkat kan! K bye. Happy cooking!


CONVERSATION

0 comments:

Instagram

Follow Us