Trending


Review Filem The Menu (2022)

Selesai tonton filem The Menu. Cari kat Netflix tak jumpa sebab aritu perasan ada iklan filem ni. Jadi sis tonton kat aplikasi LokLok. Filem The Menu ni filem dari Amerika dengan genre Horror, Mystery & Thriller Comedy. Tang mana comedy pun sis tak pasti sebab tak ada yang kelakar pun. Hahaha.

Review Filem The Menu (2022)

Filem ini disutradarai oleh Mark Mylod, ditulis oleh Seth Reiss dan Will Tracy. The Menu dibintangi oleh Ralph Fiennes, Anya Taylor-Joy, Nicholas Hoult, Hong Chau, Janet McTeer, Judith Light, dan John Leguizamo.


Title: The menu (2022)
Rating: R Some Sexual References|Language Throughout|Strong Violent Content)
Genre: Horror, Mystery & Thriller, Comedy
Original Language: English
Director: Mark Mylod
Producer: Adam McKay, Betsy Koch, Will Ferrell
Writer: Seth Reiss, Will Tracy
Release Date (Theaters): Nov 18, 2022,  Wide
Release Date (Streaming): Jan 3, 2023
Box Office (Gross USA): $37.6M
Runtime: 1h 47m
Distributor: Searchlight Pictures
Sound Mix: Dolby Atmos, Dolby Digital

Rotten Tomatoes 89%
IMDb RATING: 7.3/10


Barisan Pelakon The Menu
Ralph Fiennes sebagai Julian Slowik, chef selebriti
Anya Taylor-Joy sebagai Margot
Nicholas Hoult sebagai Tyler
Hong Chau sebagai Elsa, Sous Chef
Janet McTeer sebagai Lillian Bloom, pengkritik makanan
Judith Light sebagai Anne
John Leguizamo sebagai Bintang Filem
Reed Birney sebagai Richard Liebbrandt
Paul Adelstein sebagai Ted, editor Lilian
Aimee Carrero sebagai Felicity
Arturo Castro sebagai Soren
Mark St. Cyr sebagai Dave
Rob Yang sebagai Bryce
Rebecca Koon sebagai Linda
Peter Grosz sebagai Sommelier


Sinopsis Filem The Menu 2022
Film The Menu mengisahkan pasangan muda yang datang ke restoran fancy dan eksklusif di suatu pulau. Mereka datang bersama dengan orang-orang terkenal seperti pengkritik makanan, pemilik perusahaan dan juga artis terkenal. Mereka semua ni dapat jemputan untuk menikmati fine dining di Hawthorne, sebuah restoren eksklusif yang dijalankan oleh seorang selebriti chef bernama Slowik (Ralph Fiennes).

Review Filem The Menu (2022)

Cerita bermula bila Margot (Anya Taylor-Joy) dan Tyler (Nicholas Hoult) plan pergi berlibur dengan mengunjungi restoran Hawthorne di suatu pulau. Selain mereka, ada juga jemputan lain dan mesti menaiki sebuah kapal ke sana.

Dari awal, Margot memang sudah merasa agak hairan sebab semua pintu ditutup rapat dan dijaga ketat. Ternyata benar dugaan Margot, sesuatu peristiwa mengejutkan terjadi apabila setiap menu hidangan dihidangkan. 

Review Filem The Menu (2022)

Terdapat 5 hidangan fine dining yang bakal disediakan restoran Hawthorne dan setiap hidangan menjadikan nyawa semua orang di sana sebagai taruhan termasuklah chef-chef dan krew di Hawthorne.

Jemputan yang panik, ketakutan dan ingin melarikan diri tetapi tidak semudah yang dijangka. Adakah jemputan yang terselamat dari plan chef Julian Slowik?


Review Filem The Menu
Asalnya Kak Bell nampak trailer movie ni masa tengah tonton Master Chef dan Iron Chef. Elok pulak Netflix recommend movie ni. Asalnya Margot (Anya Taylor-Joy) bukanlah jemputan asal. Margot menggantikan tempat girlfriend Tyler (Nicholas Hoult) yang telah break-up.

Review Filem The Menu (2022)

Untuk menu fine-dining yang dihidang memang sangat eksklusif tapi setiap hidangan tu ada maksud dan motif tersendiri. Setiap orang yang dijemput tu semuanya ada rahsia gelap dan diungkapkan dalam menu-menu tu. Ada chef yang tembak diri sendiri ibarat macam showcase semasa menu dihidangkan (nama menu ke-4 The Mess), ada jemputan yang curang dan selalu datang makan kat sana tapi tak pernah ingat menu pastu jari dia kena potong dan Tyler akhirnya mati kena gantung dalam bilik beku daging lepas masak raw lamb.


Disebabkan Margot bukan jemputan asal, jadi Chef Slowik beri option sama ada Margot nak join mereka atau nak join team jemputan. Walau apa pilihan Margot tak bermakna dia boleh terlepas dan hidup. Mulanya Margot bekerjasama dengan chef dan disuruh pergi ke smokehouse. Nanti ada sous chef Elsa yang kalau korang tengok rasa cam nak sepak je pompuan tu. Disebabkan Margot berpaling tadah, akhirnya dia terus termasuk dalam team jemputan yang bakal mati.

Review Filem The Menu (2022)
menu ke-3 Memory


Adegan demi adegan dalam The Menu boleh dikatakan agak intens sebab kat pulau tu tak ada orang lain lagi selain krew chef dan jemputan semua. Filem ni juga menonjolkan sisi macam menyindir budaya fine-dining dimana, orang kaya yang sanggup berabis nak makan fine dining walaupun secoet je makanannya.

Kehadiran karakter Taylor-Joy dalam The Menu pun menjadikan plot lebih menarik sebagai watak utama dalam The Menu. Akhirnya Margot bagitahu dia tak puas hati dengan hidangan Slowik dan menjadikan dia terpana. Margot berjaya mengubah keadaan bila dia minta the real cheeseburger tak macam cheeseburger biasa kat kedai. Then, dia minta take-away sebab tak habis makan dan chef bungkuskan makanan tadi untuk take-away.

Review Filem The Menu (2022)
The final dessert S'More

Dalam adegan terakhir itu, hidangan terakhir adalah semua orang kat situ. Ye, semua jemputan tu dijadikan bahan untuk menu terakhir ya. Nama menu tu S'More dan bahan-bahan dia marshmellow, coklat, graham cracker, customer, staff, restoren. Mana tak nya semua kena bakar pastu restoren meletop. Adakah Margot selamat? So korang tonton lah The Menu.

The Menu Trailer


Secara keseluruhan, The Menu adalah sebuah filem sindiran yang best. Semua adegan kat dalam restoren tu aje dan jalan cerita pun tak adalah memeningkan tapi ada intensnya. Kak Bell bagi 6/10 bintang.

the menu streaming 2022, the menu plot spoiler, the menu Netflix, the menu IMDb, the menu trailer, the menu movie cannibalism, the menu wiki, the menu Reddit, the menu reviews, the menu 2021 movie, movie review off the menu, review filem, the menu movie ending explained, the menu movie cannibalism, the menu - rotten tomatoes,

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

1 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post