Resepi Kentang Putar (Homemade Mashed Potato)

Hi uolss. Hari ni gigih repeat order buat kentang putar. Ramai pulak yang tanya tak update resepi ke? So, senang je nak membuatnya. Satu periuk korang bley makan mashed potato ala KFC gittew!


Bahan A (kentang putar)
7 biji kentang
Butter (2 sudu butter)
1 kotak kecil susu segar *pakai susu low fat dutch lady je
Lada hitam secukupnya
Sedikit garam
Cara membuatnya:
Kupas kulit kentang dan potong kecil supaya senang dan cepat empuk. Rebus kentang dengan air secukupnya dan boleh masukkan sedikit garam.


Bila kentang dah empuk, toskan. Nak tahu dah empuk ke tidak cucuk je dengan garfu! Letakkan semula di atas api untuk hilangkan lebihan air


Masukkan butter dan lada hitam dalam kentang dan lenyekkan. Lada hitam ikut suka banyak mana nak letak ye! Tambahkan susu segar sikit demi sikit dan lenyek sehingga rata. Done untuk kentang putar!



Bahan B (sos/gravy)
1 labu bawang besar
3 sudu butter
3 sudu tepung gandum 
* tepung jagung pun boleh
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap 
1 sudu teh chicken stock Maggi
*boleh ganti kiub ayam
Sedikit air
Batang saleri (dihiris)

Cara membuat gravy:
1) Panaskan butter dan tumis hirisan bawang sampai bertukar warna perang (caremelized)
2) Masukkan tepung gandum dan kacau seketika


3) Masukkan sedikit air, sos tiram, kicap dan stok ayam dan kacau rata.
4) Masukkan serbuk lada hitam ikut citarasa. Kalo tak de yg serbuk blend kering je lada hitam tu.
5) Adjust warna sos sesuka hati korang. Kalau kuah pekat tambahkan air.
6) Bila dah sebati, angkat gravy tadi dan blender untuk hancurkan bawang dan tepung.
7) Kemudian, panaskan semula di atas api dan taburkan batang saleri yang didadu tadi.


Dah pun siap. Senang je korang. Kalau dah malas sangat beli kentang putar KFC jelah uols. Malas ya rabbi!! Kay bolehlah cuba ya. Muah!


CONVERSATION

3 comments:

Anonymous said...

Tq for da recipe 😘

Ika Ramlee said...
This comment has been removed by the author.
Ika Ramlee said...

Baca pun dah boleh bayangkan sedap nok!!

Instagram

Follow Us