Finalist Artis Indie Anugerah Lagu Indie 2023 #ALI2023 - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Finalist Artis Indie Anugerah Lagu Indie 2023 #ALI2023

Trending

Finalist Artis Indie Anugerah Lagu Indie 2023 #ALI2023

Anugerah Lagu Indie 2023 (#ALI2023) telah mengumumkan senarai penuh Finalis-finalis Top 5 bagi kategori Pop, Rock dan Hip Hop secara eksklusif di Majlis Pengumuman Finalis yang berlangsung di ESI Hub, Spacerubix pada 21 Februari 2024 lalu.

Finalist Artis Indie Anugerah Lagu Indie 2023 #ALI2023

Finalis Top 5 Kategori Pop, Rock, dan Hip Hop Diumumkan

Memasuki tahun keempat penganjuran, #ALI2023 kembali lebih mantap dan konsisten memperkasa perjuangan komuniti seni muzik indie bakat anak Malaysia. Beberapa kelainan telah disuntik dalam musim ini dengan memperkenalkan kategori- kategori lagu terbaik di bawah genre Pop, Rock, dan Hip Hop.

Selain penambahan kategori, Anugerah Lagu Indie 2023 menambah baik format pemarkahan melibatkan 30 peratus undian awam daripada atas talian manakala 70 peratus pemarkahan juri profesional. Dan paling menarik, hadiah wang tunai terkumpul berjumlah RM 36,000 menanti juara Anugerah Lagu Indie 2023.

Menurut Ahmed Faris Amir, Penerbit Eksekutif Anugerah Lagu Indie sebanyak 626 buah lagu percalonan dan lebih 11 ribu undian awam merentasi kategori genre telah diterima oleh #ALI2023 pada tahun ini. Sejak penganjurannya pada tahun 2020, Anugerah Lagu Indie masih kekal meraikan pelbagai sempadan runut dan komposisi.

Format Baru Pemarkahan Baru

Sebanyak 15 lagu bakal layak bertanding dan membuat persembahan di Pentas Akhir Anugerah Lagu Indie 2023 yang akan dilangsungkan pada 7 Mac 2024 nanti.

“Lagu-lagu yang disenarai pendek sebagai Finalis Anugerah Lagu Indie telah dipilih berdasarkan aspek kualiti lagu. Lagu yang dipilih dan dicalonkan mestilah mempunyai lirik dan muzik yang asli. Kesemua lagu yang diterima telah dipilih berdasarkan markah yang diberikan oleh Juri Profesional iaitu sebanyak 70%, dan melalui undian awam di anugerahlaguindie.com.my sebanyak 30%.” kata Jennifer Thompson, Penerbit Eksekutif Bersama Anugerah Lagu Indie.

Senarai Finalis Anugerah Lagu Indie 2023

Senarai penuh Finalis Anugerah Lagu Indie disertakan sepeti berikut:

Top 5 Kategori Hip Hop Terbaik

1. Ice Cold Castle
Komposer oleh: Jeffery Chong, Ooi Chen Chun, Ammar Ariff, Danish Hakimi.
Lirik oleh: Jeffery Chong, Ammar Ariff, Danish Hakimi
Artis: Yung Kai, Nakalness, Akkimwaru.

2. Candy Mind
Komposer oleh: Sya
Lirik oleh: Sya & Senna
Artis: Sya

3. LXF
Komposer oleh: Sabbala, Rahhh5kaki, Issa Goodmusic, Jaymhd7, A.D.K., Zemo, Benzooloo, Danye, Rebel Asia & DJ Ruckes
Lirik oleh: Sabbala, Rahhh5kaki, Issa Goodmusic, Jaymhd7, A.D.K., Zemo, Benzooloo, Danye, Rebel Asia & DJ Ruckes
Artis: LXF

4. Gard O Gard
Komposer oleh: Uzayr Muhammad dan Jeffrey Affandy
Lirik oleh: Uzayr Muhammad dan Jeffrey Affandy
Artis: 53 Universe

5. Mimpi untuk Semalam
Komposer oleh: Dafreakinaz, Jaystation, Quai
Lirik oleh: Jaystation, Quai
Artis: Slatan / Jaystation, Quai

Top 5 Kategori Pop Terbaik

1. Pura
Komposer oleh: Fatin Faizal
Lirik oleh: Fatin Faizal
Artis: Fatin Faizal

2. Pembunuh Malam
Komposer oleh: Hazeeq Hilman & Muhd Haziq
Lirik oleh: Hazeeq Hilman & Muhd Haziq
Artis: Lunar

3. Stargazing
Komposer oleh: Odelia Tirza
Lirik oleh: Odelia Tirza
Artis: Odelia Tirza

4. Luka
Komposer oleh: Lily Jannah
Lirik oleh: Lily Jannah
Artis: Lily Jannah

5. Derana
Komposer oleh: Syahir Cherpen
Lirik oleh: Syahir Cherpen
Artis: Heidi & Ruang Hati

Top 5 Kategori Rock Terbaik

1. Jiwa (Takhta Milik Kita)
Komposer oleh: Aimran, Faz, Adry, Shahril
Lirik oleh: Shahril Redzwan
Artis: Akta

2. In the Haze
Komposer oleh: Chia Shock Hong, Bryan Lu
Lirik oleh: Chia Shock Hong
Artis: Math Class

3. Inti Sari
Komposer oleh: Hayzeeq Iman, Daniel Aswad & Harith Zikry
Lirik oleh: Hayzeeq Iman & Daniel Aswad
Artis: Zerophobia

4. Terra Luna
Komposer oleh: Crazy Grizzly
Lirik oleh: Mustika Sari
Artis: Crazy Grizzly

5. Souled Out
Komposer oleh: Vota
Lirik oleh: Vota
Artis: Vota

Jangan lupa untuk menonton Pentas Akhir Anugerah Lagu Indie 2023 di laman YouTube Anugerah Lagu Indie pada 7 Mac 2024 jam 8.00 malam hingga 12.00 tengah malam.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post