Konsert Memori Terindah 2023 Tampilkan Ifan Seventeen, Anggi Marito, Alif Satar & The Locos - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Konsert Memori Terindah 2023 Tampilkan Ifan Seventeen, Anggi Marito, Alif Satar & The Locos

Trending

Konsert Memori Terindah 2023 Tampilkan Ifan Seventeen, Anggi Marito, Alif Satar & The Locos

Jika masih ada yang belum mendapatkan atau mahu melengkapkan memori terindah untuk tahun ini, Konsert Memori Terindah 2023 adalah jawapan kepada ‘kekosongan’ yang akan melengkapkan kembara hiburan anda. Bakal menampilkan Ifan Seventeen, Anggi Marito, Alif Satar & The Locos, konsert ini bakal menemui peminat Malaysia pada 11 November 2023 kelak.

Konsert Memori Terindah 2023 Tampilkan Ifan Seventeen, Anggi Marito, Alif Satar & The Locos

Kolaborasi Penyanyi Indonesia dan Malaysia Atas Satu Pentas

Konsert Memori Terindah 2023 yang dibawakan oleh Mutiara Dara Optimum Sdn Bhd dan diterbitkan One Event Resources hadir dengan barisan pemuzik dan penyanyi terbaik kolaborasi Indonesia dan Malaysia. Mereka ialah Ifan Seventeen dan Anggi Marito (Indonesia), Alif Satar & The Locos (Malaysia). Ketiga-tiga penyanyi ini akan bertemu dan menghiburkan peminat menerusi Konsert Memori Terindah 2023 yang dijadual berlangsung di Plenary Hall Kuala Lumpur Convention Centre pada 11 November 2023 pukul 8 malam.

Penganjur Adam Hanafi dari Mutiara Dara Optimum Sdn Bhd menyifatkan Konsert Memori Terindah 2023 yang menggabungkan pemuzik dan penyanyi dari Indonesia dan Malaysia, dengan masing-masing sudah lama memikat hati penggemar adalah sebuah acara yang mempunyai nilai tersendiri.


“Konsert Memori Terindah 2023 adalah sebuah penganjuran yang menggabungkan kolaborasi pemuzik atau penyanyi dengan kualiti dan telah memahatkan memori tersendiri buat peminat. Siapa yang Ddak kenal dengan Ifan Seventeen, penyanyi bersuara gemersik bersama untaian lirik dan lagu yang cukup melankolik."
“Kami mengambil contoh hanya satu lagu Seventeen iaitu Kemarin dan kami percaya bukan hanya Ifan yang mempunyai Memori Terindah mengenai lagu dan Allahyarham anggota lainnya tetapi peminat juga mempunyai kenangan peribadi terhadap lagu ini."


Bersama Ifan konsert ini akan menghadirkan Anggi Marito, peserta Indonesian Idol yang mempunyai vokal cukup memukau sekaligus menjadi satu-satunya artis wanita di dalam konsert ini.


Alif Satar & The Locos Wakil Artis Malaysia

Untuk mencapai matlamat bagi memastikan silaturahmi antara dua negara tetap terjalin baik, Alif Satar & The Locos adalah pemuzik paling tepat mewakili Malaysia dalam Konsert Memori Terindah 2023.

Sementara itu bagi Ifan kesempatan beraksi di Malaysia setelah sekian lama tidak menghiburkan peminat di sini adalah sebuah peluang yang tidak boleh dilepaskan. Apa lagi di Konsert Memori Terindah 2023, Ifan akan tampil tanpa anggota asal Seventeen iaitu Allahyarham Bani, Herman, Andi yang meninggal dunia dalam tragedi tsunami pada 22 Disember 2018 silam.

Harga Tiket Konsert Memori Terindah 2023

Tiket-tiket Konsert Memori Terindah 2023 yang berharga RM158 sehingga RM988 (Meet & Greet) sudah boleh dibeli di myticketasia.com atau hubungi talian 019 7860 144.

Konsert Memori Terindah 2023 Tampilkan Ifan Seventeen, Anggi Marito, Alif Satar & The Locos


Acara: Konsert Memori Terindah 2023
Artis: Ifan Seventeen, Anggi Marito, Alif Satar & The Locos
Tarikh: 11 November 2023
Masa: 8 malam
Lokasi: Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre
Tiket: RM158 - RM988 (Meet & Greet)
Platorm Pembelian Tiket: myticketasia.com
Talian: 019 7860 144
Penganjur: Mutiara Optimum Sdn Bhd
Penerbit: One Event Resources

Pastikan temu janji anda bersama Konsert Memori Terindah 2023 pada 11 November 2023 di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre untuk melengkapkan kenangan terhebat yang pernah dirasai pada tahun ini.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post