Sinopsis Teater Muzikal Upin & Ipin – Pin Pin Pom! - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Sinopsis Teater Muzikal Upin & Ipin – Pin Pin Pom!

Trending

Sinopsis Teater Muzikal Upin & Ipin – Pin Pin Pom!

Animasi popular Malaysia, Upin & Ipin telah tampil dengan pementasan Teater Muzikal Upin & Ipin – Pin Pin Pom! pada penghujung tahun lalu di Malaysia serta Singapura. Teater tersebut telah mendapat sambutan positif daripada jutaan penonton yang meliputi anak kecil serta orang dewasa. Rentetan daripada kejayaan tersebut, pihak penerbit Les’Copaque Production membawa Teater Muzikal Upin & Ipin – Pin Pin Pom! untuk dipersembahkan di platform Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 18 Mei ini. Lebih istimewa, versi yang akan ditayangkan di Astro First adalah berbeza dan memperlihatkan penggunaan kesan visual menggunakan teknologi multimedia yang lebih banyak sepanjang teater dipersembahkan.

Sinopsis Teater Muzikal Upin & Ipin – Pin Pin Pom!

Teater Muzikal Upin & Ipin – Pin Pin Pom! ini sangat istimewa kerana ianya mempunyai elemen multimedia serta lagu-lagu yang digubah oleh komposer Les’ Copaque sendiri. Teater ini juga merupakan 100 peratus karya anak tempatan.


Teater berdurasi 1 jam 6 minit ini diarahkan oleh Siti Rohayah Atan dan menampilkan watak-watak utama Upin, Ipin dan kawan-kawan seperti Ehsan, Mail, Jarjit, Mei Mei, Fizi, Susanti serta menampilkan beberapa watak baharu yang kali pertama diketengahkan dalam pementasan teater seperti karakter Pahlawan Magik Upin Ipin dan Nenek Kebayan. Kesemua watak ini dilakonkan sepenuhnya oleh maskot dengan kostum menarik yang direka khas untuk pementasan teater tersebut.

Cerita asal merupakan hasil idea Hajah Ainon Bt Ariff dan beliau juga merupakan penulis skrip bersama Nur Naquyah Binti Burhanuddin. Teater Muzikal Upin & Ipin – Pin Pin Pom! mengisahkan tentang pengembaraan Upin & Ipin ke dunia Pin Pin Pom! demi menyelamatkan diri dan kawan-kawan daripada cengkaman Nenek Kebayan yang mencari Batu Delima Sakti.

Sinopsis Teater Muzikal Upin & Ipin – Pin Pin Pom!

Teater ini penuh dengan aksi yang mendebarkan dan mencuit hati di samping lagu-lagu yang menghiburkan. Terdapat 10 buah lagu yang dipersembahkan di teater ini dan mengangkat lagu Upin & Ipin – Pin Pin Pom! sebagai lagu tema utama pementasan ini. Lagu tersebut menyelitkan dialog simbolik ‘Pin Pin Pom!’ yang amat popular dari salah satu siri Upin & Ipin dan diiringi dengan susuan muzik yang ‘catchy’.

Selain itu, Teater Muzikal Upin & Ipin – Pin Pin Pom! di Astro First ini turut diselitkan sesi temu ramah eksklusif bersama tenaga-tenaga kreatif di sebalik tabir yang menjayakan teater ini serta barisan pelakon utama alih suara.

Tajuk : Teater Muzikal Upin & Ipin – Pin Pin Pom!
Genre : Teater
Pengarah : Siti Rohayah Atan
Produksi : Les’ Copaque Production Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
Durasi Filem : 1jam 6minit
Tarikh Tayangan di Astro First : 18 Mei 2023

Barisan Pelakon Upin & Ipin – Pin Pin Pom!
Asyiela Putri Bt Azhar sbg Upin & Ipin
Deera Amin sbg Nenek Kebayan
Muhammad Fareez Daniel Bin Sharabuddin sbg Ehsan
Usayd Uqashah Kamsani sbg Mail
Muhammad Hafiz Bin Hassan sbg Jarjit
Tang Ying Sowk sbg Mei Mei
Rufaidah Bt Muhamed Fadzil sbg Fizi
Siti Nor Adwin Bt Safie sbg Susanti
Hajah Ainon Bt Ariff sbg Opah
Siti Khairunnisa Bt Mohamad Riduan sbg Ros
Haji Burhanuddin Bin Md. Radzi sbg Tok Dalang
Mohd Bukhari Bin Amir Hamzah sbg Rembo
Hazimin Bin Hamdan sbg Si Polan
Nik Abdul Razzaq Fahmi Bin Abdul Rashid sbg Monyet

OST Upin & Ipin – Pin Pin Pom!
Lagu : Upin & Ipin – Pin Pin Pom!
Penyanyi : Asyiela Putri Bt Azhar
Lirik : Nur Naquyah Binti Burhanuddin
Komposer : Muhammad Ammar Syahid Bin Mohd Arif


Sinopsis Upin & Ipin – Pin Pin Pom!

Upin dan Ipin sedang bermain bersama kawan-kawan apabila Susanti buka cerita tentang lagenda satu batu ajaib, Batu Delima Sakti. Batu ajaib ini hanya berjaya dimiliki oleh Nenek Kebayan. Dengan kuasa batu ajaib ini, pelbagai kerosakan telah dilakukan oleh Nenek Kebayan. Sedang mereka bergembira bermain Nenek Si Bongkok Tiga, Rembo datang buat hal. Tok Dalang datang minta tolong Upin dan Ipin menangkap Rembo yang mencuri seliparnya.

Sinopsis Teater Muzikal Upin & Ipin – Pin Pin Pom!

Upin dan Ipin kejar Rembo hingga ke satu rumah usang. Di dalam rumah itu, mereka berjumpa seketul batu merah yang amat cantik. Ipin ambil batu itu dan bawanya pulang tanpa pengetahuan Upin. Setelah mereka keluar dari rumah itu, Nenek Kebayan muncul dan mencari semula Batu Delima Sakti yang dia simpan di Kampung Durian Runtuh. Dengan menggunakan kuasa tongkat sakti, Nenek Kebayan dapat tahu Upin dan Ipin yang mengambil Batu Delima Saktinya. Dengan segera, Nenek Kebayan munculkan diri di hadapan Upin dan Ipin untuk menuntut semula batu sakti itu daripada mereka.

Ketika Nenek Kebayan menggunakan kuasanya terhadap Upin dan Ipin, mereka bertukar menjadi Pahlawan Magik Pin Pin Pom dan cuba untuk melawan semula Nenek Kebayan. Upin dan Ipin berjaya menumpaskan Nenek Kebayan dengan bantuan kuasa dari Batu Delima Sakti. Nenek Kebayan mengarahkan tongkat saktinya untuk mencari kelemahan Upin dan Ipin. Dengan menggunakan kelemahan Upin dan Ipin, Nenek Kebayan mengugut mereka supaya serahkan Batu Delima Sakti.

Upin dan Ipin tiba dekat rumah usang Nenek Kebayan tetapi dia tidak kelihatan. Begitu juga kawan-kawan mereka. Tiba-tiba, Nenek Kebayan muncul dan hantar satu per satu makhluk suruhannya selesaikan Upin dan Ipin. Disebabkan kelalaian Ipin setelah berjaya mengalahkan kesemua makhluk suruhan Nenek Kebayan, Nenek Kebayan dapat merampas semula Batu Delima Sakti tetapi akhirnya terbukti bahawa batu itu palsu!

Dengan bantuan para penonton, Upin dan Ipin berjaya menundukkan Nenek Kebayan. Nenek Kebayan melepaskan kawan-kawan Upin dan Ipin. Dengan segera, Upin dan Ipin memerangkap Nenek Kebayan masuk kembali ke bingkai gambar di dinding rumah usang itu. Kampung Durian Runtuh kembali aman dan selamat.


Upin & Ipin – Pin Pin Pom! Synopsis

While Upin and Ipin are playing with their friends one fine day, Susanti decides to tell them the story of the Scarlet Stone filled with magical power. Despite many people fighting over stone, only the Wicked Witch is proven victorious and currently wields it. Using the power of the Scarlet Stone, the Wicked Witch destroys villages; causes havoc, and instills fear in other people.

Sinopsis Teater Muzikal Upin & Ipin – Pin Pin Pom!

After telling her story, they start to play ‘Nenek Si Bongkok Tiga’. While playing, Rembo, a mischievous chicken is seen running past them, followed by Tok Dalang panting in exhaustion. He tells Upin Ipin and their friends to catch it because it took his slippers.

While trying to catch Rembo, Upin, and Ipin accidentally stumble upon an old abandoned house. After entering the house, Upin and Ipin find the Scarlet Stone. Ipin then grabs it and brings it home. Shortly then, the Wicked Witch appears in the place. Realizing that the stone is missing, she uses magic and finds out that it was Upin and Ipin who took it. Furious, the Wicked Witch quickly appears before Upin and Ipin to take back her stone.

The Wicked Witch uses her power to attack Upin and Ipin, but surprisingly they transform into Pin Pin Pom Magical Warriors and counter the attack. With the help of the Scarlet Stone, Upin and Ipin successfully defeat the Wicked Witch and send her away. The Wicked Witch after her defeat, commands her staff to find Upin and Ipin’s weakness. Using that weakness, she threatens Upin and Ipin to give up the Scarlet Stone.


Upin and Ipin arrive at the Wicked Witch’s house, but to their surprise, it is empty. Suddenly, the Witch appears, sending her minions to fight Upin and Ipin. Despite Upin and Ipin’s victory, Ipin’s clumsiness allows the Wicked Witch to retrieve back the Scarlet Stone. Fortunately, the Wicked Witch has been tricked since it was a fake stone.

With the help of the audience, Upin and Ipin finally defeat the Wicked Witch. The Wicked Witch lets their friends go and is quickly trapped in a picture. With the defeat of the Witch, Kampung Durian Runtuh is saved.

Saksikan Teater Muzikal Upin & Ipin – Pin Pin Pom! bermula 18 Mei 2023 Di Pawagam Rumah Anda, Astro First saluran 480 atau strim di On Demand atau Astro GO. Langgan dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter, TikTok Astro First, Astro Shaw dan Astro Gempak.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post