Bebola Tumbuhan IKEA (IKEA Plant Ball) Kini Tiba di Malaysia! - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Bebola Tumbuhan IKEA (IKEA Plant Ball) Kini Tiba di Malaysia!

Trending

Bebola Tumbuhan IKEA (IKEA Plant Ball) Kini Tiba di Malaysia!

Buat peminat meatball IKEA, IKEA Malaysia kini memperkenalkan menu terbaharunya iaitu bebola tumbuhan IKEA. IKEA Plant Ball ini dilancarkan bagi menginspirasikan kehidupan yang lebih lestari buat manusia dan planet bumi. IKEA plant ball yang merupakan alternatif lazat kepada bebola daging akan tersedia ada di semua gedung IKEA di seluruh negara mulai 8 Mei 2023.

Bebola Tumbuhan IKEA (IKEA Plant Ball) Kini Tiba di Malaysia!

Bebola Tumbuhan IKEA (IKEA Plant Ball) Kini Tiba di Malaysia!

Bebola tumbuhan IKEA baharu ini telah dihasilkan untuk menjadi lebih lestari dengan kesan yang lebih rendah ke atas alam sekitar. Dibuat dengan protein kacang pea kuning, oat, kentang, bawang, dan epal, bola tumbuhan ini terdiri daripada hanya 4% dari jejak iklim (climate footprint) daging bebola, menyumbang kepada hasrat IKEA untuk menjadi positif iklim menjelang 2030."


Malcolm Pruys, Pengarah Runcit Negara, IKEA Malaysia berkata, “Di IKEA, kami mahu memberi impak yang positif kepada manusia dan planet. Bagi terus mewujudkan kehidupan harian yang lebih baik untuk semua, kami ingin menginspirasikan dan menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk mengambil langkah kecil ke arah gaya hidup lestari, bermula dengan tabiat pemakanan kita. Kami faham bahawa menjalani kehidupan yang lebih lestari adalah penting bagi ramai orang. Berbekalkan bebola tumbuhan baharu, kami dengan bangga menawarkan alternatif yang lazat, berpatutan dan lebih lestari kepada pencinta daging – tanpa menjejaskan pengalaman bebola daging IKEA yang digemari ramai.”

Langkah ini juga selari dengan komitmen IKEA untuk mengurangkan jejak iklim perniagaan makanannya. “Menjelang tahun 2025, kami menyasarkan untuk menjadikan 50% daripada makanan utama restoran kami berasaskan tumbuhan. Pada tahun FY2022, kami menjual lebih daripada 27 juta bebola daging di Malaysia. Menjadikan bebola tumbuhan sebahagian daripada tawaran kami dan menukarkan sebahagian daripada jualan bebola daging kepada bebola tumbuhan akan menyumbang terhadap matlamat kelestarian kami,” tambah Malcolm.


Harga Bebola Tumbuhan IKEA (Harga IKEA Plant Ball)

Dengan mengembangkan lagi tawaran makanan berasaskan tumbuhan IKEA, pelanggan kini boleh menikmati bebola tumbuhan dengan kentang lecek, brokoli dan jem lingonberi di Restoran ala Sweden di semua gedung IKEA di Malaysia. Anda juga boleh menikmati pelbagai hidangan bebola tumbuhan, bermula daripada harga serendah RM5.90.

Bebola Tumbuhan dengan Kentang Lecek & Brokoli
8 biji Bebola Tumbuhan dengan Kentang Lecek & Brokoli
RM9.90

Bebola Tumbuhan dengan Kentang Lecek & Brokoli
12 biji Bebola Tumbuhan dengan Kentang Lecek & Brokoli IKEA
RM12.90


Bebola Tumbuhan untuk Kanak-kanak IKEA
Bebola Tumbuhan untuk Kanak-kanak IKEA
RM5.90

Roti Belebat Bebola Tumbuhan IKEA
Roti Belebat Bebola Tumbuhan IKEA
RM6.50


Pasta Bebola Tumbuhan IKEA
Pasta Bebola Tumbuhan IKEA 5 biji
RM7.90

Mesti dah tak sabar nak cuba sendiri bebola tumbuhan IKEA ni kan? Nikmatilah hidangan bebola tumbuhan yang lazat di Restoran ala Sweden IKEA! Jangan lupa kunjungi IKEA terdekat anda hari ini juga. Untuk tawaran makanan IKEA yang lain, layari https://www.ikea.com/my/ms/stores/restaurant/

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post