Sinopsis Filem Satu Hari Sebelum Raya Syahmi Sazli - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Sinopsis Filem Satu Hari Sebelum Raya Syahmi Sazli

Trending

Sinopsis Filem Satu Hari Sebelum Raya Syahmi Sazli

Ikon Pengarah Muda, Syahmi Sazli kembali dengan filem terbaru berjudul ‘Satu Hari Sebelum Raya’ dan filem genre drama ini akan temui penonton Di Pawagam Rumah Anda, Astro First bemula 6 April ini. Satu Hari Sebelum Raya merupakan filem arahan ketiga daripada Syahmi Sazli selepas Mael Totey The Movie (2020) dan 35mm (2022). Filem berdurasi 1 jam 24 minit ini menyaksikan kemampuan Syahmi Sazli dalam memberi sentuhan pada naskhah yang lebih dramatik yang mampu menjentik emosi, berbanding filem terdahulu yang lebih memfokuskan pada elemen komedi drama.

Sinopsis Filem Satu Hari Sebelum Raya

Menurut Penerbit, Pengarah, Penulis Skrip dan Idea Asal, Syahmi Sazli berkata, “Saya rasa amat teruja untuk mempersembahkan filem ini dan dalam pada itu turut berasa sedikit gementar untuk melihat reaksi penonton. Selepas menghasilkan Mael Totey The Movie dan 35mm, sokongan positif penonton mendorong saya untuk terus berkarya dan terhasillah Satu Hari Sebelum Raya. Kali ini saya cuba membawakan subjek yang dekat dengan masyarakat iaitu Hari Raya Aidilfitri; dalam pada kita bergembira menyambut Syawal, namun jangan lupa pada mereka yang memerlukan. Saya harap filem ini diterima baik dan mampu memberi nilai hiburan serta pengajaran kepada penonton.”


Info Filem Satu Hari Sebelum Raya Astro First
Tajuk : Satu Hari Sebelum Raya
Genre : Drama/Komedi
Pengarah : Syahmi Sazli
Produksi : Syahmi Sazli Production Sdn Bhd
Bahasa : Melayu (Kelantan)
Durasi : 1 Jam 24 Minit
Jumlah Hari Penggambaran : 10 Hari
Lokasi Penggambaran : Sekitar Kota Bharu
Tarikh Tayangan di Astro First : 6 April 2023

Sinopsis Satu Hari Sebelum Raya

Satu Hari Sebelum Raya mengisahkan tentang perjalanan dua adik-beradik yang hidup dalam serba kekurangan, Ika dan Yoe untuk mendapatkan sepasang baju raya pada sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri. Sepanjang perjalanan, mereka berjumpa beberapa jenis manusia yang bakal mengubah fikiran dan hidup mereka. Dapatkah Ika menunaikan janji untuk mendapatkan sepasang baju raya adiknya, Yoe.

Sinopsis Filem Satu Hari Sebelum Raya

Sinopsis Filem Satu Hari Sebelum Raya


Barisan Pelakon Satu Hari Sebelum Raya
Pelakon yang membintangi filem ini adalah Wanie Rohaimie, Yoe Parey, Asif Suhaimi, Samer, Hushairy Hussein, Badri Radzi, Mustapha Kamal, Sheila Mambo, Kamarool Yusoff, Saiful Apek, Anissa Faizul, Poyie Gasi dan ramai lagi. Kali ini menyaksikan Syahmi Sazli mempertaruh banyak muka baru yang popular dalam kalangan masyarakat kita seperti pempengaruh Samer dan bekas pemain bola kebangsaan, Badri Radzi atau lebih dikenali dengan panggilan Piya.

Wanie Rohaimie sbg Ika
Ashrul Hakim sbg Yoe
Hushairi Husain sbg Yie
Shahman sbg Samer
Asyiff Suhaimi sbg Asif
Mustapha Kamal sbg Pakcik Arif
Sheila Mambo sbg Kak dah
Kamarool Yusoff sbg Ketua Kampung
Saiful Apek sbg Uncle
Anissa Faizul sbg Aida
Putry Mohd sbg Fiza
Badri Radzi sbg Pengemis
Poyie Gasi sbg Penjahat 1
Emie Sukmasari sbg Penjahat 2
Cik Amie Gangster sbg Jurujual
Tok Ayoh Skoda sbg Jali


Lagu/Muzik
Lagu : Gewe Ku Ore Kelate
Penyanyi : Emie Sukma Sari
Terbitan : Syahmi Sazli Production Sdn Bhd

Lagu : Anak Kampung
Penyanyi : Adam ZBP
Terbitan : Anak Seni Studio

Lagu : Suara Takbir Violin
Cover : Nisa Addina

Lagu : Pulanglah Violin
Cover : Salim Violin

Saksikan filem Satu hari Sebelum Raya bermula 6 April 2023 Di Pawagam Rumah Anda, Astro First saluran 480 atau strim di On Demand atau Astro GO. Langgan dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter, TikTok Astro Shaw dan Astro Gempak.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post