Scammer Geng Marhaban Drama Komedi Dengan Stail Berbeza - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Scammer Geng Marhaban Drama Komedi Dengan Stail Berbeza

Trending

Scammer Geng Marhaban Drama Komedi Dengan Stail Berbeza

Selepas kejayaan drama bersiri ‘whodunit’ seperti The Maid dan program realiti selebriti popular The House, Gempak Originals Series kini mempersembahkan sebuah lagi drama bersiri dengan konsep yang segar dan berlainan. Scammer Geng Marhaban membawakan genre komedi dengan dengan stail berbeza.

Scammer Geng Marhaban Drama Komedi Dengan Stail Berbeza


Drama Scammer Geng Marhaban membawakan tema ‘heist’ dan penipuan berlatar belakangkan komuniti di sebuah kampung. Mempertaruhkan teraju utama pelakon muda berbakat besar, Amir Ahnaf yang popular dengan watak Kahar dari drama premium Astro Originals, High Council, drama bersiri ini diarahkan Waan Hafiz yang sebelum ini mengarahkan Gempak Original Series, Beriani Gam Kak Aspalela pada tahun lalu.

Drama bersiri lapan episod ini mengisahkan dua adik beradik yang tidak sehaluan, Aidil dan Adib. Namun apabila ibu mereka Hjh Quyah telah terjerat dalam kegiatan ‘scam’ ketika cuba mempertahankan jawatan Presiden Persatuan Marhaban, Aidil dan Adib cuba mencari dalang yang telah menipu ibu mereka. Sepanjang memburu ‘si scammer’, banyak insiden yang berlaku termasuklah jerat percintaan di antara Aidil dan Adib terhadap seorang gadis.

Scammer Geng Marhaban Drama Komedi Dengan Stail Berbeza

Scammer Geng Marhaban Drama Komedi Dengan Stail Berbeza


Watak Aidil yang dijayakan oleh Amir Ahnaf tercetus apabila pelakon tersebut membuat kemunculan istimewa sebagai ‘rider’ di Anugerah Gempak Most Wanted pada Mac lalu dan telah menjadi tular di platform media sosial. Rentetan daripada itu, watak ‘rider’ tersebut dikembangkan dalam siri ini, sekali gus menjadikan jenama McDonald’s sebagai penaja utama siri Scammer Geng Marhaban.

Selain Amir, siri tulisan Sham Hashim ini turut dibintangi oleh wajah-wajah baru seperti pempengaruh terkenal Lorenzo Irmann dan Qistina Khaled di samping pelakon berpengalaman seperti Ozlynn, Watie Sadali dan Che Kem. Turut membuat penampilan istimewa Raja Azura dan Zahid AF. Sesi penggambaran telah dijalankan di Sekinchan, Kuala Selangor selama 17 hari.

Pelakon Utama Scammer Geng Marhaban, Amir Ahnaf, juga melahirkan rasa teruja untuk berlakon dalam karya komedi. “Selepas kemunculan saya dalam High Council, watak Kahar telah memberi impak besar dalam karier saya. Lanjutan daripada itu, saya mengimpikan watak-watak berbeza yang mampu menampilkan sisi berbeza dan percaya watak Aidil adalah salah satu daripadanya. Scammer Geng Marhaban ini bagi saya cabarannya adalah berlakon ketika waktu berpuasa. Ditambah pula watak saya iaitu Aidil seorang yang sangat ceria dan aktif, memang banyak menggunakan pergerakan. Jadi apa yang harus saya lakukan adalah kena pandai simpan tenaga. Secara jujurnya saya sendiri seronok dapat menjadi sebahagian daripada Scammer Geng Marhaban, dengan cerita yang mencuit hati ini saya harap dapat menceriakan anda,” ujarnya.

Saksikan Scammer Geng Marhaban bermula 4 Mei di Astro Ria, saluran 104, setiap hari Khamis, jam 11 malam. Penonton juga boleh saksikan secara strim di platform Astro GO ataupun On Demand. Ikuti Instagram, TikTok, Twitter, YouTube dan Facebook Astro Gempak atau layari gempak.com untuk ‘digital extension’ siri ini secara ekslusif selain paparan klip-klip menarik Scammer Geng Marhaban.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post