Sinopsis Drama Liar, Calon Siri Thriller Terbaik BAFTA Awards - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Sinopsis Drama Liar, Calon Siri Thriller Terbaik BAFTA Awards

Trending

Sinopsis Drama Liar, Calon Siri Thriller Terbaik BAFTA Awards

Selepas kejayaan dan fenomena luar biasa drama premium High Council, Astro Originals mengukuhkan lagi jenamanya sebagai jenama terbaik dalam mempersembahkan konten berkualiti menerusi naskhah terbaru bertajuk LIAR, sebuah adaptasi antarabangsa daripada calon siri thriller terbaik di BAFTA Awards dan British Screenwriters’ Award.

Sinopsis Drama Liar

Liar diterbitkan oleh Astro Shaw dengan kerjasama Double Vision dan All3Media Internasional. Siri asal Liar merupakan terbitan Two Brothers Pictures untuk ITV dan Sundance TV pada tahun 2017.

Liar mengangkat genre thriller yang meneroka tema stereotaip jantina, kekeluargaan serta penipuan. Drama hebat ini telah berjaya meraih jumlah tontonan paling tinggi 7 juta, sekali gus mencatatkan jumlah terbesar bagi drama baru yang pernah ditonton di ITV sejak 2014.


Drama ini juga ditayangkan di Australia dan New Zealand. Menariknya, Liar turut mempunyai versi remake dari Sepanyol pada tahun 2020 menggunakan tajuk ‘Mentira’s, versi Jerman menggunakan tajuk ‘Du Sollst Nicht Lügen’, serta negara lain yang membuat remake adalah Perancis, Itali dan Turki.

Sinonim dengan jalan cerita yang penuh plot twist dan watak-watak yang menonjol sehingga berjaya mencetus keterujaan penonton pada setiap episod, Liar mengisahkan tentang dua insan yang bertemu dalam sebuah temu janji, namun semuanya berubah di luar jangkaan pada hari keesokannya. Seorang telah memperdaya, manakala seorang lagi diperdaya. Kerana kuasa, penipuan mampu memadamkan kebenaran.

Barisan Pelakon Drama Liar


Drama berdurasi 1 jam ini akan ditayangkan bermula 25 Mac 2023, setiap Sabtu, bermula jam 12 tengah malam di platform On Demand atau Astro Go. Manakala bermula 3 April 2023, setiap Isnin, jam 9.00mlm di Astro Ria.

Tajuk: Liar
Genre: Crime/Thriller
Pengarah / Director : Jason Chong, Imri Nasution & Lim Siu Min
Penerbit Producer : Lim Siu Min, Wong Soon Teng
Terbitan Produced by : Astro Shaw Sdn Bhd
Syarikat Penerbitan Production Company : Double Vision Sdn Bhd
Bahasa Language : Malay-English
Durasi Filem / Running Time : 50 minit x 12 Episod
Jumlah Hari Penggambaran / Days of Shooting : 61 hari
Lokasi Penggambaran / Shooting Location : Kuala Lumpur & Selangor
Tayangan di On Demand / Release date on Astro Ria : 25 Mac 2023, setiap Sabtu
Tarikh Tayangan di Astro Ria / Release date on Astro Ria : 3 April 2023, setiap hari Isnin

Barisan Pelakon Drama Liar (Line Ups)
Liar membariskan pelakon-pelakon hebat negara seperti Tiz Zaqyah, Tony Eusoff, Ezzaty Abdullah, Dato’ Jalaluddin Hassan, Wan Raja, Nadiya Nisaa, Atilia Haron, Nazrief Nazri, Haridhass Selvaraju, Naz Rahman, Nas-T, Aniq Suhair, Farah Ahmad, Joyce Harn dan Charles Roberts. Manakala, pengarah Jason Chong, Imri Nasution dan Lim Siu Min.

Sinopsis Drama Liar, Calon Siri Thriller Terbaik BAFTA Awards


Tiz Zaqyah sbg / as Lara Sulaiman
Tony Eusoff sbg/ as Dr. Aiman Yusuf
Ezzaty Abdullah sbg/ as Kat Sulaiman
Dato’ Jalaluddin Hassan sbg / as Sulaiman Ibrahim
Wan Raja sbg/ as Fariz Jamil
Nadiya Nisaa sbg / as Detektif Nissa Suffian
Atilia Haron sbg/ as Inspektor Rita Samsuddin
Nazrief Nazri sbg/ as Taufiq Radzlan
Haridhass Selvaraju sbg/ as Detektif Kumar Varatharaju
Naz Rahman sbg/ as Firdaus Harith
Nas-T sbg/ as Leftenan Eddie Hassan
Aniq Suhair sbg/ as Noah Aiman
Farah Ahmad sbg/ as Jehan Razali
Joyce Harn sbg/ as Winnie
Charles Roberts sbg/ as Koperal Jeya Kumar
Yuyun Hikmah sbg/ as Sofia
Nawal Sarah sbg/ as Yaya
Aidan Razeen Sbg/ as Jo

Sinopsis Drama Liar (Synopsis)

Two sides, One Truth. Liar mengisahkan tentang Lara Sulaiman, seorang guru yang bijak dan berdedikasi. Selepas bercerai dengan suaminya, Lara cuba untuk ‘move on’ dan mula keluar janji temu. Lara mengenali Aiman Yusuf iaitu seorang pakar bedah. Aiman Yusuf juga pernah melalui episod perit dalam kehidupannya sebelum ini. Mereka rasa amat selesa dengan kehadiran masing-masing. Namun, temu janji pertama mereka berubah menjadi mimpi ngeri.

Sinopsis Drama Liar, Calon Siri Thriller Terbaik BAFTA Awards


Lara menuduh Aiman merogolnya, manakala Aiman menegaskan bahawa dia membantu Lara yang tidak sihat untuk pulang dengan selamat. Siapa yang bercakap benar? Liar menyaksikan penipuan yang memusnahkan kehidupan Lara dan Aiman, serta rakan-rakan mahupun keluarga mereka apabila rahsia dan pembohongan terbongkar.

Lara Sulaiman, a smart and dedicated teacher who has recently divorced her husband, agrees to go on a date with the widowed surgeon, Aiman Yusuf. But afterward, they each have a very different story to tell – Lara accuses Aiman of rape, while Aiman maintains that he helped an unwell Lara get home safely. Who is telling the truth?

As the fallout from the night spirals out of control, Liar explores the devastating cost of deceit, on both the couple and their friends and family, as secrets and lies are laid bare.

Saksikan drama premium, Liar mulai 25 Mac 2023, setiap Sabtu, bermula jam 12 tengah malam di platform On Demand atau Astro Go. Manakala bermula 3 April 2023, setiap Isnin, jam 9.00mlm di Astro Ria. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman sosial, Instagram, TikTok, Twitter, Facebook Astro Shaw atau Astro Gempak untuk maklumat lanjut.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post