MATTA Fair 2023 Malaysia Di MITEC 17-19 Mac - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal MATTA Fair 2023 Malaysia Di MITEC 17-19 Mac

Trending

MATTA Fair 2023 Malaysia Di MITEC 17-19 Mac

Tourism Selangor akan membawakan “Pusing Selangor Dulu Travel Trail” sebagai tema bagi Pameran MATTA 2023 yang bertempat di Pusat Perdagangan & Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur dari 17-19 Mac 2023.

matta fair 2023 venue


Tourism Selangor merealisasikan keseronokan di tengah kota. Menyedari impak produk pelancongan yang berpotensi untuk dibawa ke luar negara dan dipromosikan di dalam negara, Negeri Selangor, melalui agensi promosi pelancongan rasminya.

Penglibatan Tourism Selangor dalam Pameran MATTA kali ini akan terus mempromosikan tarikan di Selangor melalui kempen promosi pelancongan domestiknya. Diantara rakan strategik yang terlibat dałam MATTA Fair 2023 adalah Gamuda Land (GL Play) serta produk pelancongan utama lain seperti Chocolate Museum, Eastin Hotel, Jumpstreet Asia, Cyberview Resort & Spa, Go Selangor, Park Inn by Radisson Putrajaya, Wet World Shah Alam, MAEPS Serdang (MARDI Corporation Sdn Bhd), Farm in the City, Selangor Fruit Valley, G2G Animal Garden, Persatuan Kemajuan Pelancongan Sekinchan dan Sky Mirror, serta Majlis Perbandaran Kuala Langat dan Hulu Selangor.

matta fair 2023 date


Sejajar dengan kempen “Inilah Masanya, Cuti-Cuti Malaysia”, Pusing Selangor Dulu Travel Trail akan mempamerkan pengalaman mengembara bersama pengunjung di Pavilion Selangor melalui aktiviti interaktif seperti:
  • menaiki trak safari
  • demonstrasi pembuatan coklat
  • pameran kayak dan rakit
  • demonstrasi trampolin
  • Food testing
  • pameran set hidroponik
  • demonstrasi pembuatan sushi
  • demonstrasi sawah padi

Menjangkakan lebih 150,000 pengunjung semasa Pameran MATTA tahun ini, pengunjung berpeluang merebut baucar pelancongan bernilai sehingga RM 2,000 melalui peraduan TikTok Pavilion Selangor. Untuk butiran lanjut, semak media sosial rasmi Tourism Selangor.

is matta fair worth it, matta fair online deals, matta fair 2023 date, matta fair promotion 2023, matta fair 2023 venue, what is matta fair,

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post