Kempen Ramadhan : Festival Ramadan Tourism Selangor 2023 - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Kempen Ramadhan : Festival Ramadan Tourism Selangor 2023

Trending

Kempen Ramadhan : Festival Ramadan Tourism Selangor 2023

Ramadan bakal tiba dan tiba masanya untuk kempen Ramadan yang dinanti-nantikan. Tourism Selangor telah melancarkan kempen Ramadan, dengan tujuan untuk membantu pengusaha-pengusaha produk pelancongan dan peniaga kecil di negeri Selangor. Festival Ramadan Tourism Selangor 2023 akan mengumpulkan lima program utama yang berbeza; Direktori Bufet Ramadan, Selera Ramadan Tourism Selangor, Peraduan Bufet Ramadan, Terjah Bazar Ramadan dan Raya Sakan bersama Tourism Selangor.

  • Selera Ramadan (21 Feb - 21 Mac 2023)
  • Direktori Bufet Ramadan (21 Feb - 22 April 2023)
  • Peraduan Bufet Ramadan (15 Mac - 4 April 2023)
  • Terjah Bazar Ramadan (23 Mac 2023 - 31 April 2023)
  • Raya Sakan (10 April - 14 April 2023)
  • Program Sentuhan Kasih (17 April - 21 April 2023)

Festival Ramadan Tourism Selangor 2023


Ramadan merupakan bulan yang sangat istimewa dan bermakna di Malaysia. Kemeriahan bulan Ramadan ini bukan sahaja masa untuk meningkatkan aktiviti keagamaan malah ia juga merupakan bulan kegemaran bagi para pelancong dan pelawat antarabangsa, dengan kemeriahan bazar Ramadan dan bufet Ramadan yang menawarkan pelbagai pilihan makanan lazat di Malaysia dan memberikan nilai dari segi gastronomi. Sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini, Tourism Selangor mengambil peluang untuk menekankan beberapa tarikan terbaik negeri Selangor termasuk hotel, pusat membeli belah dan street food.

Bagi memulakan Festival Ramadan Tourism Selangor 2023, Tourism Selangor akan mengumpulkan 16 pemain industri daripada hotel-hotel terpilih di negeri Selangor dengan menawarkan Bufet Ramadan terbaik melalui Direktori Bufet Ramadan yang tersedia di platform digital Selangor.Travel. Ia bertujuan untuk memberikan pengalaman gastronomi yang maksima, pakej Bufet Ramadan yang ditawarkan pada tahun ini merupakan salah satu acara utama yang memberikan peluang besar untuk pemain industri hotel di negeri Selangor, yang telah terjejas sepanjang pandemik.


Sebagai penghargaan terhadap pemain-pemain industri, satu siri food review melalui Selera Ramadan Tourism Selangor telah dikongsikan untuk orang awam di platform TikTok @TourismSelangor. Orang ramai juga berpeluang memenangi baucar Bufet Ramadan yang bernilai sehingga RM 11,000.00 melalui 3 siri peraduan yang diadakan di platform digital Tourism Selangor; Selangor.Travel dan TikTok @TourismSelangor.

Memupuk Semangat Memberi Kepada Masyarakat
Pelancong tempatan dan pemain industri memainkan peranan penting dalam aliran kemasukan pelancong di negeri Selangor, iaitu sebanyak 4.5 juta pelancong telah melawati negeri Selangor pada tahun 2022 dan 73% daripadanya merupakan pelancong domestik. Bagi menyokong ekonomi tempatan, 2 siri program akan dijalankan seiring dengan objektif Festival Ramadan Tourism Selangor 2023, yang bukan sahaja membantu pengusaha produk pelancongan malah juga memfokuskan kepada peniaga- peniaga kecil.


Terjah Bazar Ramadan dan Raya Sakan Bersama Tourism Selangor akan mengumpulkan lebih 40 peniaga kecil, penjaja dan pusat membeli-belah untuk menggalakkan kuasa membeli di negeri ini sepanjang Ramadan dan Aidilfitri, seperti Bazar Ramadan yang berpotensi untuk dipromosikan serta kawasan membeli belah di negeri Selangor bagi sambutan Aidilfitri.

Di sebalik sokongan yang konsisten terhadap pelancongan domestik di negeri Selangor, bulan Ramadan masih memberi kesan kepada pemain-pemain industri berikutan aktiviti pelancongan yang terhenti sepanjang Ramadan memandangkan Malaysia merupakan negara yang mempunyai penduduk majoriti beragama Islam. Oleh itu, Tourism Selangor memulakan usaha ini bagi membantu penggiat industri menjelang Aidilfitri yang bakal tiba.

Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor, Azrul Shah Mohamad dalam satu kenyataan berkata, menuju ke arah misi negeri Selangor dalam menjadikan negeri ini sebagai negeri yang pintar, berdaya huni dan makmur; menjadi tanggungjawab Tourism Selangor untuk membantu dan mempromosikan tarikan pelancong yang berpotensi di negeri Selangor khususnya bagi pemain-pemain industri yang terjejas.


Mengenai Tourism Selangor
Tourism Selangor merupakan Agensi Promosi Pelancongan Rasmi Negeri Selangor yang ditubuhkan bagi meningkatkan bilangan pelancong tempatan dan antarabangsa ke Selangor dengan mempertingkat dan membangunkan keindahan negeri yang terkenal serta belum ditemui.

Negeri ini merangkumi 9 daerah, termasuk Petaling, Gombak, Klang, Sepang, Hulu Langat, Sabak Bernam, Kuala Selangor, Kuala Langat dan Hulu Selangor. Kawasan ini dikenali sebagai destinasi pelancongan dan acara yang menarik.

Terdapat banyak inisiatif telah diambil bagi mencapai matlamat ini, seperti penganjuran kempen tempatan dan antarabangsa, acara, misi perdagangan pelancongan luar negara, jelajah tempatan dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://selangor.travel/


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post