Sinopsis Filem Imam M. Nasir - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Sinopsis Filem Imam M. Nasir

Trending

Sinopsis Filem Imam M. Nasir

Filem Imam terbitan Al- Kahfi Pictures Sdn. Bhd. arahan Mior Hashim Manap adalah sebuah adaptasi karya agung Sasterawan Negara iaitu Dato Abdullah Hussain yang turut dibintangi oleh Vanida Imran dan Faizal Hussein.

Lagu Munajat OST Filem Imam

Sebagai seorang seniman, Dato’ M.Nasir sering mencabar dirinya dalam pelbagai disiplin seni seperti lukisan, pembikinan arca dan lain-lain termasuk juga bidang lakonan. Beliau terkenal dengan watak-watak ikonik seperti Bujang dalam filem Kembara Seniman Jalanan, Desa dalam filem Balada, dan yang paling diingati ramai, Hang Tuah dalam Puteri Gunung Ledang. Kali ini beliau memegang watak utama sebagai seorang Imam.

Single terbaru Dato M.Nasir Munajat adalah ciptaan sepenuhnya oleh Dato M.Nasir, terbitan Luncai Emas Sdn Bhd dan dijadikan lagu OST filem Imam.


Sinopsis Filem Imam

Jalan cerita filem Imam mengikuti kepulangan Imam Haji Mihad (dilakonkan oleh Dato’ M.Nasir) ke kampungnya, Kampung Anggrik Desa, setelah lama menghilangkan diri. Setelah dilantik oleh penduduk kampung untuk menjadi Imam baharu menggantikan Imam tua, Haji Abdul Rahman, beliau berusaha untuk membawa pambaharuan kepada masjid tersebut namun usahanya ditemui dengan tentangan dari penduduk yang masih jumud.

Setelah pelantikannya, Imam Haji Mihad cuba membawa pembaharuan di kampungnya. Antaranya ialah dengan membersihkan kawasan masjid, menanam pokok bunga di sekitar masjid dan bahagian bawahnya (masjid terletak di atas bukit atau kawasan tinggi) serta dibina gelanggang sukan takraw dan badminton. 


Tujuan baiknya untuk menarik para pemuda kampung datang ke masjid telah mendapat tentangan dari penduduk yang masih jumud. Setiap pembaharuan yang dibuat disalahertikan oleh pihak yang anti kepimpinannya di Masjid Haji Salleh.

Penentangan bertambah hebat apabila beliau memberi khutbah tanpa menggunakan teks yang disediakan oleh Majlis Agama. Akibatnya, beliau telah dipanggil dan disoal siasat oleh Pejabat Majlis Agama.


Keadaan juga semakin buruk apabila perkhabaran adanya emas di sekitar kawasan masjid telah menyebabkan kehadiran penduduk kampung ke masjid berkurangan oleh kerana aktiviti melombong emas yang gian dilakukan. Apa yang menyedihkan Imam Kampung Anggerik Desa ini ialah nyawanya turut terancam akibat hasad dengki saudara sepupunya sendiri iaitu Haji Syamsuri.

Munajat secara umum membawa maksud doa atau rintihan hati, selalunya dalam bentuk zikir yang bertujuan untuk merayu dan meminta keredhaan Tuhan Yang Maha Esa iaitu tujuan sebenar seorang Muslim. Di dalam filem ini, percanggahan pendapat antara Imam Lama dan Imam Baru melahirkan persengketaan yang mengalihkan perhatian orang daripada tujuan sebenar itu, dan lagu ini berusaha untuk mengingatkan kembali perkara tersebut.

Single ini telah dilancarkan di semua saluran digital dan muzik videonya di saluran YouTube Luncai Emas pada Jumaat 10 Februari 2023. Jangan lupa juga untuk menonton filem IMAM M Nasir bakal ditayangkan di semua pawagam pada 2 Mac 2023.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post