Sinopsis Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah | Bella Jamal - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Sinopsis Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah | Bella Jamal

Trending

Sinopsis Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah | Bella Jamal

Ku Akad Kau Dengan Bismillah ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 arahan Osman Ali & Yus Yusop, dibintangi oleh Aliff Aziz, Sophia Albarakbah, Shah Iskandar. Drama adaptasi novel Ku Akad Kau Dengan Bismillah karya Wawa Akil akan mengisi slot Akasia TV3 bermula 6 Februari 2023 menggantikan Kerana Cinta Itu Ada.

Sinopsis Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah

Drama 28 episod terbitan Nuansa Sdn Bhd, baru episod 1, sudah jadi bualan penonton berikutan babak di atas katil watak Luth Mikail (Aliff) dan Raisya Hannah (Sophia) sehingga menjadi perbualan ramai pihak.

Baca juga > Review Novel Terima Kasih Allah Saat Roh Di Sempadan Barzakh

Ku Akad Kau Dengan Bismillah
Episod: 28
Tarikh Tayangan: 6 Februari 2023
Waktu Siaran: Isnin-Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3 / tonton
Penulis Skrip: Mimie Zakaria & Farah Izzati
Pengarah: Osman Ali & Yus Yusop
Produksi: Nuansa Sdn Bhd
Lagu OST: Genggam - Aliff Aziz (Lirik Lagu Genggam)


Barisan Pelakon Ku Akad Kau Dengan Bismillah

Sophia AlBarakbah sebagai Raisya Hannah
Aliff Aziz sebagai Luth Mikail
Shah Iskandar sebagai Adam Zikry
Jasmine Suraya sebagai Maira
Zaki Azeman sebagai Lukman Hakim
Didi Astillah sebagai Aqilah
Halim Radzi sebagai Haikal
Letchumi Sandraj sebagai Reena
Jasper Supayah sebagai Najia
Jasmin Hamid sebagai Datin Safiah
Kuna Muzani sebagai Umi
Shahidan Izwan sebagai Aidil
Hilal Azman sebagai Zahid
Zack Zabhas sebagai Dato Muzaffar
Ammar Bahri sebagai Manan
Ayu Ayuni sebagai Alia
Syrul Ezwan sebagai Raziq
Adwafri Shah sebagai Kamarul
Een Efendi sebagai Maksu
Raja Nor Baizura sebagai Datin Rozita
Suraya Ghani sebagai Mak Ngah
Saiful Ghaz sebagai Bazli
Addin Baharudin sebagai Firdaus
Naim Shamshol sebagai Fahmi


Sinopsis Ku Akad Kau Dengan Bismillah

Hannah adalah seorang usahawan kedai hiasan. Dia telah mendapat kejutan yang tidak diingini. Apabila membuka matanya daripada tidur pada suatu hari, Hannah telah mendapati dirinya terbaring di atas katil di rumah sepupunya, Maira, di sebelah seorang lelaki yang tidak dikenalinya.

Insiden tersebut telah mengubah hidup Hannah. Malah, gadis tersebut juga telah disisih keluarganya. Hannah mengambil keputusan untuk melarikan diri jauh dari semua orang. Namun, takdir telah menetapkan kemunculan lelaki asing itu setelah beberapa tahun kemudian.

Luth Mikail, seorang Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat pembinaan, hadir kembali dan menuntut kemaafan serta sebuah perhubungan bersama Hannah.

Terdapat 1001 kemungkinan bagaimana seseorang akan bertindak balas apabila berdepan dengan kejadian sebegini. Reaksi Hannah apabila episod gelap dalam hidupnya kembali menghantuinya memperlihatkan suatu perspektif yang bermakna.

Ku Akad Kau Dengan Bismillah bakal menemui penonton mulai 6 Februari 2023, setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 7 malam di TV3 atau strim di tonton.com.my

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post