Review Filem Ant-Man and The Wasp: Quantumania (2023) | Bella Jamal - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Review Filem Ant-Man and The Wasp: Quantumania (2023) | Bella Jamal

Trending

Review Filem Ant-Man and The Wasp: Quantumania (2023) | Bella Jamal

Ant-Man and The Wasp: Quantumania adalah filem superhero Amerika yang sangat dinantikan oleh para penggemar Marvel. Filem ini dikeluarkan oleh Marvel Studios dan diedarkan oleh Walt Disney Studios Motion Pictures. Filem ini akan diarahkan oleh Peyton Reed, yang juga director bagi dua filem sebelumnya dalam siri Ant-Man. Filem ini adalah sekuel dari "Ant-Man" (2015) dan "Ant-Man and The Wasp" (2018) yang merupakan watak dari Marvel Cinematic Universe.

Review Filem Ant-Man and The Wasp: Quantumania (2023)

Setelah lama tak berkunjung ke pawagam, Kak Bell ke GSC Mid Valley minggu lalu untuk menonton filem ini. Kebetulan pula Kak Bell ada 2 tiket percuma untuk movie 2D dan boleh redeem Dim Sum Goreng GSC. Jadi apa lagi terus ke GSC cinema Mid Valley.

Dalam filem ini, Paul Rudd kembali sebagai Scott Lang/Ant-Man, bersama dengan Evangeline Lilly sebagai Hope van Dyne/The Wasp dan Michael Douglas sebagai Dr. Hank Pym. Filem ini juga memperkenalkan beberapa pelakon baru seperti Kathryn Newton sebagai Cassie Lang (anak Scott Lang), Jonathan Majors sebagai Kang the Conqueror (penjahat villian utama), dan Michelle Pfeiffer sebagai Janet van Dyne (isteri Hank Pym).



Rating: PG-13 (Violence/Action|Language)
Genre: Action, Adventure, Fantasy, Comedy
Original Language: English
Director: Peyton Reed
Producer: Kevin Feige, Stephen Broussard
Writer: Jeff Loveness
Release Date (Theaters): Feb 17, 2023 Wide
Runtime: 2h 3m
Distributor: Walt Disney Pictures
Sound Mix: Dolby Atmos
Aspect Ratio: Scope (2.35:1)
View the collection: Marvel Cinematic Universe


IMDb RATING 6.6/10
TOMATOMETER 47%

Barisan Pelakon /ant-man and the wasp quantumania cast
Paul Rudd ... Scott Lang / Ant-Man
Evangeline Lilly ... Hope Van Dyne / The Wasp
Michael Douglas ... Dr. Hank Pym
Michelle Pfeiffer ... Janet Van Dyne
Jonathan Majors ... Kang The Conqueror
Kathryn Newton ... Cassie Lang
Bill Murray ... Lord Krylar
Katy M. O'Brian ... Jentorra (as Katy O'Brian)
William Jackson Harper ... Quaz
Jamie Andrew Cutler ... Xolum (as James Cutler)
David Dastmalchian ... Veb
Randall Park ... Jimmy Woo
Grahame Fox ... Broccoli Man


Sinopsis Filem Ant-Man and The Wasp: Quantumania

Filem ini mengisahkan Scott Lang yang telah menjadi seorang penulis yang berjaya dan bahagia hidup bersama Hope Van Dyne. Namun, segalanya berubah apabila Cassie iaitu anak kepada Scott Lang telah ditahan polis berikutan tingkah lakunya yang melanggar undang-undang kerana menggunakan teknologi pym secara tidak sah. Selepas diikat jamin, Scott telah membawa Cassie ke rumah ibu bapa Hope iaitu Hank Pym dan Janet Van Dyne. 

Kang the Conqueror - Ant Man

Kemudian Cassie menunjukkan bagaimana dia berjaya menghasilkan peranti yang mampu menghubungkan mereka ke Quantum Realm. Tetapi, secara tiba-tiba reaksi Janet iaitu nenek Cassie berubah menjadi tidak gembira dengan kejayaan tersebut kerana terdapat satu rahsia besar yang cuba disembunyikan oleh dia daripada mereka semua. Janet tidak dapat menghalang dan mereka semua disedut ke Quantum Realm selepas portal terbuka secara sendiri. Jadi bermulalah pengembaraan mereka berlima di dalam Quantum Realm sehingga bertemu dengan Kang the Conqueror, watak villian utama untuk fasa ke lima MCU.


Review Filem Ant-Man and The Wasp: Quantumania

Dalam "Ant-Man and The Wasp: Quantumania", Scott Lang/Ant-Man dan Hope van Dyne/The Wasp kembali beraksi dalam pegembaraan yang lebih besar dan lebih berbahaya di Quantum Realm. Konsep quantum realm sebelumnya diperkenalkan dalam filem sebelumnya dan menjadi fokus utama dalam filem ini.

Cassie & Scott Lang in Quantum Realm

Filem ini menggabungkan aksi, komedi, dan memaparkan beberapa plot yang menarik terutamanya konsep quantum realm yang unik dan menarik dalam filem ini. Perjalanan mereka di Quantum Realm menghadirkan pengalaman yang unik dan menarik bagi para penggemar Marvel.

Kemunculan Kang the Conqueror sebagai penjahat utama dalam "Ant-Man and The Wasp: Quantumania" memberikan dinamika yang menarik dalam plot filem ini. Kang the Conqueror ini merupakan salah satu penjahat paling kuat dalam Marvel Cinematic Universe. Selain itu, kemunculan karakter Cassie Lang yang lebih dewasa dalam filem ini juga memberikan dimensi baru pada karakter Scott Lang sebagai seorang ayah dan sebagai seorang ahli Avenger.

Semasa Ant-Man Quantumania trailer keluar, memang Kak Bell teruja habis nak tonton sebab guna lagu latar Goodbye Yellow Brick Road oleh Elton John. Lagipun filem ni khas untuk watak Ant-Man. Memang tak sabar dan ternanti-nantikan kemunculan filem ni di pawagam.

The Wasp And Ant Man


Bila dah tayang, Kak Bell rasa filem ni kurang teruja dan rasa macam biasa-biasa aje. Memang sis layan je filem ni tanpa rasa tersangat excited macam masa tengok trailer! Banyak review filem Ant-Man and The Wasp: Quantumania yang lain pun cakap benda sama. Scene aksi yang tak seberapa dan banyak fokus pada komedi terutamanya watak MODOK (musuh lama Ant-Man iaitu George Tarleton).

Kekuatan Kang sebagai villian yang paling kuat dan juga MODOK yang sepatutnya juga kuat tidak ditonjolkan semaksima mungkin macam dałam komik. Hujung-hujung Kang kalah lawan dengan semut yang dah berevolusi kat situ.

Memang CGI Quantum Realm tu cantik tapi nampak filem ni macam fully filem CGI. Memang rasa kurang best dari filem-filem yang sebelumnya. For me, pergi menonton filem ni hanya untuk tahu tentang dunia kuantum dan pengenalan watak Kang The Conqueror yang bakal muncul semula dalam Avengers: The Kang Dynasty (2025).

Kesimpulan:
Secara keseluruhan, Ant-Man and The Wasp: Quantumania adalah filem yang baik, menerima banyak review positif dan dianggap sebagai filem yang sangat menghibur bagi penggemar Marvel. Apapun semuanya terpulang pada preference penonton. Ada 2 kredit scene di akhir filem. Bagi Kak Bell filem Ant Man kali biasa-biasa je. Sis bagi 6/10 bintang!

#AntManQuantumania #MarvelCinematicUniverse #reviewfilemAnt-ManandTheWaspQuantumania

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post