Expand To Show Full Article
Cara Bunuh Lipas Dalam Rumah Paling Berkesan (Lipas Kecil) - Ini Adalah Bellarina Natasya Cara Bunuh Lipas Dalam Rumah Paling Berkesan (Lipas Kecil)

Trending

Cara Bunuh Lipas Dalam Rumah Paling Berkesan (Lipas Kecil)

Cara Bunuh Lipas Dalam Rumah Paling Berkesan (Lipas Kecil) | Rumah korang ada lipas? Lately kat rumah ni lipas membiak banyak benau. May be sebab ada meow dan makanan meow buat lipas membiak. Bukan lipas besar, lipas kecil ni orang kata lipas jahat! Sesetengah orang gerun dan geli dengan lipas bila depa ni menyelinap dan terbang di atas kepala. Terus lipas terbang tu akan jadi b**i. Hehe.

Cara Bunuh Lipas Dalam Rumah Paling Berkesan (Lipas Kecil)

Dah banyak cara dan petua Kak Bell cuba tapi kurang berjaya, buat racun lipas buatan sendiri, guna minyak masak dan harus lah pakai semburan aerosal Baygon. Walaupun dan berbotol pakai tak mampu nak bunuh semua lipas. Lagipun semburan aerosol ganggu pernafasan tambah pulak ada meow kat rumah. Bagi yang nak lebih aman, boleh pakai Petua Halau Lipas Secara Semulajadi Dan Selamat, tapi ramai juga yang cakap tak berkesan.


Jenis-Jenis Lipas
Mungkin ramai yang tidak tahu tentang spesis lipas yang ada di Malaysia. Sebenarnya terdapat 11 spesis lipas yang boleh dijumpai di rumah, pejabat, restoran dan bangunan di Malaysia. Tapi ni Kak Bell kongsikan 5 jenis lipas yang biasa ada. Mana satu yang selalu ada di rumah anda?

Cara Bunuh Lipas Dalam Rumah Paling Berkesan (Lipas Kecil)
Source: Insider

Cara Bunuh Lipas Dalam Rumah Paling Berkesan (Lipas Kecil)


Cara Bunuh Lipas Dalam Rumah Paling Berkesan
Berikut adalah 2 cara yang Kak Bell guna dan hasilnya efektif dan berkesan.

1. Roach Trap/Perangkap Lipas

Untuk perangkap lipas ni sesuai untuk perangkap lipas kecil. Kak Bell pakai jenama Ridsect (Ridsect Cockroach Trap). Trap yang jenis macam rumah ni lagi berkesan dari yang warna hitam jenis plastik tu. Just pasang rumah lipas tu ikut arahan dan letakkan serbuk umpan (bait) kat tengah-tengah. Untuk lebih berkesan Kak Bell tambah sikit umpan lain macam sisa palet dry food kucing. Cuma cara ni sesuai untuk rumah yang lipasnya tak berapa banyak dan harga pun agak mahal.

Cara Bunuh Lipas Dalam Rumah Paling Berkesan (Lipas Kecil)

Cara Bunuh Lipas Dalam Rumah Paling Berkesan (Lipas Kecil)


2. Serbuk Rucun Lipas Green Leaf
Kak Bell gunakan serbuk racun lipas jenama/brand Green Leaf. Ternyata serbuk ni pembunuh lipas yang paling power. Tabur sikit di kawasan yang lipas suka melepak. Bila lipas makan serbuk ni, lipas akan berkumpul macam makanan depa kemudian akan mati. Racun lipas jenis serbuk ni ada kandungan 0.05% profanil, nanti lipas-lipas lain pun akan mati. Memang puas hatilah.

  • menghapuskan lipas secara keseluruhan
  • berkesan untuk semua kawasan
  • amat sesuai digunakan di kawasan rumah, restoran dan kilang
  • jimat dan berpatutan
Bagi rumah yang ada pets, tabur di kawasan yang meow tak dapat reach macam tepi dinding dan kawasan tersorok. Kang tak pasal pulak anak-anak bulus teracun. Yang penting ambil langkah precaution supaya semuanya selamat.

Cara Bunuh Lipas Dalam Rumah Paling Berkesan (Lipas Kecil)

Cara Bunuh Lipas Dalam Rumah Paling Berkesan (Lipas Kecil)


Tukar Serbuk Racun Lipas
Serbuk racun lipas ini sangat efektif. Masa mula-mula letak, macam beratus lipas yang mati. Kemudian lipas yang mati semakin sedikit kerana populasi lipas semakin berkurangan. Kalau masih banyak, boleh tukar serbuk racun lipas setiap 7 hari dan boleh tukar lipas 1-2 bulan bila lipas dah berkurangan.

Kak Bell pakai jenis serbuk ni sebab murah. Mula tu beli kat orang Bangla tu dia jual 3 paket RM5. Tadi beli kat orang lain dapat RM1 sepaket. Kena scam ye dengan Bangla first tu. Tapi okla sebab masih murah. Kak Bell suggest cara ni sebab sangat efektif dan berkesan.

Paling utama adalah menjaga kebersihan rumah agar lipas atau serangga lain tidak menjadikan rumah sebagai sarang pembiakan. Pastikan rumah berada dalam keadaan bersih kerana lipas akan datang 'menyerang' tempat tersembunyi dan kotor serta mempunyai makanan. Semoga bermanfaat.

cara bunuh lipas dalam kereta, kenapa rumah tiba tiba banyak lipas, cara halau lipas dalam bilik air, racun lipas buatan sendiri, bunga cengkih halau lipas, racun lipas paling berkesan, petanda lipas terbang, lipas kecil di rumah, cara halau lipas kecil dalam rumah, petua halau lipas guna minyak masak, cara bunuh lipas dalam rumah, cara bunuh lipas, cara bunuh lipas kecil, cara bunuh lipas di dapur, jenis jenis lipas,

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at [email protected]

Previous Post Next Post