Trending


Mechamato Movie Berjaya Kutip RM10 Juta Dalam 6 Hari Tayangan!

Mechamato Movie Berjaya Kutip RM10 Juta Dalam 6 Hari Tayangan!  | Filem yang sedang rancak di pawagam ketika ini, Mechamato Movie telah berjaya mengutip sebanyak RM10 juta dalam 6 hari pertama tayangannya di pawagam seluruh negara. Kutipan ini dilihat amat menggalakkan dan rata-rata penonton amat teruja dan terhibur dengan aksi serta lawak di dalam filem ini. Ditambah pula musim cuti sekolah ini, pawagam-pawagam di seluruh negara terus dipenuhi oleh mereka yang hadir sekeluarga tidak kurang juga golongan remaja dan dewasa.

Mechamato Movie Berjaya Kutip RM10 Juta Dalam 6 Hari Tayangan!

Satu penantian yang sangat berbaloi buat peminat dan penggemar animasi popular Mechamato apabila Mechamato Movie terbitan bersama MONSTA dan Astro Shaw akan yang ditayangkan serentak pada 8 Disember lalu di pawagam seluruh Malaysia dan Brunei.

Jenama Mechamato sebelum ini telah menunjukkan taringnya apabila siri animasi tersebut berjaya memukau penonton di Jepun, apabila menjadi satu-satunya siri animasi luar yang tersenarai dalam kedudukan TOP 3 Tokyo Anime Award Festival 2023.


"Alhamdullilah, berkat sokongan rakyat Malaysia, filem ini telah berjaya mengutip RM10 juta dalam masa 6 hari pertama tayangannya di pawagam seluruh negara. Ada kira-kira 150 buah pawagam yang menayangkan filem ini" ujar Ketua Pegawai Eksekutif Monsta, Nizam Abd Razak.

“Alhamdullillah sehingga sekarang kami mendapat banyak maklumbalas yang sangat baik. Saingan seterusnya mungkin agak sengit dengan kehadiran filem antarabangsa. Namun kami percaya dengan kualiti penghasilan, jalan cerita dan keunikan seni warisan dan budaya Malaysia, sudah pastinya Mechamato Movie mampu bersaing,” kata Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara Raja Jastina Raja Arshad.

Mechamato Movie Berjaya Kutip RM10 Juta Dalam 6 Hari Tayangan!

Initial release: December 8, 2022
Director: Nizam Razak
Cast: Anas Abdul Aziz, Adzlan Nazir, Feroz Faizal, Marissa Balqis,
Distributed by: Astro Shaw
8.6/10 · IMDb Rating

Tayangan akan diteruskan lagi sepanjang cuti sekolah ini dan bagi mereka yang bernasib baik, Mechamato akan muncul di pawagam terpilih sepanjang kempen promosi filem ini di seluruh negara. Nantikan kemunculan Mechamato di lokasi-lokasi di Pahang, Terengganu dan Sabah pada hujung minggu ini!


Sinopsis Filem Mechamato
Filem ini mengisahkan Amato iaitu bapa kepada BoBoiBoy, secara tidak sengaja bertemu MechaBot sebuah ‘Power Sphera’ yang berkebolehan untuk ‘Mechanize’ dengan objek lain. Keadaan menjadi lebih genting, apabila Mechamato bakal berhadapan dengan alien jahat bernama Grakakus, yang ingin merampas MechaBot dari tangan Amato. Apakah muslihat yang dirancang oleh Grakakus? Mampukah adiwira baharu Mechamato menghalang ancaman Grakakus? Kalau nak tahu apa yang terjadi, kenalah tonton di pawagam nanti.

Mechamato Movie Berjaya Kutip RM10 Juta Dalam 6 Hari Tayangan!


Mechamato Movie Berjaya Kutip RM10 Juta Dalam 6 Hari Tayangan!

Mechamato Movie berlatarkan sebuah bandar fiksyen yang diinspirasikan dari Bandar Hilir di Melaka. Ia juga menampilkan keunikan budaya Malaysia seperti silat, budaya peranakan dan makanan tempatan yang digabungkan dengan elemen futuristik seperti robot dan kapal angkasa.

Perancangan ini dibuat apabila kami melihat siri Mechamato telah mencapai kejayaan yang luar biasa selepas menembusi 65 buah negara di seluruh dunia sejak dilancarkan pada Disember 2021 yang lalu.

TRIVIA
1) Mechamato Movie merupakan kerjasama kedua Astro Shaw dan MONSTA selepas filem BoBoiBoy Movie 2 yang berjaya menjadi filem animasi tempatan pertama yang melepasi kutipan RM30 juta.
2) Selepas ditangguhkan sebanyak 3 kali akibat wabak COVID-19, akhirnya Mechamato Movie bakal ditayangkan di pawagam mulai 8 Disember ini.
3) Mechamato Movie ini akan ditayangkan di 150 buah pawagam di seluruh Malaysia dan Brunei.
4) Lagu Tema Mechamato Movie berjudul Temaniku dinyanyikan oleh artis tempatan popular
Yonnyboii.
5) Treler rasmi pertama Mechamato Movie telah dimuat naik di YouTube Monsta pada 1 Januari 2021.


Mechamato Movie Trailer


Penghasilan Mechamato Movie terbitan MONSTA dan Astro Shaw telah mendapat sokongan penuh MDEC (Malaysia Digital Economy Corporation). Bagi memastikan kualiti jenama Mechamato terus unggul dan mengikuti peredaran semasa, proses penghasilan filem ini mengambil masa yang agak lama. Dalam masa 2 tahun, beberapa rombakan daripada pemilihan tema cerita, penulisan skrip dan logo dilakukan dengan sangat teliti sebelum keputusan akhir dicapai pada 2019.

Filem ini sepatutnya dijadualkan tayangan pada penghujung 2019 tetapi terpaksa ditangguhkan kerana pandemik Covid-19. Dalam tempoh tersebut, MONSTA telah membuat penambahbaikan bagi memastikan kualiti cerita yang dipersembahkan dapat memenuhi citarasa penonton.

mechamato movie release date, mechamato movie release date 2022, mechamato movie full movie, mechamato movie 2022, mechamato movie watch online, mechamato movie bilibili, mechamato movie trailer, mechamato movie sub malay, mechamato movie poster, mechamato movie release date in india, mechamato movie bahasa melayu, mechamato movie malaysia, kapan mechamato movie tayang, where can i watch mechamato movie, mechamato full movie, mechamato full movie online, mechamato full movie free download, mechamato full movie free, mechamato full movie in hindi, mechamato full movie bilibili,
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post