Trending


Sinopsis Film Jagat Arwah: Filem Seram Fantasi Indonesia Di Pawagam Malaysia

Sinopsis Film Jagat Arwah: Filem Seram Fantasi Indonesia Di Pawagam Malaysia | Selepas bekerjasama menerusi filem Mencuri Raden Saleh, terbaharu, Astro Shaw sekali lagi bekerjasama dengan penerbit hebat Indonesia, Visinema Pictures dengan mempersembahkan filem seram fantasi, Jagat Arwah kepada penonton Malaysia bermula 27 Oktober ini di pawagam seluruh Malaysia.

Sinopsis Film Jagat Arwah: Filem Seram Fantasi Indonesia Di Pawagam Malaysia

Berbeza dengan filem seram yang lain, kelibat makhluk atau hantu dalam Jagat Arwah digambarkan sebagai ‘superhero’. Ini secara tidak langsung menyaksikan penerbit Visinema Pictures tidak tampil dengan filem seram yang ‘stereotype’ di mana kebiasaannya hantu sering memainkan peranan antagonis, dan dalam Jagat Arwah sebaliknya, iaitu menjadi pahlawan.

Bukan itu sahaja, malah kekuatan naskah ini turut dilihat melalui kualiti teknik Computer Generated Imagery (CGI) yang memukau dan sangat meyakinkan serta rangkaian adegan penuh mendebarkan. Antara babaknya adalah cahaya-cahaya yang menjalari tubuh watak-watak ketika sedang bertarung, daun berterbangan, makhluk ghaib Genderuwo dengan taring menggerunkan. Ini mampu membuat para penonton tidak hanya menikmati tayangan penuh efek yang mengujakan, tetapi turut membawa penonton seolah-olah terlibat di dalam filem ini.


Filem dengan aliran seram fantasi ini banyak mengangkat budaya jawa yang begitu dekat dengan latar belakang pengarahnya sendiri, iaitu Ruben Adrian, skrip oleh M. Rino Sarjono bersama Ruben Adrian. Jagat Arwah telah ditayangkan di pawagam seluruh Indonesia pada 29 September lalu dan menerima sambutan baik di sana.

Pengarah : Ruben Adrian
Penulis Skrip : M. Rino Sarjono, Ruben Adrian
Penerbit : Tersi Eva Ranti
Penerbit Eksekutif : Angga Dwimas Sasongko, Mike Wiluan, FX Iwan, Kenneth Destian Tali, Kusumo Martanto, Raja Jastina Raja, Arshad, Ricky Wijaya, Yonathan Nugroho
Cinematography: Yadi Sugandi
Release date: September 29, 2022 (Indonesia)
Production companies: Visinema Pictures, Astro Shaw
IMDb rating 7.3/10
KINCIR.com rating 5/10


Barisan Pelakon Jagat Arwah
Jagat Arwah membariskan pelakon terkenal Indonesia seperti Ari Irham, Cinta Laura, Oka Antara, Sheila Dara, Ganindra Bimo, Kiki Narendra, Abdurrahman Arif, Muhammad Khan dan ramai lagi.

Ari Irham sebagai Raga
Oka Antara sebagai Jaya
Cinta Laura Kiehl sebagai Nonik
Sheila Dara Aisha sebagai Kunti
Ganindra Bimo sebagai Genderuwo
Kiki Narendra sebagai Sukmo
Abdurrahman Arif sebagai Obin Driver/Anggota Getih
Muhammad Khan sebagai Kus
Cahyono Agus Dwi Koranto as Aseng/Cahyono Agus
Adjie N.A. sebagai Puteh
Aryo Nagoro sebagai Bagas
Rukman Rosadi sebagai Getih 2
Saron Sakina sebagai Riza
Dayu Wijanto sebagai Ningrum

Storyline
Tells about the journey of Raga to find his true identity as a guardian of the universe. With the help of his uncle Jaya, Raga must face the forces of evil in order to protect two universes, the human world, and the spirit world.


Sinopsis Filem Jagat Arwah
Kisah Jagat Arwah bermula apabila kematian Sukmo iaitu ayah kepada Raga yang didapati mencurigakan. Kemudian Raga mendapat tahu dia merupakan keturunan Jagat Arwah dan mewarisi tradisi keluarganya. Dibantu temannya Jaya, Raga berusaha mengendalikan kekuatan yang ada di dalam dirinya dan bertemu dengan Nonik, Kunti dan Genderuwo. Pertemuan itu kemudian mengubah hidup Raga selamanya.

Saksikan filem seram fantasi, Jagat Arwah di pawagam seluruh tanah air bermula 27 Oktober 2022. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik filem ini di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw.

jagat arwah full movie, film jagat arwah, film jagat arwah full movie, sinopsis film jagat arwah, download film jagat arwah, nonton film jagat arwah, pemain film jagat arwah, review film jagat arwah, pemeran film jagat arwah, nonton film jagat arwah full movie, durasi film jagat arwah,

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

1 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. Filem yang agak menarik untuk ditonton. Jom sama-sama saksikan malam ini!

    ReplyDelete
Previous Post Next Post