Berehat Sebentar Bersama Produk Terbaharu Edisi Terhad KITKAT Dark Cookies - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Berehat Sebentar Bersama Produk Terbaharu Edisi Terhad KITKAT Dark Cookies

Trending

Berehat Sebentar Bersama Produk Terbaharu Edisi Terhad KITKAT Dark Cookies

Berehat Sebentar Bersama Produk Terbaharu Edisi Terhad KITKAT Dark Cookies | KITKAT, antara jenama terkenal kesukaan rakyat Malaysia, memperkenalkan perisa baharu KITKAT Dark Cookies edisi terhad, kepada rangkaian pilihan coklat enak yang sedia ada. KITKAT Dark Cookies edisi istimewa ini menawarkan gabungan unik coklat, wafer dan ‘dark cookies’ yang rangup.

Berehat Sebentar Bersama Produk Terbaharu Edisi Terhad KITKAT Dark Cookies

Penggemar coklat KITKAT kini akan teruja dengan kemunculan dan kelazatan KITKAT Dark Cookies, yang sesuai dinikmati sebagai snek. Kerangupan ‘dark cookies’ yang diadun bersama konfeksi memberikan gabungan sempurna untuk menyalut wafer KITKAT yang dilapis dengan krim coklat susu.


KITKAT edisi terhad baharu ini dirumus khas sebagai kudapan sempurna untuk rakyat Malaysia yang ingin berehat sejenak di kala sibuk dengan tugasan harian. Selaras dengan identiti jenama KITKAT yang menjanjikan senyuman, tekstur rangup dari serpihan ‘Dark Cookies’ di atas wafer KITKAT pasti akan membuatkan penggemar coklat tersenyum apabila menikmatinya.

Berehat Sebentar Bersama Produk Terbaharu Edisi Terhad KITKAT Dark Cookies

Frédéric Porchet, Pegawai Eksekutif Perniagaan untuk Unit Perniagaan Konfeksi, Nestle Malaysia dan Singapura berkata, “KITKAT sentiasa berusaha untuk menambah baik kategori konfeksi produk dan perisa baharu. Sokongan yang diberikan oleh rakyat Malaysia dan semangat untuk mencuba makanan dan snek baharu memberi inspirasi kepada kami untuk bekerja keras dengan pasukan penyelidikan dan pembangunan supaya menghasilkan produk yang akan mengujakan semua penggemar coklat. Hasilnya adalah kemunculan variasi KITKAT yang unik yang digemari rakyat Malaysia saban tahun, dan saya berharap agar KITKAT Dark Cookies ini juga akan menjadi kesukaan ramai.”


KITKAT Dark Cookies Datang Dalam Dua Jenis Pek
KITKAT Dark Cookies 4-Jejari pek tunggal dan pek pelbagai yang mengandungi lima pek tunggal KITKAT 2-Jejari. Dark Cookies akan mula dijual di seluruh negara pada pertengahan Julai. Untuk maklumat lanjut, layari www.facebook.com/KitKatMalaysia dan www.instagram.com/KitKatMalaysia.

Berehat Sebentar Bersama KITKAT! Jadikan saat coklat anda lebih enak dan bermakna dengan KITKAT Dark Cookies edisi terhad.

Berehat Sebentar Bersama Produk Terbaharu Edisi Terhad KITKAT Dark Cookies

Mengenai KITKAT Nestlé
Dicipta pada tahun 1935, KITKAT menjadi sebahagian daripada rangkaian produk konfeksi Nestlé pada tahun 1988, dan telah berkembang menjadi satu daripada jenama terbesar Nestlé. Snek ringan ini merupakan salah satu jenama coklat kegemaran Malaysia dan dieksport ke 14 negara di seluruh dunia. KITKAT Nestlé merupakan jenama konfeksi global pertama menggunakan 100% koko yang diperolehi secara lestari menerusi Pelan Koko Nestlé.

Ungkapan “Have a break, have a KITKAT” (Berehat sebentar, Bersama KITKAT) menggambarkan dengan tepat misi KITKAT – untuk membantu anda berehat sebentar apabila anda paling memerlukannya. Raikan saat-saat keseronokan, kespontanan, kelazatan, nikmat, dan ganjaran bersama KITKAT. Sama ada anda terbenam dalam timbunan kertas dan fail kerja atau anda bekerja seperti jentera, anda boleh menikmati kudapan manis ini, yang diperbuat daripada 100% koko lestari, pada bila-bla masa, di mana-mana sahaja dan dengan apa jua cara. KITKAT ialah produk buatan tempatan 100% Halal yang dikeluarkan di kilang Nestlé yang disahkan Halal di Chembong, Negeri Sembilan.


Mengenai Nestlé Malaysia
Nestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. Dengan ibu pejabat yang terletak di Switzerland, Nestlé beroperasi di lebih 180 buah negara di seluruh dunia dan kesemua pekerja kami seramai lebih 270,000 orang komited dalam membantu mencapai tujuan Nestlé untuk merungkai kuasa makanan demi meningkatkan kualiti kehidupan bagi semua, pada hari ini dan untuk generasi akan datang. Matlamat kami didorong oleh strategi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan kami. Sejak tahun 1912, Nestlé dipercayai oleh para pengguna kami menerusi jenama-jenama dan produk kami yang berkualiti. Kami komited dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat di mana saja kami beroperasi, sambil mengekalkan kecemerlangan dan integriti Halal. Ini selaras dengan janji kami dalam memberikan “GOOD FOOD, GOOD LIFE” kepada semua.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana kami telah membantu rakyat Malaysia menjalani kehidupan sihat selama lebih satu abad, sila layari www.nestle.com.my atau laman Facebook http://www.facebook.com/Nestle.Malaysia.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post