Trending


Review Kasut Lucca Vudor Singapore, Jatuh Hati Dengan Kualiti & Design Kasut Itali!

Review Kasut Lucca Vudor Singapore, Jatuh Hati Dengan Kualiti & Design Kasut Itali! | Bulan lepas Kak Bell telah dapatkan 2 pasang kasut baru dari sebuah jenama Singapore. Sebelum ni memang pantang bila tengok design kasut yang lawa dan dah bertahun pakai kasut tumit tinggi heels, kasut bertutup yang menyakitkan semuanya demi nak cantik! Tapi sekarang Kak Bell lebih memilih jenama kasut yang dapat memeberi keselesaan pada kaki. Tak kuasa dah pakai kasut yang menggigit tuannya!

lucca vudor shoes review

Lucca Vudor Singapore - Malaysia

Lucca Vudor From Which Country? Ok, jenama ni adalah sebuah jenama kasut dari negara jiran Singapura. Lucca Vudor founder adalah 3 orang adik beradik rakyat Singapura tapi Kak Bell tak dapat cari info lanjut tengtang foundernya.

Beza Kasut Lucca Vudor

Lucca Vudor ni sebuah syarikat kasut yang berbeza berbanding kebanyakan jenama kasut yang menjual pada harga tinggi tetapi tak jual keselesaan! Kak Bell suka jenama ni sebab mereka memberi tumpuan kepada keselesaan tanpa menjejaskan reka bentuk. Semua design cantik dan menetapi citarasa pemakai.

Menggunakan pendekatan unik dalam pembuatan kasut yang dikenali sebagai Cureate, pengguna wanita dijemput untuk bekerjasama dalam aspek proses reka bentuk sebuah kasut demi untuk keseimbangan yang memuaskan pemakai dari aspek keselesaan dan gaya. Bahagian dalam kasut mereka (shoe insole) diperbuat daripada lembu dan kulit kambing kambing yang mewah, yang melekap dengan bentuk mana-mana kaki.


Luxurious Shoes, Handcrafted in Italy
  • Jenama pembuat kasut yang terperinci dan sempurna di dunia
  • Menggabungkan keselesaan dan gaya
  • Jenama kasut kerja dan kasut gunaan harian paling popular di Singapura
  • Best-Selling Comfort Heels
  • Menampilkan insole kusyen khas, bahagian tepi kasut empuk dengan ruang jari yang luas dan selesa (for added support and lift).

Sebenarnya ada banyak style dan design menarik ikut kesukaan dan reference masing-masing. Diantara yang popular adalah design lucca vudor Shanelle. Untuk peminat sandal, nak bawa jalan-jalan ke pantai boleh cuba design ni.

Kasut Brand Lucca Vudor

lucca vudor shanelle

Reka bentuk kasut Lucca Vudor memang unik dan timeless, hasil dari kualili pertukangan kasut Itali. Disebabkan Kak Bell dah berhenti pakai heel tajam tinggi, Kak Bell pilih 2 pasang kasut dari Lucca Vudor iaitu design Salynn N608-13 warna brown dan Herika 635-16 dalam warna Blue Black.


Lucca Vudor Size Chart

Ni Kak Bell kongsikan juga lucca vudor size chart. Bukannya apa, kadang-kadang saiz kaki atau saiz kasut sendiri pun tak dapat nak ingat. Korang boleh convert siap-siap saiz kasut mana yang sesuai dengan tapak kaki korang.

lucca vudor size chart

Kasut Lucca Vudor menggunakan saiz Asia/Eropah dari saiz 35 hingga 41 untuk kebanyakan reka bentuk. Untuk mencari saiz yang sesuai, korang boleh mengukur panjang kaki dan membandingkannya dengan jadual di bawah. Potongan reka bentuk yang berbeza walau bersaiz sama, kadangkala akan berbeza dari segi keselesaan dan kesesuaian. Kalau korang nak custom made pun boleh. Cuma hubungi pihak Lucca Vudor. **call @+6592304287 for size chart info.


Lucca Vudor Shoes Review

Untuk Lucca Vudor shoes review, Kak Bell bagi 10 bintang! Biasanya kalau beli kasut baru memang ambik masa nak dapatkan keselesaan dan confirm akan ada blister kat tumit dan kadangkala jari kaki. Bila Kak Bell dapat kasut ni, pakai terus ngam dan tak perlu ambik masa nak sesuaikan kaki sebab memang selesa. Kali pertama pakai, terus korang akan suka dengan keselesaan kasut ni!

Salynn N608-13 warna brown

Lucca Vudor Salynn

Untuk kesihatan kaki, sebenarnya amat penting memakai kasut yang selesa dan tak buat jari kaki cramp atau sakit dan selesa bergerak di dalam kasut. Seriously memang bahagian dalam kasut Lucca Vudor ni lembut dan ruangnya luas tanpa menyakitkan jari kaki.

Herika 635-16 Blue Black

Lucca Vudor Herika

Seperti Kak Bell maklumkan di atas, kasut dari Lucca Vudor ni dibuat menggunakan design dan kualiti tukang kasut Itali. Insole dari kulit kambing/lembu memberikan keselesaan untuk kaki bernafas dalam kasut. Benda ni penting ya sebab bila tak ada breathable comfort, kaki akan berpeluh dan berbau.


Lucca Vudor Discount Code, FAQs

Lucca Vudor menawarkan pelbagai gaya dan warna kasut untuk dipadankan dengan setiap mood, occasion atau pakaian korang. Ada sandal, kasut tumit, flat dan selipar dengan gaya yang elegan dan moden. Korang boleh dapatkan lucca vudor discount code sebanayk 35% untuk semua jenis kasut jika buat pembelian secara online.

lucca vudor shoes

  • Mereka juga sediakan FREE Shipping untuk pelanggan Malaysia dan Singapura sahaja. International delivery akan ambil masa 2 - 4 minggu dan berkemungkinan delay disebabkan COVID 19.
  • Pihak Lucca Vudor juga menyediakan servis pemulangan dan pertukaran percuma dan perkhidmatan ini hanya tersedia di Singapura dan Malaysia. Jaminan pulangan dan pertukaran percuma adalah dalam tempoh 30 hari.

Don’t Choose Between Comfort or Beauty when You Can Have Both with Lucca Vudor
Kasut yang tidak berkualiti bukan sahaja akan mencederakan kaki akibat lepuh dan luka, tetapi akan beri kesan negatif kepada kesihatan postur kaki dan juga postur badan. Pilih pengalaman kasut yang mewah dengan Lucca Vudor hari ini. Untuk kesihatan kaki dalam jangkamasa panjang, korang boleh cuba kasut dari Lucca Vudor!


Bagi sesiapa yang berkunjung ke Singapore, boleh terus pergi ke The Shoe Concierge Experience. Untuk area KL, boleh pergi ke Lucca Vudor Atria dan JUMPA di Sungei Wang, selain beli online di website Lucca Vudor/lucca vudor malaysia online.

Lucca Vudor Malaysia
Atria Shopping Gallary G-15
Jalan SS 22/23, Damansara Jaya, 47400
Pretaling Jaya,Selangor, Malaysia
Opening Hours: 11.00AM TO 7.00PM

Lucca Vudor Singapore
Suntec City #02-346
3 Temasek Boulevard Singapore 038983
Opening Hours: 11.00AM TO 8.30 PM

Star Vista #01-30
Envy And Pride
1 Vista Exchange Green Singapore 138617
Opening Hours: 11.00AM TO 9.00PM

Beauty World Centre #02-30
Envy And Pride
144 Upper Bukit Timah Road Singapore 588177
Opening Hours: 11.00AM TO 7.00PM

FB Lucca Vudor
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

5 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. Wow design Itali lagi ni. Sis kalau pilih kasut, prefer yang depan dia luas sebab bentuk kaki sis depan tu lebar. Kalau pakai yang tajam ni rasa tak selesa. Kasut ni juga kena pilih yang selesa. Pernah sis pilih kasut yang salah ke taman tema. Habis mood terus sebab kaki melecet.

    ReplyDelete
  2. Lawa gak design dia. Tapi dia buat kasut girls sahaja ek? Kalau ada lelaki nyer, teringin gak nak try sepasang dua kan

    ReplyDelete
  3. Woow....very nice design & comfy looking shoes to opt for, thanks for recommending it, gonna do my shoe shopping. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  4. pertama kali dengar nama Lucca Vador ni, design simple je dan kalau tak ada masalah, boleh la saya cuba juga.

    ReplyDelete
  5. org kata pemilihan kasut yg baik akan membawa kita jauh berjalan.. and design kasut ni semuanya cantek2

    ReplyDelete
Previous Post Next Post