Lirik Lagu Zapin Lebaran - Ernie Zakri - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Lirik Lagu Zapin Lebaran - Ernie Zakri

Trending

Lirik Lagu Zapin Lebaran - Ernie Zakri

Lirik Lagu Zapin Lebaran - Ernie Zakri | Lebaran tahun ni meriah bila ramai artis buat lagu raya 2022. Tak terlepas penyanyi Ernie Zakri muncul dengan lagu raya solo pertamanya iaitu Zapin Lebaran. Zapin Lebaran merupakan sebuah Lagu Pop Terbaru dengan irama zapin tradisional. Lagu ini merupakan diciptakan oleh Ernie Zakri bersama dengan Yuka Kharisma.

Lirik Lagu Ernie Zakri Zapin Lebaran

Lirik Zapin Lebaran ini ditulis oleh Ernie dalam masa beberapa hari sahaja termasuklah melodi Zapin Lebaran. Ernie yang dalam tempoh berpantang setelah melahirkan anak sulung bersama Syamel, Nur Khawla Soleha sempat menyiapkan lagu ini bersama Yuka.

Diproduksi oleh Rocketfuel Entertainment, lirik lagu ini menceritakan kisah Hari Raya yang kembali dirasai oleh umat Islam setelah menempuh 2 tahun ini dengan penuh sabar. Berikut ini Lirik Lagu Zapin Lebaran yang dinyanyikan oleh Ernie Zakri.


Judul : Zapin Lebaran
Penyanyi : Ernie Zakri
Ciptaan : Ernie Zakri, Yuka Kharisma
Rilis : April 2022
Produksi : Rocketfuel Entertainment

Sudah sebulan
Kita berpuasa
Penat menahan lapar dan dahaga
Bahagia rasaku sebagai hamba
Dipertemukan hari yang ku damba

Walaupun ku dikejutkan
Zaman yang penuh keresahan
Ku tahu ada cahaya
Dan kini syawal dah menyapa

Selamat hari aidil fitri
Maafkan zahir dan batin
Selamat hari aidil fitri
Semoga semua ibadah diberkati
Semoga semua ibadah diberkati

Gembira menyapa di bulan syawal
Sanak saudara ada di jiwa
Syukuri sambut sederhana
Takkan dilupa pesanannya

Selamat hari aidil fitri
Maafkan zahir dan batin
Selamat hari aidil fitri
Semoga semua ibadah diberkati
Semoga semua ibadah diberkati

Aidil fitri
(Maafkan zahir dan batin) Dimaafkanlah
(Selamat hari aidil fitri) Yaa a a a a aa a
(Semoga semua ibadah diberkati)
(Semoga semua ibadah diberkati)

Selamat hari aidil fitri
Maafkan zahir dan batin (a e e a)
Selamat hari aidil fitri (e e ea)
Semoga (e) semua (e) ibadah diberkati (e e e a)
Semoga (e) semua (e e ea) ibadah diberkati

Ernie berharap semua dapat menikmati lagu ini dengan penuh kegembiraan setelah puas berkorban, dan semoga lagu ini sentiasa mekar menjadi lagu Raya yang malar segar.


Lagu 'Zapin Lebaran' boleh dimuat turun di iTunes dan melalui aplikasi penstriman atas talian utama seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

lirik lagu zapin lebaran ernie zakri chord
lirik lagu zapin lebaran ernie zakri mp3
lirik lagu zapin lebaran ernie zakri dan artinya

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post