Hi semua! Sebelum ni Kak Bell memang pengguna setia Samsung Note. Tapi
lepas ngam 2 tahun, mulalah telefon android Kak Bell buat hal dan terus
tukar kepada iPhone. Pertama kali pakai produk Apple iaitu iPhone 12 Pro.
Tahu tak korang sekarang tengah trending buat pengguna iPhone boleh cast
magical spell Harry Potter menggunakan SIRI? Sebab Kak Bell teruja, jadi Kak
Bell kongsikan tentang SIRI Harry Potter Spells untuk iPhone dan juga untuk
telefon android.
Sempena dengan pengumuman filem Harry Potter 20th Anniversary: Return To
Hogwarts pada 1 Januari 2022 lalu, pengguna iPhone dah mula boleh gunakan
beberapa magic spells popular di dalam siri Harry Potter. Menariknya, siri
Harry Potter ni lebih lama wujud daripada iPhone itu sendiri, kerana iPhone
pertama dilancarkan oleh Apple pada tahun 2007. Kemudian
SIRI
mula diperkenalkan pada tahun 2011 sebagai enjin carian pengaktifkan suara
yang boleh melaksanakan tugas pada iPhone. Untuk tahun 2022 dan generasi
terbaharu iPhone, telefon Apple ni boleh dikawal menggunakan arahan suara,
tanpa perlu mengaktifkan Siri terlebih dahulu.
Bagaimana Cara Untuk Menetapkan Harry Potter Spell Pada iPhone?
Untuk mencuba mantera sihir ni, korang perlu mengaktifkan Siri terlebih
dahulu. Jika korang sebut Lumos, flashlight akan menyala dan sebutan Nox
untuk matikan semula lampu. Kedua-dua spell ni tak perlu disetkan sebab
iOS’s Siri memang dah recognize arahan ni. Yang penting, korang juga boleh
setkan custom spell yang lain pada iPhone menggunakan Voice Control feature.
Harry Potter spells ni juga working on both iPhones dan Androids. Menarik
kan muggle pun dah boleh cast magic spells! Berikut cara untuk tetapkan
Harry Potter spell pada iPhone.
Credit https://screenrant.com/
Apple’s voice assistant perlu diaktifkan dahulu. Jika Siri tidak aktif,
pergi ke Settings > Siri and Search > Siri > Enable. Korang boleh
sebut 'Hey Siri' dan kalau dia menyahut, maksudnya dah aktif. Jika Siri
sudah aktif, boleh ikut langkah seterusnya untuk buat custom spell di Voice
Control
Telefon Android tidak mempunyai built-in voice assistants, jadi korang boleh
memuat turun Google Assistant, yang berfungsi dengan cara yang sama seperti
Siri Apple.
Bezanya cuma kena sebut "Hey Google, Lumos" atau "Hey Google, Nox" manakala
untuk iPhone sebut "Hey Siri, Lumos" atau "Hey Siri, Nox". Bagi command
Lumos tu senang nak buat tapi Nox tu payah sikit sebab kena pronounce
betul-betul.
Cara nak sebut Nox pada Siri ialah nahcks (knocks). Kalau nak mudah boleh
search di YouTube cara nak sebut Nox dengan betul. Korang try la banyak kali
sebab Kak Bell try sekali dua je jadi. hahaha.
letter o-diganti dengan huruf a dengan sebutan 'NAH'
letter x-diganti dengan sebutan 'KS'
Cara Nak Tetapkan Custom Spell Siri
Korang boleh juga tetapkan spells lain seperti Accio (Akio), Alohomora,
Reducio (volume down) atau Cantis. Cara nak tetapkan custom spell Siri
seperti di bawah:
Harry Potter Siri Hacks
- Lumos - turn on the flashlight
- Nox - turn off the flashlight
- Wingardium Leviosa - automates a search for a flight from your location
- Avada Kedavra (killing curse)- Siri turns the brightness on your phone down to the lowest level and puts it into airplane mode.
Here's how to activate them:
- Say "Hey Siri, Lumos (loo-mos)" to turn on your iPhone's rear flashlight.
- Say "Hey Siri, Nox (nokss)" to turn off your iPhone's rear flashlight.
- Say "Hey Siri, Accio (ah-kee-oh)" followed by the name of an app to open it.
Kak Bell setkan Akio Harry Potter Spell Accio untuk buka app MySejahtera dan Nanti korang bolehlah
cuba jaya dengan magic spell yang korang suka. Siri akan mengenali arahan
tersebut sebagai custom shortcut.
Korang semua mesti dah tonton ke semua lapan filem Harry Potter kan? Sampai
sekarang Kak Bell masih suka tonton semua filem ni. Sampai main game arcade
Harry Potter! Bersempena Harry Potter 20th Anniversary: Return To Hogwarts,
berikut ni Kak Bell sertakan list ikut turutan filem yang paling digemari
fans siri ini.
- Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 1 (2010)
- Harry Potter and the Half-Blood Prince (2009)
- Harry Potter and the Order of the Phoenix (2007)
- Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 2 (2011)
- Harry Potter and the Goblet of Fire (2005)
- Harry Potter and the Chamber of Secrets (2002)
- Harry Potter and the Prisoner of Azkaban (2004)
- Harry Potter and the Philosopher’s Stone (2001)
Can we do magic like Harry Potter? Jawapannya, YES! Tak payah nak pergi
Hogwarts dah sekarang! Nanti bolehlah korang cuba pada iPhone atau android korang.