Trending


15May Korean Picnic Cafe Pertama Di MyTOWN Shopping Center

Annyeonghaseyo! Melakukan aktiviti berkelah atau piknik di hujung minggu bersama keluarga atau rakan memang sangat menyenangkan untuk menghilangkan stress mahupun penat setelah aktiviti sehari-hari. Di KL pun ada je tempat piknik yang nyaman dan jauh dari kebisingan. Baru-baru ni Kak Bell sempat berpiknik dalam shopping mall. Bukannya berkelah bentang tikar bagai macam kat taman. Kak Bell bersenang-senang berpiknik di 15May, sebuah Korean Picnic Cafe pertama di MyTOWN Shopping Center! Jom baca jika nak tahu lebih lanjut.


Piknik ala Seoul-Korea Di 15May Cafe

Sekarang ni cari makanan Korea di Malaysia memang sangat sahaja. Merata-rata dah ada tumbuh bak cendawan. Buat peminat Korean food, Kak Bell nak kongsikan tempat makan menarik yang berkonsep piknik ala Seoul-Korea di 15May Cafe. Untuk pengetahuan, konsep piknik cafe ni yang pertama ada di Malaysia dan diperkenalkan oleh kafe 15May.



Kafe ini baru sahaja dibuka pada bulan Disember 2021 lalu dengan tagline 'Picnic Experience At Seoul' dan menawarkan pelbagai menu dan minuman yang membangkitkan selera. Menariknya, 15May Korean Cafe ni menyajikan kedua-dua jenis hidangan Barat dan Korea sebagai pilihan. Jadi pengunjung, boleh menikmati kedua-dua jenis menu berbeza kalau berkunjung ke sini.


Kenapa 15May Korean Cafe?

Kenapa 15May Korean Cafe? | Pada mulanya Kak bell pun pelik kenapa nama kafe ni adalah sebuah tarikh 15 May. Rupa-rupanya, nama 15May dipilih bersempena dengan Hari Keluarga Antarabangsa yang telah diisytiharkan sejak tahun 1993. 

Dengan adanya sambutan Hari Keluarga pada setiap 15 May secara tidak langsung dapat memberi kesedaran tentang kepentingan hubungan kekeluargaan dalam sesebuah institusi. Jadi memang kena sangatlah dengan tema piknik bersama keluarga atau rakan yang dibawa oleh 15May Korean Cafe ni.


Instagrammer #Picture 인스타그램 #사진

Konsep dekorasi kafe ni memang sangat cantik dan kena dengan konsep piknik ala-Seoul yang dibawanya. Ada bahagian kerusi sandar, kerusi bar selain tempat duduk dengan meja dan payung berkelah. Di bahagian meja berpayung tu, siap ada batu-batu lagi kat bawah! Sangat cozy dan santai. Dalam satu-satu masa, kafe ini boleh muat sehingga 50 orang pengunjung (50 pax) dan sesuai untuk bersantai atau nak buat sebarang event.



Instagrammer #Food 인스타그래머 #음식

Berikut adalah sebahagian jenis menu hidangan Korea dan Western food yang Kak Bell dah cuba. Semua makanan juga dihidang dalam plate/bekas hidangan dengan sangat dan instagramable food. Bukan sahaja tempat, makanan pun cantik untuk foodie di luar sana.

Menu Korean food (메뉴) yang sudah di cuba adalah Bibimbap Beef, Kimchi Chicken Fried Rice, Tteokbokki, Kimchi Ramen, Samyang Spicy Ramen dan Spicy Korean Beef. 

Bibimbap Beef 비빔밥 (RM28.90)

Kimchi Ramen 김치 라면 (RM18.90)

Samyang Spicy Ramen 삼양매운라면 (RM18.90)


Kimchi Chicken Fried Rice 김치 치킨 볶음밥 (RM22.90)
Pesto Chicken Pasta 페스토 치킨 파스타 (RM19.90)

Tteokbokki 떡볶이 (RM18.90)
Mac and Cheese 맥앤치즈 (RM19.90)

Manakala menu western/menu barat pula ialah Sourdough, Pesto Chicken Pasta, Croissants, Smoked Salmon dan Mac and Cheese. Terdapat banyak lagi menu yang ada termasuklah kek dan pastri, snacks, salad seperti Beetroot Hummus, Apple Basil Pasta (Cold), Chilled Tomato Pasta (Cold) dan Smoked Salmon.

Korang juga boleh cuba Side Dishes seperti Pickled Radish Kimchi, French Fries atau Kimchi yang akan dihidang dengan Sourdough / Croissant percuma.

Sourdough with Pesto Chicken 페스토 치킨 (RM24.90)

Croissants with Spicy Korean Beef 매운 한우 (RM28.90)


Sourdough with Spicy Korean Beef 매운 한우 (RM28.90)

Minuman signature 15May Korean Cafe adalah Sparkling Lychee Rose Soda. Biasa Kak Bell tak suka minum air sparkling sebab ada rasa pahit-pahit bergas camtu. Tapi Sparkling Lychee Rose Soda ni ok, kurang manis ada bau wangi ros dan sangat menenangkan. Minuman signature lain adalah Signature Milk 시그니처 밀크 (RM 12.90), Yuzu & White Peach 유자 백도 소다 (RM 15.90) dan Hot Miso Caramel Coffee 뜨거운 된장카라멜 커피 (RM 15.90).

Sparkling Lychee Rose Soda 스파클링 (RM24.90) 2 pax

Banana 15th Milk 바나나 우유 (RM12.90)

Yogurt in Pot 냄비에 요구르트 (RM12.90)

Oreo Cookie Cheesecake in Pot 
냄비에 오레오 쿠키 치즈 케이크 (RM10.90)

Bagi pilihan minuman lain ada 15th Milks (Banana, Hazelnut, Coklat, Strawberi dan Jagung, Summer Drinks (Blueberry, Green Peach, Strawberry, Yuzu Peach, Passionfruit) , Coffee (Hot/Iced) dan juga Teas (Hot/Iced).

Keseluruhan menu hidangan dan layanan kat sini memang terbaik. Semua kena dengan citrasa taste bud Kak Bell. Korang kena try Korean food kat sini seperti Bibimbap Beef dan Tteokbokki. Pesto Chicken Pasta pun antara salah satu kegemaran Kak Bell.


Lokasi 15May Korean Cafe

Tidak lama lagi cuti perayaan tahun baru Cina akan bermula. Bolehlah datang ke sini dengan keluarga atau rakan untuk berpiknik dalam mall! Lokasi 15May Korean Cafe ni terletak di tingkat 1 MyTown Cheras, betul-betul berhadapan dengan Ikea, depan dengan outlet Muji. Nak mudah, korang boleh juga semak di mytown directory.

Khas buat semua pembaca blog www.bellajamal.com, korang boleh mendapatkan diskaun sebanyak 10% dari jumlah pembayaran bil dengan menggunakan kod PICNIC15B

**minimum pembelanjaan RM20
**Promosi ini sah laku untuk tempoh terhad dari 25 Januari-28 Febuari 2022
**Pihak pengurusan mempunyai hak mutlak untuk meminda atau membatalkan promosi apabila mengikut keperluan atau difikirkan sesuai tanpa diberikan sebarang notis awal.


Buat korang yang berada di sekitar Lembah Klang, suka makan makanan Korea dan suka cuba tempat makan yang baru, bolehlah masukkan cafe 15May dalam list untuk cafe in Mytown atau cafe in Cheras yang harus korang cuba. Memang tidak mengecewakan!

Neeta pun ada!

Untuk keterangan lanjut dan promosi terkini, boleh layari laman di bawah.

LEVEL 1, L1-043A
MyTOWN Shopping Center, 6, Jalan Cochrane, Maluri,
55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

5 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. La, dekat MyTown ke? Lamanya tak pergi ke sana. Perhaps esok time cuti CNY bleh pergi tengok nie, sebab nampak cam sedap all the foods.

    ReplyDelete
  2. Wow instaworthy sangat!!! ❤️ Bestnyaaa makan makanan korea dlm suasana picnic!

    ReplyDelete
  3. cantek gila kafe ni.. suka tgk dekorasi dia... sejuk mata memandang.. food pun byk pilihan

    ReplyDelete
  4. Thanks for sharing this cafe, the deco seems very nice and peaceful to enjoy meals. Wanna check out to dine in when I'm at mytown shopping. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  5. Wah! Catchy betul nama kafe ni... dah la ada banyak spots yang instagram-worthy pulak tu... memang a must-try cafe! I will definitely list it in my wish-list! Saya tertarik betul nak cuba Kimchi Chicken Fried Rice dengan Pesto Chicken Pasta tu... nampak menyelerakan sungguh...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post