Album Konsert Exists Reunion Live Buat Peminat Setia Exist! - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Album Konsert Exists Reunion Live Buat Peminat Setia Exist!

Trending

Album Konsert Exists Reunion Live Buat Peminat Setia Exist!

Siapa dikalangan korang dari generasi 80-an atau 90-an? Mesti korang ada momen kenangan dahulu saat membelek-belek inlay sebuah album tak kira dari zaman kaset ke CD. Zaman tersebut memang tak sah kalau tidak pergi dapatkan koleksi CD, kaset mahupun poster artis di majalah hiburan. Mesti akan layan bait lirik lagu di kaset atau CD yang menjadi kenangan yang dimiliki oleh generasi terdahulu dalam apresiasi terhadap karya seseorang atau sesebuah kumpulan. Semuanya merupakan sebuah momen yang berisi nilai sentimental buat seseorang artis atau kumpulan.


SHIRAZ MUSIC kini mengembalikan momen tersebut buat khalayak terutamanya kepada peminat setia kumpulan legenda EXISTS REUNION yang kini muncul dengan album Konsert Exists Reunion Live. Malah ini merupakan album pertama yang dilancarkan oleh SHIRAZ MUSIC kerana istimewanya konsert yang telah mencatatkan sejarah tersendiri pada tahun 2019 tersebut.


Konsert Reunion Stadium Malawati Dirakam Untuk Album Konsert Exists Reunion Live

Untuk pengetahuan, album ini sangatlah istimewa kerana ianya merupakan album live pertama kumpulan Exists Reunion sepanjang pembabitan Exist di dunia hiburan. Khalayak dan khususnya peminat grup tersebut pasti ingat dengan momen dan persembahan məntap yang diberikan mereka sewaktu Konsert Reunion di Stadium Malawati Shah Alam pada 28 September 2019. Kak Bell pun turut hadir konsert tersebut dan memang gempak habis!


Untaian lagu-lagu hits Exists Reunion berkumandang dan dinyanyikan ribuan para peminat yang hadir. Menjadikan ia satu sejarah istimewa yang tersimpan dalam lipatan penubuhan kumpulan yang dianggotai oleh Mamat, Ezad, Ajai, Along, Musa, Ajai dan Ujang ini.

Hanya 1000 Salinan Album Konsert Exists Reunion Live

Sebagai sebuah cenderahati istimewa, album Konsert Exists Reunion Live ini menghadirkan 22 buah lagu untuk dinyanyikan bersama kembali dan dipakejkan cantik dalam 2 CD. Album dengan pakej edisi terhad ini juga menyediakan bingkisan lirik-lirik serta poster cantik sebagai menambahkan lagi bunga-bunga kenangan terhadap konsert yang berjaya tersebut. SHIRAZ MUSIC turut percaya bahawa dengan adanya album ini akan mengembalikan lagi kenangan dan momen peminat memiliki sebuah album untuk disimpan sebagai koleksi peribadi atau 'collectors item'. Untuk makluman hanya ada 1000 salinan CD sahaja yang dijual.


SHIRAZ MUSIC x EXISTS REUNION KONSERT EXISTS REUNION "LIVE" ALBUM

Pembelian boleh dibuat melalui laman web https://shirazmusic.co/
Harga CD:RM89 (Malaysia), RM139 (Luar Malaysia)

Shiraz Music juga akan menjadi platform untuk artis-artis lain untuk menjual CD, tshirt dan barangan edisi terhad dimana peminat boleh mendapatkannya melalui laman web www.shirazmusic.co. Di antara barangan artis yang boleh dibeli sekarang adalah dari Kembara, M Nasir, Dayang Nurfaizah dan ramai lagi. Pihak Shiraz Music akan megeluarkan barangan artis baru dari masa ke semasa.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post