FILEM BACKSTAGE KOLABORASI ASTRO SHAW DENGAN PENERBIT TERKEMUKA INDONESIA - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal FILEM BACKSTAGE KOLABORASI ASTRO SHAW DENGAN PENERBIT TERKEMUKA INDONESIA

Trending

FILEM BACKSTAGE KOLABORASI ASTRO SHAW DENGAN PENERBIT TERKEMUKA INDONESIA

Setelah tertunda lebih dari satu tahun rentetan pandemik Covid-19, filem Backstage yang merupakan kolaborasi Astro Shaw bersama penerbit terkemuka Indonesia, Paragon Pictures dan Ideosource Entertainment bersama dengan Endeavor Content, sebuah perusahaan teknologi & informasi, digital dan telekomunikasi, NFC Indonesia, akhirnya bersedia untuk ditayangkan di bioskop (pawagam) seluruh Indonesia bermula 30 Disember 2021.


8 Oktober lalu, Paragon Pictures dan Ideosource Entertainment secara rasminya telah tampilkan treler dan poster filem Backstage buat pertama kali di XXI Metropole, Cikini, Jakarta. Buat penonton Malaysia, treler rasmi ini juga boleh ditonton menerusi platform media sosial Astro Shaw.


Astro Shaw rasa amat berbesar hati terlibat dalam filem Backstage dan berkerjasama sekali lagi dengan penerbit terkemuka dari Indonesia iaitu Ideosource Entertainment dan Paragon Pictures serta kru dan pelakon-pelakon yang berbakat besar dalam memperkukuhkan jenama kedua-dua penerbit di peringkat global.



Filem Backstage akan menjadi filem pertama daripada Astro Shaw untuk tayangan di panggung wayang sejak pawagam tanah air di buka semula selepas pandemik Covid-19. Diharapkan dengan kehadiran filem Backstage akan mampu menarik penonton ke pawagam dan sekali gus merancakkan ekonomi filem tempatan dan dapat meneguhkan lagi filem serantau Asia.

Filem Backstage diarahkan oleh Pengarah Guntur Soeharjanto, dan dibintangi oleh Vanesha Prescilla, Sissy Priscillia, Achmad Megantara, Aulia Sarah, Karina Suwandi, Ferry Salim, Verdi Solaiman, dan Roy Sungkono.

Filem Backstage akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia kelak. Ikuti perkembangan dan info tentang filem Backstage menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post