KULIM X MYFundAction : Muat Naik Post Di Sosial Media Dan Derma RM1 Melalui Kempen #KULIM88

Dengan keadaan pandemik COVID-19 yang masih berlanjutan, banyak pihak yang masih terkesan dalam keadaan sekarang. Ramai yang kehilangan pekerjaan, perniagaan tidak dapat diteruskan serta mengundang pelbagai masalah emosi dan tekanan dalam meneruskan kelangsungan hidup. Langkah bantuan dari kerajaan dan pelbagai organisasi dalam membantu golongan yang memerlukan amatlah digalakkan bagi membantu mengurangkan beban terhadap golongan yang terlibat.


Bersempena dengan Ulang Tahun ke-88 Kulim (Malaysia) Berhad, sebuah kempen derma #kulim88 di Media Sosial telah diadakan bagi membantu golongan yang memerlukan dan masyarakat yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Jika anda juga ingin membantu mereka dengan memberikan derma dan bersedekah, jom ikuti lebih lanjut tentang kempen #Kulim88 ini.


Kempen Amal #kulim88 Sempena Sambutan Ulang Tahun KULIM BERHAD Ke-88

Kempen ini dianjurkan oleh Kulim (Malaysia) Berhad dengan kerjasama MyFundAction, iaitu sebuah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terkenal dengan kerja kebajikan baik di dalam mahupun luar negara.


Sebagai pengenalan, Kulim (Malaysia) Berhad merupakan antara syarikat peneraju utama penaman sawit di Malaysia. Selain daripada tanaman sawit, Kulim (Malaysia) Berhad juga terlibat dalam penanaman nanas, kelapa dan tanaman komoditi lain. Walaupun agak sinonim dengan penanaman berskala besar, syarikat ini juga menjalankan perniagaan perladangan lembu untuk sektor halal.

Dalam industri minyak sawit, Kulim Berhad diakui sebagai salah satu peneraju minyak sawit terkemuka dan syarikat pelopor yang mengamalkan standard Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO) dan Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO) dimana mereka hanya menggunakan minyak sawit yang dihasilkan secara lestari.



Minyak sawit lestari adalah:
  • Memenuhi Peningkatan Permintaan Makanan (Food Demand)
  • Menyokong harga makanan yang berpatutan
  • Menyokong pengurangan kemiskinan
  • Melindungi kepentingan sosial, komuniti & pekerja
  • Melindungi alam sekitar & hidupan liar

Dengan tawaran pekerjaan di bidang perladangan, ianya juga salah satu usaha dari pihak Kulim Berhad menyediakan peluang pekerjaan bagi membantu golongan yang memerlukan pekerjaan. Buat masa ini mereka mempunyai seramai 9000 pekerja dan berhasrat menambah lagi bilangan pekerja mereka di dalam sektor pekerja mahir dan juga unskilled worker.

Bagi MyFundAction pula, entiti ini merupakan entiti yang sudah terkenal di antarabangsa sebagai satu entiti Badan Kebajikan yang beroperasi secara global di beberapa tempat. MyFundAction yang berpusat di Malaysia turut beroperasi di negara dan kontinen seperti New Zealand, Mesir, Jepun, Indonesia dan Afrika.


Berbalik semula kepada Kempen #kulim88, pihak Kulim Berhad mengadakan kempen ini bagi menyebarkan perkara positif di sosial media agar tidak bersikap negatif dengan situasi lockdown dan keaddan pendemik yang melanda dunia sekarang.

Kempen 1 Post Sosial Media = Derma RM1

Anda semua boleh menyertai kempen #kulim88 dengan memuatnaik hantaran gambar atau video ke dalam media sosial anda untuk membantu masyarakat yang terjejas dengan Pandemik Covid19. Kempen bermula pada 6 Ogos 2021 dan berakhir pada 22 Ogos 2021.


Setiap hantaran yang anda muat naik ke laman sosial, Kulim (Malaysia) Berhad akan menyumbangkan RM1 ke tabung MyFundAction. Sasaran mereka adalah untuk menyumbang sebanyak RM88,888 pada penghujung bulan Ogos.

Sebagai penghargaan untuk anda yang menyertai kempen ini, sebanyak 10 orang pemenang akan dipilih setiap minggu. Pemenang dipilih berdasarkan jumlah likes dan komen terbanyak, dan bakal memenangi wang tunai sebanyak RM88 setiap seorang. Hadiah utama pula merupakan wang tunai sebanyak RM888 dan akan diumumkan pada 25 Ogos 2021.

Langkah Menyertai Kempen #kulim88

1. Ikuti akaun sosial media FB Kulim (M) Berhad dan IG @kulimberhad
2. Muatnaik hantaran dengan tanda pagar #kulim88 serta tag Kulim (Malaysia) Berhad
3. Pastikan akaun media sosial anda adalah umum.

Anda boleh memuatnaik hantaran gambar atau video di Facebook atau Instagram tanpa had dan anda boleh memuat naik apa sahaja content mengikut kreativiti masing-masing, asalkan mempunyai mesej positif. Pemenang dipilih mengikut jumlah like sama ada facebook atau instagram dan hantaran boleh menggunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.


Mudah sahaja kan! Hanya muat naik posting di sosial media, pihak Kulim Berhad akan dermakan RM1 kepada MyFundAction. Ada rezeki boleh menangi hadiah wang tunai mingguan atau dipilih menjadi pemenang utama.

Jom sama-sama kongsikan pengalaman atau apa sahaja perkara positif dengan meyertai kempen #kulim88. Jangun lupa jemput dan hebahkan kepada rakan-rakan dan keluarga anda untuk menyertai inisiatif ini. Mari sama-sama menderma dan membantu mereka yang memerlukan.

Maklumat lanjut layari laman sesawang berikut:
Website Kulim Berhad
FB Kulim Berhad
IG Kulim Berhad

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top