Buffet Ramadhan 2021: Istimewa Ramadhan Bersama Me'nate Steak Hub - Bella Jamal - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Buffet Ramadhan 2021: Istimewa Ramadhan Bersama Me'nate Steak Hub - Bella Jamal

Trending

Buffet Ramadhan 2021: Istimewa Ramadhan Bersama Me'nate Steak Hub - Bella Jamal

Buffet Ramadhan 2021: Istimewa Ramadhan Bersama Me'nate Steak Hub | Buat penggemar hidangan steak pasti tidak asing dengan Me’nate Steak Hub, sebuah jenama restoran yang tidak asing lagi dan antara steakhouse Halal terbaik di Malaysia buat masa ini. Sempena Ramadan kali ini (13 april 2021), Me’nate steak hub juga tidak ketinggalan turut serta dalam memeriahkannya dengan kempen istimewa buffet Ramadan 2021 mereka.

Buffet Ramadhan 2021: Istimewa Ramadhan Bersama Me'nate Steak Hub

Tahun ini Me'nate masih mengekalkan hidangan buffet berbuka puasa dengan mematuhi SOP yang di tetapkan oleh KKM. Masa ibadah puasa tahun lalu, semua operasi hab makanan yang menawarkan buffet berbuka puasa terpaksa menghentikan sementara operasi mereka berikutan pandemik Covid-19. Alhamdulilah setelah setahun berlalu dan keadaan yang semakin terkawal, minggu lalu Kak Bell berpeluang hadir untuk menkmati hidangan yang bakal ditawarkan bersempena istimewa Ramadhan Me'nate Steak Hub bagi Ramadhan tahun ini. Buat pengunjung terutamanya umat Islam yang berpuasa bolehlah ke sini untuk buka puasa.


Kempen buffet ramadhan 2021 kali ini bakal menyajikan lebih daripada 70 hidangan dari pelbagai pilihan menu makanan barat dan tempatan. Selain itu juga Me’nate Steak Hub ada menyediakan pakej Ramadan Special Group Steak untuk pelanggan-pelanggan mereka.

Buffet Ramadhan 2021: Istimewa Ramadhan Bersama Me'nate Steak Hub

Roasted Whole Lamb + Mandhi Rice


Buffet Ramadhan 2021: Istimewa Ramadhan Bersama Me'nate Steak Hub

Roasted Whole Chicken


Setiap menu Ramadan kali ini disediakan oleh Chef-Chef Me’nate yang berpengalaman dan sudah pasti ianya mengikut kepelbagaian citarasa para pelanggan yang sering berkunjung ke Me’nate. Jom lihat apa menu menarik untuk Istimewa Ramadhan Bersama Me'nate Steak Hub tahun 2021.

"Masih mengekalkan konsep tradisi Me’nate, kami masih mengekalkan menu steak dan makanan barat dan Mediterranean sebagai pilihan utama sajian. Istimewanya Kambing Panggang Bukhari bersama nasi Mandhi menjadi taruhan untuk memuaskan para pelanggan yang meminati kambing panggang. Selain menu masakan barat, bagi memenuhi citarasa Ramadan, Me’nate juga menawarkan menu makanan tempatan lain seperti Nasi Tomato, Mee Soto,Nasi Himpit, Bubur Lambok, Mee Kari Nyonya, Kueh Teow yang di goreng panas dan sebagainya selain hidangan pencuci mulut kuih-muih tempatan."


Sajian Utama Tempatan


Buffet Ramadhan 2021: Istimewa Ramadhan Bersama Me'nate Steak Hub

Teriyaki Chicken Drummets With Sesame


Buffet Ramadhan 2021: Istimewa Ramadhan Bersama Me'nate Steak Hub

Moroccan Roasted Chicken


Buffet Ramadhan 2021: Istimewa Ramadhan Bersama Me'nate Steak Hub

BBQ Buffalo Wings


Buffet Ramadhan 2021: Istimewa Ramadhan Bersama Me'nate Steak Hub

Buttered Mix Vegetables


Buffet Ramadhan 2021: Istimewa Ramadhan Bersama Me'nate Steak Hub

Spicy Black Mussel In Garlic Lemon Sauce



Sajian Makanan Barat Dan Mediterranean


Buffet Ramadhan 2021: Istimewa Ramadhan Bersama Me'nate Steak Hub

Tomato Baked Meatballs


Buffet Ramadhan 2021: Istimewa Ramadhan Bersama Me'nate Steak Hub

Spaghetti Aglio Olio Beef


Buffet Ramadhan 2021: Istimewa Ramadhan Bersama Me'nate Steak Hub

Fettuccine Chicken Alfredo


Buffet Ramadhan 2021: Istimewa Ramadhan Bersama Me'nate Steak Hub

Penne Arabiata


Buffet Ramadhan 2021: Istimewa Ramadhan Bersama Me'nate Steak Hub

Linguine Alle Vongole



Pencuci Mulut Dan Kuih-Muih


Buffet Ramadhan 2021: Istimewa Ramadhan Bersama Me'nate Steak Hub

Buffet Ramadhan 2021: Istimewa Ramadhan Bersama Me'nate Steak Hub

Buffet Ramadhan 2021: Istimewa Ramadhan Bersama Me'nate Steak Hub

Buffet Ramadhan 2021: Istimewa Ramadhan Bersama Me'nate Steak Hub

ABC Stall



Tawaran Harga Menarik Di Bawah Bajet RM100

Pakej buffet ramadan kali ini menawarkan harga yang sangat berbaloi di bawah RM100 iaitu RM89.90 untuk dewasa dan RM49.90 untuk kanak-kanak, manakala bagi kanak-kanak berusia 5 tahun dan ke bawah tidak dikenakan sebarang bayaran. Untuk warga emas Kak bell tak jumpa pula harganya.

Untuk setiap tempahan early bird pihak Me’nate akan memberi potongan sebanyak 10% hingga ke 30% bergantung terma dan syarat.  

Buffet Ramadhan 2021: Istimewa Ramadhan Bersama Me'nate Steak Hub

Bagi memenuhi permintaan pelanggan di Ramadan 2021 ini yang menggemari daging premium, Me’nate memperkenalkan juga pakej makanan barat premium yang boleh di nikmati seisi keluarga dengan harga yang berpatutan iaitu hidangan "GROUP STEAK" FAMILY PLATTER.

Me’nate memperkenalkan 2 jenis pakej iaitu SET A (PREMIUM FAMILY PACKAGE) dan SET B (SUPER PREMIUM FAMILY PACKAGE) dimana satu set boleh dimakan sehingga 5 ke 6 orang.

Buffet Ramadhan 2021: Istimewa Ramadhan Bersama Me'nate Steak Hub

Terdapat sehingga sebelas menu bagi setiap hidangan dalam FAMILY PLATTER ini dan hidangan pemanis mulut/dessert diberikan secara PERCUMA dari kaunter buffet. Yang pastinya hidangan dalam FAMILY PLATTER ini masih mengekalkan kualiti penggunaan daging dan bahan-bahan yang digunakan untuk pelanggan merasai keistimewaan yang di tawarkan oleh Me’nate pada kali ini. Kepada yang berkeluarga inilah masanya untuk menikmati serta merasai pengalaman berbuka puasa dengan hidangan enak yang disediakan untuk keluarga anda.


Me'nate Steak Hub Memperkenalkan Produk Sejuk Beku MeatLab

Bagi memeriahkan kempen ramadan kali ini juga, Me’nate turut memperkenalkan produk sejuk beku terbaru mereka iaitu jenama MeatLab. Produk sejuk beku ini boleh di jadikan hidangan berbuka bila di rumah atau sebagai ole-ole semasa balik ke kampung dan juga semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti.

Buffet Ramadhan 2021: Istimewa Ramadhan Bersama Me'nate Steak Hub

Terdapat 5 jenis pilihan yang boleh nikmati iaitu BBQ Beef Ribs, Lamb Shank, Marinated Lamb, Lamb Shabu dan Peri-Peri Chicken. Selain itu MeatLab juga akan memperkenalkan Rendang Daging edisi terhad sempena bulan Ramadhan dan Aidilfitri ini.

Buffet Ramadhan 2021: Istimewa Ramadhan Bersama Me'nate Steak Hub

BBQ Beef Ribs


Buffet Ramadhan 2021: Istimewa Ramadhan Bersama Me'nate Steak Hub

Lamb Shabu


Buffet Ramadhan 2021: Istimewa Ramadhan Bersama Me'nate Steak Hub

Lamb Shank


Tawaran Diskaun Korporat Untuk Projek CSR

Me’nate juga ingin menjemput Syarikat atau badan-badan Korporat serta individu yang ingin bekerjasama dengan pihak Me’nate untuk menganjurkan sebarang bentuk majlis tanggungjawab sosial korporat di Me’nate contoh seperti majlis buka puasa dengan anak yatim dan sebagainya sepanjang ramadan ini. Diskaun korporat akan diberikan kepada syarikat yang berminat.


Buat masa ini restoran Me’nate Steak Hub mempunyai 7 (tujuh) cawangan di seluruh Malaysia yang berada di Setapak, Ampang, Bangi, Shah Alam, Seremban, Melaka serta Johor Bahru tetapi hanya enam (6) sahaja cawangan yang menganjurkanya Buffet Ramadan kecuali di Ampang Kuala Lumpur yang hanya menyediakan menu Istimewa Heavenly Lamb dan Heavenly Beef bersama nasi Bukhari yang boleh di nikmati empat hingga ke lima orang. Selain itu di Me’nate Steak Hub Ampang juga ada menyediakan pakej Istimewa Group Steak Iftar untuk lima hingga ke enam orang, sesuai untuk di nikmati seisi keluarga dan juga pakej Istimewa Iftar untuk 2 orang.

Restoran Me’nate Steak Hub juga menyediakan surau yang selesa untuk para pelanggan menunaikan ibadah solat.

Buffet Ramadhan 2021: Istimewa Ramadhan Bersama Me'nate Steak Hub

Para pelanggan dan Syarikat yang berminat boleh menghubungi cawangan-cawangan Me’nate Steak Hub terdekat untuk membuat tempahan atau bertanya tentang pakej yang disediakan melalui nombor di bawah.

Berikut dikongsikan senarai buffet ramadhan tahun 2022 (akan dikemaskini)

Pakej Buffet Ramadan • Pakej Group Steak • Ala Carte

• SETAPAK +6019 3911 047
• SHAH ALAM +6019 4771 047
• BANGI +6019 2611 047
• SEREMBAN +6014 3511 047
• MELAKA +6014 6040 047
• JOHOR BAHRU +6013 7510 347

Pakej Heavenly Beef/Lamb • Pakej 2 Pax • Pakej Group Steak • Ala Carte

• AMPANG +6016 8795 947

Maklumat lanjut, layari sesawang berikut:

Website: https://menate.com.my/
FB: https://www.facebook.com/menatesteakhub/
IG: https://www.instagram.com/menatesteakhub/?hl=en
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post