Grilled Butter Chicken Kembali Di The Chicken Rice Shop Atas Permintaan Ramai

Hi semua! Akhirnya Kak Bell berjaya juga menikmati hidangan Grilled Butter Chicken di The Chicken Rice Shop (TCRS). Kisahnya sebab ramai kawan-kawan yang memuat naik postingan tentang hidangan ini, jadi Kak Bell pun turut terliur hendak mencubanya.


Kebetulan, The Chicken Rice Shop (TCRS) telah mengumumkan pelancaran kembali menu akhir tahun yang paling popular iaitu Grilled Butter Chicken, jadi Kak Bell tak lepaskan peluang untuk ke sana sebelum melepas macam tahun sudah.


Kisahnya semalam lagi Kak Bell nak makan menu ini dan singgah ke 3 Damansara Mall. Dalam ingat-ingat lupa rasanya ada outlet The Chicken Rice Shop kat sana. Kemudiannya, kami berdua sampai dan terus duduk dan terus membuat pesanan. Tetapi Kak Bell terasa pelik kenapa kedai ni semunya berwarna kuning. Seraya Kak Bell bertanya, ada menu Grilled Butter Chicken? Pekerja restoren menjawab "TIADA". Rupa-rupanya Kak Bell dah salah masuk restoren! Restoren Chicken Plus, warna kuning dan tiada logo kepala ayam TCRS. Memang lah kelakar kejadian semalam. Meleleh air liur sebab tak dapat makan menu Grilled Butter Chicken tu.


Jadinya, hari ini Kak Bell singgah ke TCRS di Sungei Wang dan dapat merasai menu istimewa TCRS ni. Inilah yang dikatakan kalau dah jodoh tak kemana. Sesuai sangatlah dengan tagline menu Grilled Butter Chicken ni "Jadikan GBC Jodoh Anda"!


Kak Bell memang suka sangat dengan menu Grilled Butter Chicken ni sebab rasanya yang sedap dek padanan ayam dan mentega yang tiada tandingan. Dengan isi peha ayam tanpa tulang yang diselaputi sos mentega keemasan beserta taburan daun kari dan cili merah, memang memikat hati Kak Bell. Sampai licin la sos mentega tu Kak Bell bedal. 



Disebabkan ramai yang ternanti-nantikan hidangan ini, TCRS sentiasa bersedia untuk menghidangkan menu popular ini pada setiap hujung tahun khas buat rakyat Malaysia sebagai tanda menghargai pelanggan mereka. TCRS berpegang teguh pada slogan mereka ‘Chicken Rice… and More’ dan sentiasa berusaha untuk menarik minat para pelanggan dengan menghasilkan menu citarasa tempatan seperti hidangan akhir tahun ini.


Berbaki sehari sahaja lagi kita akan memasuki tahun baru 2021. Terus-terang perjalanan tahun 2020 ternyata agak suram dan melelahkan bagi kebanyakkan orang. Jadi dengan kehadiran menu istimewa Grilled Butter Chicken ini diharapkan dapat menjadi hidangan yang sempurna untuk mengakhiri tahun ini.


Buat anda yang masih belum mencuba keenakan menu istimewa Grilled Butter Chicken ini, bolehlah berkunjung ke The Chicken Rice Shop sebelum 17 Januari 2021. Mana tahu anda akan bertemu jodoh semasa menikmatinya di TCRS.

Untuk maklumat lanjut mengenai Grilled Butter Chicken atau promosi lain yang terdapat di The Chicken Rice Shop, sila kunjungi www.thechickenriceshop.com atau laman Facebook https://www.facebook.com/thechickenriceshop/

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top