KENTANG A.S. BANTU BEKAL TENAGA KEPADA SOH WAI CHING UNTUK CATAT REKOD DUNIA GUINNESS BAHARU - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal KENTANG A.S. BANTU BEKAL TENAGA KEPADA SOH WAI CHING UNTUK CATAT REKOD DUNIA GUINNESS BAHARU

Trending

KENTANG A.S. BANTU BEKAL TENAGA KEPADA SOH WAI CHING UNTUK CATAT REKOD DUNIA GUINNESS BAHARU

Hai semua! Kali ini Kak Bell hendak kongsikan satu berita seorang atlit yang sangat membanggakan seluruh rakyat Malaysia. Bru-baru ini, atlit Soh Wai Ching yang merupakan juara larian menara Malaysia (No. 2 Dunia dan No. 1 Asia) telah melakar satu lagi kejayaan di peringkat antarabangsa. Beliau telah berjaya merangkul gelarann 'Juara Memanjat Tangga Menegak Terhebat Dalam Satu Jam (Lelaki)' dan sekali gus mencatatkan nama beliau dalam Guinness World Record (GWR).


Sebelum ini rekod ini dipegang oleh atlit dari negara Sepanyol, Encik David Robles Tapia dari Sepanyol dengan catatan jarak 1.227km, yang bersamaan dengan kira-kira 378 tingkat (3.25m bagi 1 tingkat – ketinggian standard setiap tingkat). Soh telah berjaya mencatatkan rekod baru dengan catatan jarak 1,295.95m, bersamaan dengan 399 tingkat dengan menaiki tangga bangunan Hotel Four Sesson Kuala Lumpur yang dilakukan baru-baru ini. Dengan catatan ini telah meletakkan nama beliau sebagai pemegang rekod dunia GUINNESS yang baru.

Menurut atlit Soh Wai Ching, beliau mengamalkan pelagai sajian pemakanan dan diet terbaik daripada kentang A.S dalam usaha beliau untuk mencatatkan rekod baharu ini. Sebelum membuat percubaan memecahkan Rekod Dunia Guinness tersebut, beliau selalu minum Minuman Enduro Kentang A.S. pada waktu makan tengah hari semasa sesi latihan berlari memanjat tangga Hotel Four Seasons dan terbukti minuman tersebut memberikan tenaga untuk meningkatkan prestasi. Ini adalah kali ketiga kentang A.S. digunakan dalam diet pemakanan untuk memacu pencapaian Soh selepas dua larian sebelum ini, iaitu larian Menara KL dan Menara TM pada tahun lepas.

Soh Wai Ching

Kentang A.S terbukti merupakan makanan yang berkhasiat untuk diet dan pemakanan yang menyokong aktiviti berprestasi tinggi. Kejayaan Soh telah dipacu oleh bekalan pelbagai makanan dan minuman daripada kentang A.S. seperti Minuman Enduro U.S. Potato, Balutan Kentang A.S., Rosti Protein Kentang A.S. dan juga Kentang Baji A.S Cajun Panggang. 

MAKLUMAT TAMBAHAN TENTANG KENTANG A.S. SEBAGAI MAKANAN PEMBEKAL TENAGA

Anda juga boleh memanfaatkan nutrien berkualiti dalam kentang A.S. untuk mengoptimumkan prestasi mental dan fizikal. Kentang A.S. tidak mengandungi lemak, natrium dan kolesterol, serta membekalkan karbohidrat kompleks, kalium, serat dan vitamin C yang anda perlukan untuk memberikan prestasi terbaik.

1) Kentang ialah karbohidrat kompleks yang kaya dengan nutrien.

  • Kentang mengandungi sama banyak atau lebih banyak vitamin penting dan mineral daripada spageti, beras perang atau roti gandum lengkap (perbandingan setiap hidangan).
  • Karbohidrat ialah pembekal tenaga utama untuk otak anda dan sumber tenaga penting untuk otot.
  • Karbohidrat penting untuk pencapaian optimum mental dan fizikal.
  • Oleh kerana simpanan karbohidrat dalam badan kita adalah terhad dan boleh kehabisan – walaupun dalam satu sesi senaman berat dan/atau senaman berterusan – amat penting untuk menggantikan bekalannya.27
  • Sebiji kentang saiz sederhana (148 gm) dengan kulitnya mengandungi 26 gram karbohidrat.

Minuman Enduro U.S. Potato

Rosti Protein Kentang A.S.

2) Kentang mengandungi lebih banyak kalium daripada sebiji pisang saiz sederhana.

  • Kalium ialah elektrolit penting yang membantu fungsi otot, kardiovaskular dan sistem saraf.
  • Sebiji kentang saiz sederhana (148 gm) dengan kulitnya sekali mengandungi 620 miligram natrium.
  • Sebiji kentang saiz sederhana (148 gm) dengan kulitnya sekali membekalkan 15% DV kalium.

Balutan Kentang A.S

Kentang Baji A.S Cajun Panggang

3) Kentang membekalkan lebih banyak tenaga daripada mana-mana sayur popular lain.


4) Kentang A.S. diiktiraf kerana kualitinya yang tinggi.

  • Ini kerana suhu penanaman yang sesuai, tanah subur, dan kepakaran pemprosesan yang diwarisi turun-temurun. Semua faktor ini menjadikan Kentang A.S. yang terbaik di dunia. Di samping itu, piawaian industri A.S. yang ketat serta mematuhi semua spesifikasi Pentadbiran Makanan dan Ubat dan USDA, memastikan kentang A.S. selamat dan bermutu tinggi.

Wah rupa-rupanya, Kentang A.S. ialah makanan semula jadi yang sihat, berkhasiat dan dapat memberikan tenaga. Selain itu, kentang juga kaya dengan nutrien dan mudah dihadamkan berbanding kebanyakan sayuran lain. Kalau anda nak tahu, sebiji kentang bersaiz sederhana (148 gm) dengan kulitnya membekalkan sebanyak 110 kalori tenaga! Kentang sememangnya pilihan yang baik untuk memenuhi keperluan ahli sukan dalam pelbagai acara sukan dan kita juga patut mengambilnya sebagai menu diet seharian kita.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post