Janna Nick Ganti Ella Sebagai Juri, Ayam Jantan Tersingkir Di Minggu Ke-5 TMSM - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Janna Nick Ganti Ella Sebagai Juri, Ayam Jantan Tersingkir Di Minggu Ke-5 TMSM

Trending

Janna Nick Ganti Ella Sebagai Juri, Ayam Jantan Tersingkir Di Minggu Ke-5 TMSM

Semalam Kak Bell masih lagi mengikuti pertandingan nyanyian berkonsepkan misteri, The Masked Singer Malaysia minggu kelima. Sebanyak lapan orang peserta masih meneruskan perjuangan mereka di pentas The Masked Singer Malaysia.


Untuk recap 4 peserta yang telah disingkirkan adalah Nasi Lemak (Datuk Mirnawan Nawawi), Rimau (Ebby Saiful), ABC (Yana Samsudin) dan Musang King (Zain Hamid/Ruffedge). 

Minggu ini juri tetap Ella tidak hadir untuk episod 5 dan digantikan dengan pelakon dan penyanyi Janna Nick. Kehadiran Janna Nick sedikit sebanyak menceriakan juga TMSM minggu ini. Komen dan tekaan Janna pun 'not bad'. Cuma sekarang di setiap episod Kak Engku selalu sahaja buat tekaan yang pelik-pelik. Adakah penyanyi Marsha di sebalik topeng Rajah Brooke sebab ada tunjuk pokok kelapa atau Rafflesia seperti yang disebut setiap minggu?


Persembahan minggu kelima memang semua mantap dan layan. Kebanyakan peserta membawakan genre lagu berbeza untuk tunjukkan skill vokal masing-masing. Cuma Ayam Jantan sahaja yang sentiasa menyanyikan lagu yang berkonsep lebih kurang sama. Untuk minggu ini, peserta pilihan Kak Bell adalah tetap Rajah Brooke, Rafflesia dan Enggang. 3 peserta ni memang layaklah dapat markah tinggi sebab persembahan mereka yang best!

Seperti yang dijangka, Rajah Brooke sekali lagi mengungguli tempat pertama dengan dendangan lagu Romancinta nyanyian asal Mojo, diikuti Enggang dan Rafflesia. Rafflesia yang membawkaan lagu Makhluk Tuhan Paling Seksi/Mulan Jameela memang sangat Kak Bell suka. Ingatkan boleh atasi markah Rajah Brooke.


Akhirnya giliran Ayam Jantan yang dipakai oleh pelakon Hairul Azreen terpaksa akur berada di kedudukan paling bawah dengan nyanyian lagu Cinta Dewa Dewi dendangan asal kumpulan Spider dan sekaligus tersingkir.

Berikut merupakan kedudukan para peserta mengikut peratusan markah yang diperolehi pada konsert minggu kelima daripada para juri:

#1 Rajah Brooke (Romancinta/Mojo) : 95%
#2 Enggang (Drama/Drama Band) : 93%
#3 Rafflesia (Makhluk Tuhan Paling Seksi/Mulan Jameela) : 88%
#4 Bunga Raya (Lagu Untukmu/Meet Uncle Hussein) : 85%
#5 Orang Utan (Potret/Akim & The Majistret) : 79%
#6 Wau (Nirmala/Datuk Seri Siti Nurhaliza) : 79%
#7 Reno (Budi Setahun Segunung Intan/Ahmad Jais) : 77%
#8 Ayam Jantan (Cinta Dewa Dewi/Spider) : 72%


Memang Kak Bell tak sangka yang Hairul Azreen boleh menyanyi. Ok jugaklah suara dia kan. Dari awal rancangan kebanyakkan netizen memang dah teka yang Hairul Azreen berada di sebalik topeng Ayam Jantan. Dan buat pertama kalinya juga yang Juri The Masked Singer Malaysia dapat meneka dengan tepat siapa di balik topeng Ayam Jantan.


Hairul Azreen sempat memberitahu yang dia memang bercita-cita nak jadi penyanyi dan artis popular. Kiranya dia sudah puas hati bila dapat perform menyanyi di depan ramai orang. Kalau ikutkan lagu yang dinyanyikan Hairul macam sama je genrenya iaitu Hutang, Hukum Karma, Memburu Impian dan Farhana. Kalau ada variasi lagu lain mungkin lebih menarik kan? Jom kita tunggu next week pula ya.

Kredit:
Astro & Astro Gempak
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post