realme Design Studio Kini Debut Di Malaysia! - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal realme Design Studio Kini Debut Di Malaysia!

Trending

realme Design Studio Kini Debut Di Malaysia!

Hai semua! Semalam 25 Ogos 2020 realme telah merasmikan Design Studio mereka yang pertama di Malaysia yang berada di Jalan Sungai Penchala, Damansara. Selain itu juga, buat pertama kalinya realme turut membawakan realme 828 Fan Festival 2020 dan melancarkan telefon pintar C Series iaitu realme C12 dan realme Buds Classic. Buat peminat dan penyokong produk realme pastinya hendak mengetahui lebih lanjut tentang realme Fan Festival yang julung kali diadakan ini kan? Jom ikuti lebih lanjut.

realme Design Studio

Pembinaan realme Design Studio ini adalah berperanan sebagai pelopor dalam bidang rekabentuk dan teknologi telefon pintar dalam sebuah studio. Sejak tahun 2019, realme telah bekerjasama dengan pereka terkenal Naoto Fukasawa dan kini realme telah menjemput pereka terkenal di pelbagai bidang di seluruh dunia seperti Jose Levy untuk menjayakan realme Design Studio bagi menghasilkan produk realme dengan rekabentuk yang trendy seiring dengan gaya masa kini. Studio yang berjaya disiapkan dalam tempoh masa 20 hari sahaja juga merupakan sebuah pencapaian penting bagi realme bertepatan dengan tagline Dare To Leap.


Selain Malaysia, realme juga turut bekerjasama dengan pereka dari China, Eropah, Jepun, Korea Selatan, dan Amerika Syarikat bagi menghasilkan lebih banyak telefon pintar dan produk AIoT yang mengikuti trend khas buat semua pengguna.



realme 828 Fan Festival 2020

Bersempena dengan pelancaran realme Design Studio, realme turut membawakan realme 828 Fan Festival 2020 dengan kerjasama pelbagai jenama terkenal Malaysia dan dibawa khas buat semua fans realme. Kak Bell juga tidak melepaskan peluang untuk melihat sendiri aktiviti yang dianjurkan semasa soft launching semalam. realme 828 Fans Festival ini akan berlangsung pada 28, 29 Ogos bermula jam 11.30 pagi sehingga 10.00 malam dan 30 Ogos dari 11.30 pagi hingga 12.00 malam sempena Hari Merdeka di realme Design Studio.

**Ralat: Thanks for the registration but we regret to inform you that realme 828 Fans Festival will be celebrated entirely on the live stream. This is due to the registration limit being exceeded as well as the SOPs set by the government.

The safety of our fans, celebrities, brand partners, and crews is always our main priority hence we would be celebrating realme 828 Fans Festival together with everyone on our official Facebook page via live stream. Truly sorry for the inconvenience caused and stay safe everyone.



Menurut statistik terkini Counterpoint, realme telah menjadi jenama telefon pintar android yang paling pesat berkembang di dunia dengan memperolehi 15 juta pengguna dalam tempoh 6 bulan pertama tahun 2020. realme yang menggunakan tagline Dare to Leap kini memeperkenal kempen terbaru mereka Dare to Be realme. Dalam kempen jenama Dare to Be realme, realme memperkenalkan kempen "Dare to Be ____", dimana fans realme boleh menulis nama sendiri atau apa sahaja, di dalam aktiviti interaktif T-shirt untuk mendorong anak muda menjadi diri mereka sendiri. Yes, “You don’t need to be someone to change the world”!


Jenama Yang Terlibat
Terdapat pelbagai booth jenama terkenal seperti Laneige, Sunway Lagoon, Lazada, Shopee, Nene Chicken, Nerdunit, Eggette Lab, BaWangChaJi dan Dissy mengambil bahagian dalam FanFest ini. Pengunjung yang hadir boleh menyertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan di setiap booth disamping boleh membawa pulang pelbagai hadiah percuma, cash voucher, makanan percuma dan sebagainya.








Diantara aktiviti menarik yang ada adalah seperti tali labirin (maze string), paint cup activity, spinning wheel, The Chicken Spy, Bengkel DIY Eggette, mannequin artwork showcase, selfie check-in, Wonderful Wallet RM1 dan Tiktok Challenge yang disiapkan sepanjang festival.


Real ENDURANCE REALME C12 Kini Di Pasaran!

realme turut melancarkan telefon pintar C Series terbaru mereka iaitu realme C12 dan realme Buds Classic bersempena dengan pembukaan realme Design Studio. Peranti Endurance 6000mAh Mega Battery yang mempunyai jangka hayat bateri yang lebih tahan lama untuk kegunaan harian. realme Buds Classic pula diperkenalkan untuk Live Music Bundle.


realme C12 ini datang dengan Tri-kamera, skrin besar 6.5'' inci dan bateri 6000mAh. Harganya cuma RM529 sahaja. Anda boleh dapatkan harga menarik di Shopee atau Lazada. realme C12 dan realme Buds Classic ini akan mula dijual bermula 31 Ogos 2020.




Sempena realme 828 Fans Festival Lazada turut mengadakan jualan potongan sehingga 33% untuk relefon realme 6, realme Buds Air, realme X2 Pro, realme C11, realme 5i, realme 6 Pro, realme X3 SuperZoom, realme Buds 2, realme Band, realme Watch dan realme Powerbank 2. Jualan ini berlangsung pada 28 Ogos 2020.

Manakala untuk SHOPEE, kita boleh menikmati diskaun sehingga 24% hanya pada 28 Ogos juga untuk telefon realme 6i, realme Buds 2, realme Band, realme Watch, realme Buds Air, realme Buds Air Neo, realme Buds Q, realme Powerbank 2, realme Buds Wireless dan realme Powerbank 30W.


Pengunjung juga berpeluang bertemu dengan artis Malaysia di Craziest Fan Festival pada 30 Ogos nanti. Diantara artis yang hadir adalah seperti Sufian Suhaimi, Floor88, Insomniacks, Bungaisme, Sophia Liana, Noki ft Loca B, Yonnyboi, IamNeeta, SOG dan ramai lagi pada 30 Ogos 2020 di malam ambang Merdeka bersama-sama realme. Tak rugi datang sebab boleh dapat goodies bags, voucher tunai, voucher rebat, kupon makanan percuma dan banyak lagi barangan #Realme hanya di realme 828 FanFest 2020. Bagi yang ingin menyertainya, bolehlah membuat pendaftaran sebelum 27 Ogos 2020 di link berikut. Register link : https://forms.gle/8xvBk45yvETwt2Yp7

realme Design Studio
Lot 58370, Jalan Sungai Penchala,
Kampung Sungai Penchala,
60000 Kuala Lumpur.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post