Jom Shopping Raya Dengan Promosi Sakan Di PGMALL.my

Hai anda semua. Diam tak diam sekarang sudah masuk 13 Ramadan. Tahun ini sememangnya agak berbeza sambutan dan suasana kita berpuasa berikutan keadaan dunia yang terdedah kepada serangan pandemik COVID-19. Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga telah memasuki fasa ke-4. Kak Bell harap langkah yang dilaksanakan ini mampu untuk memutuskan rangkaian jangkitan ini dari merebak.



Jadi sepanjang tempoh PKP ini, ramai yang mematuhi perintah kerajaan untuk duduk dirumah #StayAtHome. Ada yang menunjukkan bakat memasak dan paling seronok boleh setiap masa online shopping dirumah! Bercakap tentang membeli-belah mesti anda semua memikirkan tentang persiapan raya di musim PKP ini kan? Don't worry sebab Kak Bell akan kongsikan platform e-dagang untuk anda semua membeli belah untuk musim raya ini iaitu di PGMall.my.

Walaupun kerajaan telah memberi kelonggaran untuk keluar rumah, Kak Bell tegaskan anda semua masih perlu mematuhi langkah keselamatan dengan memakai mask dan amalkan social distancing. Tak perlulah nak ke puast membeli-belah dan merisikokan diri kepada jangkitan. Melalui pembelian atas talian, anda tak perlu nak terkejar-kejar mencari tempat letak kereta dan beratur panjang di kaunter pembayaran. Tambahan lagi, anda boleh membeli-belah tidak kira masa dan tentunya murah, mudah dan selamat. Jom Kak Bell kongsikan apa promosi menarik sempena Raya ini di PGMall.

PGMALL.my
PGMall.my adalah salah sebuah platform e-dagang tempatan yang pertama wujud di Malaysia dan merupakan platform e-dagang nombor 1 di Malaysia. Mula beroperasi sejak tahun 2017, kini PGMall telah mempunyai lebih daripada 1,000,000 pelanggan dari serata dunia terutama di seluruh Asia Tenggara. PGMall juga telah disenaraikan oleh iPriceinsight sebagai salah satu daripada 3 pasaran dalam talian yang paling banyak dikunjungi di Malaysia.



Di PGMall.my terdapat pelbagai barangan termasuk barangan keperluan harian, barangan lelaki dan perempuan, barangan kanak kanak, barangan elektronik, barangan sukan, barangan penjagaan kesihatan dan kecantikan dan banyak lagi. Pendek kata apa sahaja yang anda mahu ada di sini. Sebab itulah, Kak Bell lebih suka membeli-belah di sini. Anda dah rasa tak sabar nak shopping Raya? Jom ikuti apa kempen dan promosi yang ditawarkan oleh PGMall.

Kempen MyRaya
PGMall.my sekarang sedang mengadakan Kempen MyRaya yang bermula pada 8 Mei 2020 hingga 31 Mei 2020. Mereka memberikan pelbagai diskaun tunai buat pelanggan kali pertama dan juga kepada pelanggan sedia ada di musim perayaan ini.


Bagi pelanggan baru PGMall.my akan menerima diskaun sebanyak RM15 dengan setiap pembelian minimum RM40.

Untuk pelanggan sedia ada pula akan menerima diskaun sebanyak RM10 dengan setiap pembelian minimum RM60. Jadi setiap kali pembelian, anda akan mendapat pulangan semula. Jika anda berbelanja sebanyak RM250 dalam satu transaksi, anda akan memperolehi sebanyak 15% pulangan (capped pada RM50)Jadi anda perlulah pantas membuat pembelian dan jadi orang terawal untuk penebusan tersebut. Tawaran voucher ini boleh dimuat turun di laman web PGMall. Anda perlu dapatkannya sekarang kerana kuantiti adalah terhad dan tertakluk kepada terma dan syarat.

Promosi Tambahan Dari Rakan PGMall
Selain dari promosi di atas, rakan kongsi PGMall juga turut memberikan pelbagai tawaran yang menarik diantaranya dari Maybank, Touch 'n Go ewallet, Celcom dan juga Air Asia Big Loyalty.

Maybank QRPay
Bagi pelanggan yang menggunakan QRPay, anda boleh menikmati pulangan tunai sehingga 20% (terhad pada RM20) dengan pembelian minimum RM30. Promosi ini terhad kepada 2x pengunaan dan  tempoh sah promosi dari 4/5 hingga 26/6/2020.


Touch 'n Go ewallet
Pengguna Touch 'n Go ewallet yang membeli belah di PGMall boleh mendapatkan e-baucar tunai sehingga RM40 pada setiap bulan. Hanya 1 cashback per minggu diberikan dengan syarat  perbelanjaan minimum RM10. Promosi ini sah sehingga 28/6/2020.


Celcom Exclusive
Buat pelanggan telco Celcom pula, anda layak mendapatkan pulangan tunai sehingga 20% (terhad pada RM20) untuk 1 pembelian dan terhad untuk 500 transaksi pertama setiap bulan.


Air Asia Big Loyalty
Pengguna mata ganjaran Big Point Air Asia akan menikmati 2x BIG point di seluruh tempat ketika berbelanja di PGMall dan anda boleh menebus mata ganjaran tersebut dengan membeli-belah di PGMall. Promosi ini sah bermula dari 1/5 hingga 31/5/2020.


Memang seronok sangat membeli-belah di PGMall.my. Di sini anda boleh menggunakan pelbagai jenis platform e-dompet utama seperti Maybank QR Pay, Touch 'n Go ewallet, Boost, GrabPay dan lain-lain lagi ketika membeli-belah. Untuk khidmat pos pula, mereka juga bekerjasama dengan kesemua perkhidmatan pengeposan yang sedia ada. Jadi anda semua tidak perlu risau.

Anda boleh memuat turun aplikasi PGMall ini di PlayStore, Apple Store atau layari laman website PGMall.my untuk membeli belah. Jadi, tunggu apa lagi! Tak perlu bersusah payah keluar membeli-belah dan nikmati ganjaran menarik sepanjang musim perayaan hari raya tahun ini dari PGMall.

Untuk informasi lanjut layari laman berikut:
Website: PGMALL
Facebook: PGMallOfficial
Instagram: PGMall.my

CONVERSATION

1 comments:

  1. Yaaa soping jangan tak soping, harga dia memang murah, Sis dah soping masa kempen raya tu, diskaun yang dia bagi memang hebat murah!

    ReplyDelete

Back
to top