Tiket AJL34 Kini Telah Mula Dijual

Sebagai permulaan tahun baharu, mempunyai semangat yang baharu, TV3 membuka langkah 2020 dengan Anugerah Juara Lagu 34! Setelah Muzik Muzik Separuh Akhir 34 melabuhkan tirainya November lalu, Anugerah Juara Lagu 34 hadir dengan tema ‘Warna-Warna Suara’ pada hari Ahad, 9 Februari 2020 kelak. Pasti peminat setia Muzik Muzik menantikan AJL 34 ini untuk menyaksikan lagu mana yang bakal dinobatkan sebagai juara.


Seperti tahun lalu, Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) akan bersiaran langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada pukul 9.00 malam. Pada malam itu nanti, AJL34 akan memulakan kehangatannya dengan Karpet Merah secara strim langsung definisi tinggi (HD) di laman tonton pada pukul 8 malam, atau pada pukul 8.30 malam di TV9.


Tahun lalu di AJL 33, lagu Haram nyanyian Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah telah menjadi juara. Pada malam AJL34 nanti, 12 finalis yang telah dikenal pasti akan berentap demi gelaran Juara Lagu 34 ditemani oleh Haziq Hussni, Sherry Al Hadad dan Awal Ashaari selaku hos untuk acara berprestij ini. 


Nana Mahazan selaku pengacara di sidang media AJL34 baru-baru ini

Berikut adalah senarai 12 buah lagu yang berjaya ke AJL34.

Tajuk Lagu 

Penyanyi 
Komposer 
Penulis Lirik 
Drama 
Drama Band 
Aepul Roza, Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir, Nik Adib 
Ku Bersuara 
Erni Zakri 
Syamel, Omar K, Blaine Bakri, John Jeevasingham 
Anta Permana 
Bob Yusof 
Hael Husaini, Ezra Kong 
Sumpah 
Aina Abdul 
Lembah Kesepian 
Haqiem Rusli 
Haqiem RusliIbnu & Gouffran 
Sumpah 
Naim Daniel 
Naim Daniel & Omar K 
Naim Daniel 
Peneman 
Hazama The Penglipurlara 
Tam 
Dinda 
Kugiran Masdo 
Ali Sariah 
Bangun 
Aman RA 
Navigator 
Aman RA 
Kisah Cinta Kita 
Hafiz Suip 
Ikhwan Fatanna, Ayden Ali 
Datuk A. Aida 
Ragaman 
Fairuz Misran 
Faizal Tahir, Mike Chan, Romeo 
Faizal Tahir, Jaare, Karim Karam, Mike Chan 
Rampas 
Akim & The Majistret 
Hang Nadim, Laq 
Bunga Cantik 

Seperti tahun lalu, AJL34 juga akan menjual tiketnya melalui laman web https://myticket.asia/ dengan harga serendah RM30, bermula pada 9 Januari 2020 lalu. Para peminat AJL34 boleh dapatkan tiket AJL34 mengikut aras tempat duduk yang dikehendaki iaitu Arena (RM60), Aras 3 (RM40) atau Aras 4 (RM30). Pihak penganjur akan menggunakan sistem tempat duduk bernombor bagi memudahkan penonton yang datang menyaksikan AJL34 nanti.


Selain itu, peminat tegar finalis AJL34 turut berpeluang bertemu selebriti pujaan mereka sebelum tiba AJL34 di sebuah acara kolaborasi bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Showcase Anugerah Juara Lagu 34 yang akan berlangsung pada hari Sabtu, 18 Januari 2020 di Panggung Anniversari, Taman Botani, Kuala Lumpur. Pelbagai aktiviti disediakan bersama kesemua finalis AJL34 dari pukul 5 petang hingga 10 malam. Antaranya persembahan khas dari para finalis, kemunculan maskot Ejen Ali dan Alif & Sofia, serta penjualan tiket AJL34. Istimewanya pembelian tiket di Showcase AJL34 ini adalah setiap pembelian tiket akan disertakan dengan sebuah hadiah misteri.


Sebagaimana yang kita tahu, penyanyi Bob Yusoff akan membawakan lagu Anta Permana Dato Siti Nurhaliza. Ada desas-desus mengatakan bahawa Dato CT akan kembali beraksi di pentas AJL34? Walau bagaimanapun Bob memberi maklum balas bahawa tidak tahu menahu tentang info tersebut dan akan membawakan lagu tersebut dengan penuh tanggungjawab.


AJL34 mendapat sokongan McDonald's selaku penaja utama yang akan “Meriahkan Juara Lagu sambil menikmati Hidangan Famili Mekdi.” dan juga rakan penaja Aplikasi Setel, aplikasi e-pembayaran petrol pertama di Malaysia, kini boleh didapati di semua stesen PETRONAS di Lembah Klang. AJL 34 juga disokong oleh radio rasmi, Hot FM dan para rakan digital, Xtra, Senang Terhibur, dan Oh Bulan!


Jangan ketinggalan untuk merasai kehangatan Anugerah Juara Lagu 34 secara langsung di Stadium Axiata, Bukit Jalil dengan dapatkan tiket AJL34 di myticket.asia sebelum kehabisan tiket. Buat para peminat yang tidak berkesempatan untuk hadir ke stadium, mereka boleh menonton AJL34 melalui strim langsung HD di laman tonton. Gunakan tanda pagar #AJL34 di laman media sosial untuk hangatkan perbualan di alam maya. Siapakah yang anda rasa bakal menjadi juara AJL34 kali ini?

CONVERSATION

1 comments:

  1. hai , salam perkenalan ....done follow... follow me back new be....https://bondayana393.blogspot.com/

    ReplyDelete

Back
to top