Trending


Samyang Jjajang Ramen Boleh Tahan Pedasnya (Buldak Jajangmyeon Review)

Samyang Jjajang Ramen Boleh Tahan Pedasnya (Buldak Jajangmyeon Review) | Hi korang! Harini Kak Bell nak review Samyang Jjajang Hot Chicken Flavour Ramen pula atau Samyang Foods Jjajang Buldak Bokkeummyun. Sebenarnya Kak Bell cuba Samyang Black Bean Sauce ni terlebih dahulu sebelum cuba Buldak Ramen. Kisahnya Samyang tu dah sampai tarikh luput, ngam-ngam on the expired date. Sebenarnya, ada sesetengah makanan yang masih boleh dimakan walaupun dah tiba ke tarikh luputnya. Diantaranya mi segera, roti, kerepek atau barang-barang dapur kering. Selagi kondisi dan rupa bentuknya masih elok, tak busuk, boleh je kita gunakan. Dengan syarat tidak disimpan/digunakan selepas tempoh 3 bulan dari tarikh luput. Cuma untuk barang tenusu dan barang segar memang kena patuhi tarikh Elok Sebelum/Best By/Best Before/Baik Sebelum untuk mengelakkan keracunan.

Buldak Jajangmyeon Review

Begitulah mukaddimah Samyang yang dah expired tadi ye. Jjajang ni merujuk kepada 'Korean black bean sauce' atau kita panggil sos hitam Korea. Dalam pek ada noodles, sayuran kering dan pek perisa Jjajang. Untuk pek Samyang Jjajang Ramen ni berwarna hijau.

Jajangmyeon (자장면) or jjajangmyeon (짜장면) is a Korean Chinese noodle dish topped with a thick sauce made of chunjang, diced meat, and vegetables.


Untuk penyediaan, masukkan ramen tadi dengan 600ML air mendidih dan masak selama 5 minit. Kalau rasa tak cukup lembut masaklah lebih lama sedikit. Kemudian toskan. Dalam arahan memasak disuruhnya tinggalkan dalam 8 sudu air, tambahkan sos Jjajang dan stir-fry dalam tempoh 30 saat. Maksudnya, kacau di atas api lebih kurang supaya ramen tadi sedikit kering. Then, kacau sebati.

Buldak Jajangmyeon Review


Buldak Jajangmyeon Review
Toskan mi dan tinggalkan sedikit air rebusan tadi

Samyang Jjajang ni berwarna coklat/hitam ala-ala mi goreng macam tu. Rasanya manis-pedas. Suapan pertama je, dah terasa pedasnya pada lidah. Setengah jalan, Kak Bell dah berpeluh dan terus minum air. Pedas tu memang pedas tapi still masih boleh habiskan. Bagi Kak Bell, Samyang Jjajang lebih pedas dari Samyang Buldak Ramen. Tetapi ada yang respon Buldak ramen lebih pedas. Mungkin sebab dah expired, dia jadi lebih pedas kot. Haha. Mungkin juga boleh tengok Buldak Jajangmyeon Review lain kat sini.

Buldak Jajangmyeon Review

Komen pada posting Kak Bell di Facebook tentang Samyang mana yang pedas, masing-masing beri komen 2X Spicy dan Samyang paket hitam yang paling pedas. Paling favourite adalah Samyang Cheese dan Samyang Mala. Next, Kak Bell akan cuba perasa ni pula. Ada kawan sis cakap, dia dah cuba 2X Spicy Samyang. Lepas 2 suapan, selebihnya ke dalam tong sampah. Nampak gayanya memang sangat pedas. Ok, untuk Samyang Jjajang Hot Chicken Flavour Ramen Kak Bell lulus!

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post