Review BoBoiBoy The Movie 2, Penuh Dengan Kejutan Ogos Ini | Hi Korang! Kak
    Bell sudah menonton tayangan perdana filem animasi yang di tunggu-tunggu
    oleh rakyat Malaysia iaitu BoBoiBoy Movie 2 (BBBM2) di MBO Starling Mall,
    Damansara Utama. Terima kasih buat pihak AstroShaw dan Animonsta di atas
    jemputan ke Malam Gala BoBoiBoy Movie 2 semalam.
 
  BBBM2 akan memulakan tayangannya bermula pada 8.8.19
    di Malaysia, termasuk Indonesia, Singapura, Brunei dan Vietnam. Sehingga
    kini, jumlah tontonan trailer BoBoiBoy The Movie 2 telah mencapai 4 juta
    tontonan di Youtube manakala Teaser Trailer BoBoiBoy Movie 2 pula sudah
    mencecah 10 juta tontonan. Rata-rata telah memberikan komen yang positif dah
    tidak sabar menantikan filem animasi yang menggabungkan elemen Adiwira,
    Pengembaraan, dan Komedi ini.
  Kos produksi bagi filem yang mencecah RM7 juta ini bakal ditayangkan di
    lebih 144 pawagam di Malaysia, 8 buah pawagam di Singapura, diikuti 4 buah
    pawagam di Brunei. Manakala di Indonesia pula sebanyak 150 pawagam dan di
    Vietnam sebanyak 120 pawagam. Bukan itu sahaja, pihak produksi juga telah
    menerima permintaan dari Thailand dan Filipina untuk tayangan dan Monsta
    juga mensasarkan tayangan di Korea Selatan, India, dan China dalam masa yang
    terdekat.
 
Penerbit: Nizam Abdul Razak, Kee Yong Pin
Pengarah: Nizam Abdul Razak
Genre: Animasi, Pengembaraan, Komedi
Pelakon: Nur Fathiah Diaz (BoBoiBoy), Nur Sarah Alisya (Yaya), Yap Ee Jean (Ying), Dzubir Mohammed Zakaria (Gopal), Wong Wai Kay (Fang), Anas Abdul Aziz (Koko Ci, Adu Du), Nizam Razak (Papa Zola), Fadzli Mohd Rawi (Retak'ka)
Studio: Animonsta Studios, Astro Shaw (Malaysia), CBI Pictures (Indonesia), UTV Motion Pictures (India)
Tarikh Tayangan: 8 Ogos 2019
Pengedar: Astro Shaw
Masa tayangan: 110 minit
Sinopsis BoBoiBoy The Movie 2
    Sinopsis BoBoiBoy The Movie 2 | BoBoiBoy The Movie 2 merupakan filem kedua selepas Boboiboy Galaxy yang
      masih berkaitan dengan power sphera/bola sphera kuasa. Filem ini
      mengisahkan tentang BoBoiBoy dan rakan-rakan yang diserang oleh watak
      musuh baru BoBoiBoy, seorang ancient villain iaitu Retak’ka, pengguna asal
      Kuasa Elemental. Villain named Retak'ka ingin merampas semula Kuasa
      Elemental dari BoBoiBoy dan menggunakannya untuk menguasai galaksi.
      BoBoiBoy dan rakan-rakan perlu mencari cara untuk menghentikan Retak’ka
      dan menyelamatkan galaksi dari ancamannya.  Runut lagu bagi BBBM2
      berjudul 'Fire & Water' yang dinyanyikan oleh penyanyi tersohor tanah
      air, Faizal Tahir, sarat dengan mesej positif yang menekankan semangat
      percaya pada diri dan tidak mudah berputus asa. 
  
   
  Review BoBoiBoy The Movie 2
    Review BoBoiBoy The Movie 2 | Ok. Sebenarnya sebelum ini Kak Bell memang tidak menonton siri BoBoiBoy
      dan juga belum pernah menonton filem animasi pertamanya Boboiboy Galaxy.
      Jadi pendapat Kak Bell bagi filem ini keseluruhannya memang 'fresh'
      disebabkan tiada perbandingan dari filem sebelumnya. Boleh dikatakan filem
      animasi BBBM2 ini mempunyai kualitinya yang tersendiri dalam produksi
      animasi di Malaysia, malah setanding dengan filem animasi antarabangsa.
      Kak Bell memang sangat puas menonton dari saat awal filem sehinggalah ke
      akhir filem. Yes! Memang tak boring langsung buat Kak Bell yang pertama
      kali menonton. Penonton yang bertepuk tangan juga menunjukkan filem ini
      sangat berjaya.
  
   
   
  
    Mesej utama yang diterapkan dalam BoBoiBoy Movie 2 memang jelas seperti
      elemen jangan mudah berputus asa dan sifat kerjasama digarap mudah untuk
      pemahaman dan tontonan kanak-kanak di samping jalan cerita dan watak-watak
      yang menarik. Pelbagai watak, dialog-dialog popular masyarakat kita
      membuatkan filem ini sangat menghiburkan di samping elemen-elemen komedi
      di dalam BBBM2. Pujian patut diberikan kepada team produksi yang berjaya
      menyiapkan filem ini dalam tempoh 12 bulan sahaja, lebih awal dari
      perancangan asal. Dari segi kualiti animasi filem ini, bagi Kak Bell
      memang boleh dibanggakan! Memang Kak Bell puas hati menonton adegan aksi
      berlawan dalam BBBM2.
  
   
   
  
    Filem ini memang sesuai ditonton untuk segenap umur dari yang kecil
      mahupun yang dewasa dan berbaloi untuk tontonan seisi keluarga. Peminat di
      Malaysia juga boleh membeli tiket awal promosi di beberapa pawagam
      terpilih sejak 18 Julai lalu dan di semua pawagam bermula 26 Julai.
      Saksikan filem animasi yang menarik ini di pawagam berhampiran anda
      bermula pada 8 Ogos 2019.
  
TRIVIA
    - BoBoiBoy is a Malaysian animated television series and franchise produced by Animonsta Studios.
- BoBoiBoy has a tendency to get annoyed by people or things but is good-natured at heart.
- BoBoiBoy is the most powerful person/character with 7 Elemental power, which leads to his main flaw of arrogance, overestimating himself, and sometimes underestimating the capabilities of his teammates.
- BoBoiBoy friends named Yaya, Ying, Gopal, and Fang, form a team and fight to protect the Earth from alien threats who aim to conquer the Earth. Together with his friends, BoBoiBoy travels across the galaxy to protect it.
- Retak'ka "killed" Hang Kasa and takes his Crystal Element, summoning Retak'ka Crystal. On the other hand, BoBoiBoy fuses into FrostFire and easily overpower him. With the help of Ochobot, BoBoiBoy successfully takes his elements back and defeat Retak'ka using Super Supra Blast.
BoBoiBoy The Movie 2 Trailer
    Filem BoBoiBoy The Movie 2 ni memang ada banyak kejutan dan Kak Bell
      menahan diri daripada bagi spoiler kat korang! Untuk mengetahui keseluruhan kisahnya dan memang berbaloi untuk korang
      tonton sendiri. Jom saksikan kehebatan elemental powers, 7 kuasa elemental
      BoBoiBoy mengalahkan musuh. Kak Bell bagi 9/10 bintang.