999 Stik Honey Pepper Ribs Percuma Di Wadihana Islamic Steakhouse Johor Bahru - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal 999 Stik Honey Pepper Ribs Percuma Di Wadihana Islamic Steakhouse Johor Bahru

Trending

999 Stik Honey Pepper Ribs Percuma Di Wadihana Islamic Steakhouse Johor Bahru

Sebelum Wadihana Islamic Steakhouse mencapai kejayaan dalam peniagaannya, banyak pahit maung yang dilalui. Jatuh bangun di dalam bisnes adalah lumrah dan bagi yang cekal serta percaya 9 daripada 10 punca rezeki datangnya daripada perniagaan, semua itu harus dihadapi dengan redha. Sama seperti pengalaman yang dilalui usahawan pemilik Wadihana Islamic Steakhouse, June Talib sebelum ini. Walaubagaimanapun beliau yang sering memberi peluang kepada diri sendiri untuk bangkit dan membangunkan semula perniagaannya bagi membina kehidupan yang lebih baik.


Hampir berputus asa setelah beberapa kali gagal di dalam dunia makanan (F&B) dan bidang lain sebelum ini, inspirasi utama penubuhan Wadihana Islamic Steakhouse (WISH) adalah anak ketiganya yang berusia 13 tahun, seorang pelajar tahfiz di Johor yang sangat berminat di dalam dunia kulinari. Bisnes steakhouse ini dibina untuknya menurut June yang juga Pengarah Perniagaan Wadihana Steak House Sdn Bhd. 


Pihak WISH kini mencuba pasaran baru di Johor Bahru berikutan belum ada restoran ‘steak house’ degan harga yang mampu makan, ada sentuhan kelas antarabangsa dan suasana yang tenang dengan alunan piano, melainkan di hotel-hotel terkemuka. Lokasi Wadihana Islamic Steakhouse yang terletak di Damansara Aliff agak ‘terselindung’ daripada pengetahuan dan lokasi itu masih baru dalam kalangan penghuni kota Johor Bahru. 

Walaubagaimanapun menurut wanita cekal ini, kuasa pemasaran online telah berjaya menarik perhatian penduduk sekitar malah dari Singapura untuk merasa citarasa antarabangsa Wadihana. Merupakan anak didik kepada Pakar Pemasaran Online, Najib Asaddok, walaupun WISH berada di tempat baru, mereka telah berjaya menarik ramai pelanggan datang ke restoren mereka dan semakin dikenali melalui pemasaran online. 



Selain stik, Wadihana Islamic Steakhouse (WISH) ini turut menyediakan pelbagai hidangan makanan daripada Asean, Western, Italian, Mexican yang semuanya sedap-sedap belaka. Apa yang istimewa mengenai hidangan Wadihana, gravy atau kuah stik mereka dihasilkan menggunakan ramuan sendiri berbanding steak house lain yang menggunakan serbuk atau tepung dari Thailand. Bukan hanya untuk memastikan kuah yang sedap, WISH juga sangat mementingkan kesucian makanan dan memastikan ianya HALAL.


Tulang lembu yang digunakan direbus lebih 8 jam untuk mendapatkan jus bagi membuat kuahnya damn mereka tidak menggunakan serbuk seperti yang diimport oleh restoran lain kerana khuatir dari segi kehalalannya. Maklum balas daripada pelanggan yang amat memberangsangkan dengan jualan untuk bulan pertama WISH sebanyak RM170,000 dan meningkat kepada RM240,000 pada bulan kedua, sejak memulakan operasi pada Februari lalu.


Menurut June berkata, beliau memperuntukkan kira-kira RM1.5 juta untuk ubahsuai restoran, membeli peralatan dapur mengikut piawaian hotel 5 bintang yang sesuai dengan standard stik antarabangsa serta membina tempat membakar piza (firewood pizza). Selain itu, Wadihana juga menyediakan ruang di tingkat atas bagi pelanggan yang ingin mengadakan majlis atau mesyuarat yang boleh memuatkan sehingga 120 kapasiti dalam satu-satu masa.


Kempen Honey Pepper Ribs Percuma

Kempen ini adalah merupakan sebahagian daripada kempen TERIMA KASIH mereka kepada pelanggan yang setia menyokong mereka sejak dibuka Februari lalu. Sebanyak 999 stik bernilai hampir RM50,000 akan diberi percuma kepada pelanggan di Wadihana Islamic Steakhouse (WISH) pada 5 dan 6 Julai 2019 di Damansara Aliff, Johor Bahru.  


Tawaran istimewa kempen Giveaway Half Ribs ini terbuka kepada semua pelanggan yang berbelanja sekurang-kurangnya RM60 dalam satu resit dan hanya untuk makan di restoran sahajaStik yang ditawarkan dalam kempen ini ialah Honey Pepper Ribs bernilai RM49.90 setiap hidangan. Malah bagi mereka yang kali pertama mendaftar sebagai penggemar WISH, mereka akan diberi satu scoop aiskrim. Sangat berbaloi!


Pemilik Wadihana Islamic Steakhouse, June Talib menjangkakan sambutan luar biasa terhadap kempen ini dan untuk memudahkan pelanggan, WISH mengalu-alukan tempahan awal dengan menghubungi nombor 013-7333280 atau boleh layari www.wadihanaislamicsteakhouse.com untuk maklumat lanjut.

WADIHANA ISLAMIC STEAKHOUSE - WISH
36-38 Jalan Aliff 3, Damansara Aliff
81200 Johor Bahru, JDT
Tel: 07-2442422

Website: https://wadihanaislamicsteakhouse.com/
FB: https://www.facebook.com/WISHDamansaraAliffJB/
IG: https://www.instagram.com/wadihana_islamic_steak_house/?hl=en
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post