Promosi Bayaran Balik Separuh Di LuLu Hypermarket

Rangkaian pasar raya terbesar dari Timur Tengah, LuLu Hypermarket sekarang menawarkan promosi hebat bersempena dengan Hari Wanita Sedunia pada bulan ini. LuLu Hypermarket yang merupakan rantaian pasar raya dan syarikat runcit kepunyaan ahli perniagaan India yang beribu pejabat di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu ini kembali dengan promosi 'Bayaran Balik Separuh'. Dalam keadaan ekonomi sekarang, mesti nak berjimat dan berbelanja dengan hemat di tempat yang jauh lebih murah dan jimat bukan?


LuLu Hypermarket yang dikendalikan oleh LuLu Group International ini telah membuka cawangan pertamanya di Malaysia yang terletak bersebelahan dengan Jakel Mall di Caps Square Kuala Lumpur, Jalan Munshi Abdullah. LuLu Group pada masa ini telah mempunyai lebih 150 gedung merentasi Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang terletak di Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi, UAE selain di Mesir, India, Indonesia dan juga Malaysia. Pasaraya yang menjual pelbagai keperluan seharian ini menawarkan harga barangan murah & mampu milik dan yang paling penting barangan yang dijual adalah 100% Halal. Apa yang pasti, kewujudan pasaraya yang sudah pun diketahui ramai ini sudah ada peminatnya yang tersendiri.

Promosi Bayar Balik Separuh
Bersempena dengan Hari Wanita Sedunia pada bulan ini, LuLu Hypermarket KL kembali dengan promosi istimewa "Bayaran Balik Separuh". Untuk promosi ini, setiap pembelian barangan yang terpilih dengan pembelian minimum sebanyak RM100 dalam satu resit akan diberikan semula baucar tunai beli-belah RM50 untuk pembelian seterusnya. Promosi ini telah berlangsung bermula dari 1 Mac hingga 24 Mac 2019.


Bahagian yang tersenarai untuk promosi ini adalah dari bahagian Fashion & Lifestyle seperti kasut, beg tangan wanita, sari, churidar, termasuk pakaian lelaki dan wanita. Untuk lebih mudah, anda boleh semak poster 'Bayar Balik Separuh/Half Pay Back' yang berwarna merah bagi barangan yang tersenarai untuk promosi ini.


Jika anda berbelanja sebanyak RM300, baucar membeli-belah RM150 akan diberikan dan ditunjukkan dalam resit pembelian. Untuk mendapatkan baucar RM50 bagi setiap RM100 pembelian, anda perlu membuat belian di bahagian/floor yang sama sahaja. Gabungan pembelian dari bahagian berlainan seperti barangan fashion dan groceries, tidak layak untuk promosi ini. Baucar tersebut boleh digunakan untuk pembelian seterusnya dan sah untuk penebusan sehingga 28 Mac 2019.

LuLu Fashion Store
Kebanyakan jenama di sini memang kita jarang dengar kerana ia merupakan jenama in house mereka. Walaubagaimanapun jenama yang ditampilkan adalah berkualiti dan mampu milik. Di antara jenama yang ada untuk pakaian lelaki dan wanita seperti John Louis, Arezzo, Allen Solly, Louis Philippe, Peter England, Tag Basic dan lain-lain.




Kesemua pakaian dan koleksi disini sesuai untuk disuai-padan untuk pakaian harian, kasual dan juga majlis perayaan. Berikut ini merupakan contoh pakaian Mix & Match yang boleh didapati di bahagian Fashion & Lifestyle di LuLu Hypermarket. 


Koleksi kasual pakaian lelaki

Konsep pakaian sedia dipakai di sini memudahkan pengunjung melakukan suai padan mengikut cita rasa dan tema yang diingin. Anda bebas untuk bereksperimentasi dengan rekaan, warna, corak, suai padan dan aksesori yang ada di sini. Tidak perlu berbelanja pada sesuatu yang mahal, yang penting bijak untuk suai-padan pakaian. Pakaian yang sesuai dan tepat dapat menyerlahkan keanggunan dan keperibadian pemakai. Setuju tak?

Koleksi pakaian wanita

Kuasa gaya serlahkan identiti

LuLu Celebrate
Istimewanya disini, LuLu Hypermarket menyediakan bahagian yang menjual koleksi pakaian dan kain seperti sari, Churidar dan aksesori India di LuLu Celebrate. Bahagian ini turut termasuk dalam kempen promosi "Bayaran Balik Separuh". Anda boleh dapatkan kain terbaik untuk kain sari, baju kurung sehinggalah ke pakaian Punjabi, selain kain sutera yang diimport khas dari India. Warna dan rekaan fabriknya memang cantik. Pelanggan juga boleh mendapatkan bantuan daripada pekerja di bahagian ini bagi mendapatkan pendapat semasa memilih fabrik pilihan kita.



Kak Bell juga tidak melepaskan peluang untuk membeli belah semasa kempen ini. Memang sangat berbaloi kerana setiap perbelanjaan diberi pulangan yang menarik oleh LuLu Hypermarket.  


Terdapat 4 bahagian utama di LuLu Hypermarket yang terdiri dari bahagaian Grocery & Fresh Food (GF), Home Decor & Household (GF), Fashion & Lifestyle (Tingkat 1) dan Digital (Tingkat 2). Selain promosi yang tertumpu kepada Fashion & Lifestyle, bahagian lain juga turut ada tawaran harga yang istimewa. Tetapi, bahagian Digital ini tidak termasuk untuk kempen "Bayaran Balik Separuh". Pengunjung yang ingin mendapatkan barangan elektrik dan elektronik, bolehlah berkunjung ke Tingkat 2 LuLu Hypermarket. 

Bahagian Digital, Barangan Elektrik LuLu Hypermarket


Grocery & Fresh Food Department
Jika berkunjung ke hypermarket, bahagian yang paling seronok dikunjungi Kak Bell ialah di bahagian basah. Memang seronok sangat bila melihat sayuran dan buah-buahan pelbagai jenis. Memang rasa nak beli semua barang! Selain barangan basah, makanan dan minuman juga ada dijual dan semuanya Halal dan berpatutan.









LuLu Roastery
Di antara salah satu tumpuan apabila berkunjung ke LuLu, pengunjung boleh dapatkan produk barangan dari dari Timur Tengah di LuLu Roastery. Di bahagian ini ada pelbagai pilihan kekacang dan juga buah buahan kering dari seluruh dunia. Kebanyakan produk dari Timur Tengah seperti saffron, kurma, coklat boleh didapati disini.





Home Decor & Household Department






Semua ni datang shopping ke LuLu Hypermarket tau!



Kebanyakan barang di sini memang jauh lebih murah jika dibandingkan dengan pasaraya lain. LuLu Hypermarket ini memang lengkap dengan semua barangan keperluan. Jangan lupa berkunjung ke bahagian Fashion & Lifestyle untuk promosi "Bayaran Balik Separuh" yang pasti menjimatkan! Untuk maklumat lanjut boleh lawati laman berikut.

LuLu Hypermarket & Department Store
Lot 159, Persiaran CapSquare,
Jalan Munshi Abdullah, 50100 Kuala Lumpur,
Malaysia.


CONVERSATION

3 comments:

  1. Menarik dan sangat murah. LeYa tak pernah singgah lagi Lulu Hypermarket ni.

    ReplyDelete
  2. wow.. tawaran yg berbaloi2

    ReplyDelete
  3. giler shopping sini. bahagian grocery tu benda yg susah nak jumpa pun ada. tu yg best lulu ni

    ReplyDelete

Back
to top