KLIA2 adalah terminal penerbangan tambang murah yang dibina untuk menampung
pertumbuhan pesat sektor pelancongan tambang murah di rantau ini dan bagi
menggantikan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT). Di sini terdapatnya
[email protected], pusat membeli belah dengan lapangan terbang yang
memudahkan pelancong mendapatkan barang keperluan sebelum berlepas atau
selepas ketibaan. Bagi yang ingin terbang bercuti ke luar atau dalam negara,
pastinya tidak melepaskan peluang untuk berjalan-jalan atau membeli-belah di
[email protected] Kadangkala, kita akan sampai terlalu awal di lapangan terbang
hingga kebosanan melanda. Kalau Kak Bell ke luar negara, sementara
menunggu penerbangan memang sempatlah duduk menghabiskan hidangan di
McDonald sesambil membeli coklat.

5 Mac 2019 lepas, Kak Bell berkesempatan berjalan-jalan di sekitar
[email protected] turut serta dalam
Half Day To KLIA2 Media FAM Trip anjuran Tourism Malaysia.
Sebenarnya, terdapat banyak tempat-tempat menarik di terminal KLIA2 ini yang
boleh anda kunjungi sebelum terbang ke destinasi pilihan. Jom ikuti tempat
menarik buat menghilangkan bosan dan penat anda semasa di KLIA2!
Tempat Berehat & Tidur
1) Aerotel
Situasi tak dijangka seperti penerbangan ditunda atau sementara menanti
masa masuk ke balai pelepasan pasti membuat kita gelisah. Untuk mengisi masa
bolehlah anda berehat dan bersantai di hotel Aerotel.


Berada di Tingkat 2M [email protected] Mall dan terletak berdekatan dengan
kawasan Pelepasan Antarabangsa dan Domestik di KLIA2. Aerotel beroperasi
24 jam dan mempunyai 78 buah bilik hotel dengan 5 jenis buah
bilik iaitu
Solo Plus, Double Plus (Twin), Double Plus (Queen), Double Squared
(Double Queen) dan Family
sebagai pilihan.

Bilik yang selesa dengan rekabentuk minimal menggunakan panel kayu boleh
memenuhi keperluan bagi 1 hingga 4 orang untuk refreshing stay.
Biliknya berkeluasan dari 20sqm-34sqm ini dilengkapi dengan pelbagai
kemudahan seperti katil, bilik mandi, penghawa dingin, TV, pengering rambut,
kerusi, pembancuh kopi dan perkhidmatan WiFi.
Tempahan adalah per jam jangka masa minimum untuk menginap adalah 6
jam.

Aerotel: Tingkat 2M, Lot 33-45, [email protected] Mall
Website: www.myearotel.com
2) Plaza Premium Lounge
Bagi yang ingin bersantai dan relak seketika, bolehlah kunjungi Plaza
Premium Lounge. Plaza Premium Lounge lebih ekonomi dan sesuai untuk
kumpulan yang lebih ramai.


Ruangan lounge
Terdapat tempat rawatan spa, bilik mandi berbayar, bilik tidur, hidangan
bufet , bar dan WiFi percuma untuk penginapan seketika. Turut ada 1 buah
bilik VIP (untuk 4 orang) dan 3 bilik mesyuarat (4-22 orang) disediakan
untuk kegunaan pengunjung.

Kawasan bar


Jenis bilik

Bahagian buffet
Plaza Premium Lounge: Tingkat 2M, Lot 2-5, [email protected] Mall
Website:
www.plazapremiumlounge.com
3) Capsule Transit
Capsule Transit Hotel terletak di Tingkat 1 [email protected] Mall dan boleh
dijadikan tempat seterusnya untuk bermalam. Konsep hotel ini ialah seperti
asrama dan bersesuaian dengan backpackers.


Keadaan bilik yang simple turut dilengkapi dengan tempat mandi, tempat
bagasi dan ruangan membaca. Ruangan tidur bagi lelaki dan perempuan adalah
berasingan. Capsule Transit menawarkan 4 jenis bilik iaitu
Single Capsule (Perempuan shj), Mixed Single Capsule, Queen Capsule dan
Suite Room.

Kawasan lelaki dan wanita berasingan

Lokar
Harga bilik bermula dari RM105 dan sewaan mengikut jam. Anda boleh
menginap minimum 3 jam, 6 jam atau 12 jam disini. Jika tidak
memerlukan bilik, anda boleh mengunakan perkhidmatan ala-carte untuk Shower
On-The-Go (RM29) atau Locker Rental (bermula RM20 untuk 3 jam).

Ruang bacaan
Capsule Transit: Tingkat 1, Lot 1-5, [email protected] Mall
Website:
www.capsuletransit.com
Tempat Memanjakan Diri
4) Gintell Rest N Go Exclusive Lounge
Setelah menempuh perjalanan jauh, anda boleh berehat dan segarkan diri
dengan urutan kerusi urut mewah di Gintell Rest N Go Exclusive
Lounge.


Terletak di Tingkat 2, anda boleh mendapatkan perkhidmatan premium di sini
termasuklah kerusi urut, WiFi percuma, minuman, selimut, tempat luggage,
pengecasan telefon, stokin pakai-buang dan aromaterapi. Dibuka 24/7 dan
harga masuk mengikut jam untuk 1 jam (RM68), 2 jam (RM88), 4 jam
(RM108) dan 6 jam (RM128). Suasana lounge yang santai dan privasi ini dapat
meredakan tekanan selepas penerbangan anda.


Refreshment
Gintell Rest N Go Exclusive Lounge: Tingkat 2, Lot 24, [email protected]
Mall
Tempat Makan & Minum
5) The Green Market
Bagi anda yang inginkan makanan sihat dan pelbagai bolehlah duduk santai
makan di sini. Green Market yang terletak di Aras 2 menyajikan pelbagai
hidangan menu dari Jepun dan Korea. Sayuran yang digunakan adalah sayuran
yang di bawa khas dari Cameron Highlands bagi memastikan kesegaran sajian
kepada pelanggan.


Menu signature mereka ialah Rotisserie Chicken manakala minuman
jusnya diproses perlahan untuk mengurangkan pengoksidaan ketika
juicing. Jangan lupa mencuba Green Tea dan Jus Guava di sini.

Salmon Bento

Green Tea dan Jus Guava
Antara menu:
Seafood Salad, Avocado Tofu Salad, Age Gyoza, Tori Karage, Tori Teriyaki
Don, Garlic Chahan, Niku Udon, Tempura Soba, Shoyu Ramen, Tempura Bento,
Chicken Shogayaki Bento, Caterpillar Roll, Spicy Tempura Tuna Roll,
Bibimbap, Ramyeon, Kimchi Soup.
The Green Market: Tingkat 3, Departure Level, Public Concourse, Terminal
klia2
6) Kofi Kraze
Sudah menjadi trend kita menikmati kopi panas ketika bersantai. Kofi Kraze
menyajikan Premium Cold Brew Coffee yang diproses dengan teknologi
terkini, 'Maxtract' berbanding cara konvensional versi Hot
Brew Coffee. Kopi di sini super smooth & lebih aroma.

Kopi yang digunakan berasal dari Sumatera, Indonesia dan paling istimewa
terdapat 7 jenis kopi terbaru dengan rasa tempatan. Jangan lupa untuk
cuba
Kokonut Burst (kelapa), Simply Jak (jackfruit), Taro Taro (keladi),
Herbal Splash (Pandan), Spike Up! (kopi durian), Choko-Loko (coklat), Sola
Luna (teh+kopi), Pina Kollada (nenas), Chili Choko, Masala (Indian
spices), Matcha Joe (Green Tea), Thai Kafae and Golden Maize (jagung).

Mencuba Chilli Coffee

Disamping mencuba revolusi rasa kopi di sini, anda juga boleh cuba 3 jenis
pilihan Sandwich lazat di Kofi Kraze.

Mesti cuba! Sangat sedap.
Kofi Kraze: Tingkat 3, Lot 23, [email protected] Mall
Website: www.kofikraze2.com.my
7) Malaysia Agrobazaar
Bagi yang mencari pelbagai produk tempatan, anda boleh berkunjung di sini.
Terdapat 500 produk keluaran bumiputera di jual di Agrobazaar untuk
mempromosi dan membantu usahawan tempatan.


Diantara produk tempatan
Anda boleh cuba pek makanan kembara Halal di sini yang dipanaskan tanpa
api. Pembungkusan tersebut menggunakan teknologi
Flameless Ration Heater (FRH). Anda boleh cuba Beef/Chicken Rendang dengan Pilaf Rice yang hanya
memerlukan cara penyediaan yang sangat ringkas menggunakan air biasa
sahaja.

Malaysia Agrobazaar: Tingkat 2, [email protected] Mall
Kepada anda semua yang akan melancong ke destinasi pilihan, bolehlah
berkunjung ke tempat-tempat berikut. Selain menghilangkan bosan ketika
menunggu penerbangan bolehlah mendapatkan rehat dan bersantai di
KLIA2.
Nice. Malaysia agrobazaar caught my attention. Tak tahu pulak ada this. Hopefully our local mlaysia product variety kat bazaar nih. Tq miss bell.
ReplyDeleteYup. Depan kedai kopi hainan yg kita tak jadi lepak aritu. Hehe
DeleteMemang terbaik kan.. Lepas ni dah tak risau kalau takut terlepas flight..hehe..
ReplyDeleteBoleh chill2 dulu.
Deleteehehe kalo dapat golek2 selesa before flight bestnya. comel2 pulak tu tempatnya..
ReplyDeleteyup. Cantik hotel kat sini.
DeleteGintell Rest N Go Exclusive Lounge tu memang macam nak kena p next visit nih. Selalu p KLIA tapi tak de lak p situ..makan tu mmg kena p sebab mmg fav i salmon bento tu! Hehehehhe
ReplyDeleteBest wei kena urut dgn kerusi. Macam kena lipat badan i dibuatnya.
DeleteMeriahnya.. Macam macam ada rupanya..
ReplyDeleteIngatkan kalau sebut klia ni ada lapangan terbang je.
Rupanya hotel pun mewah, mall pun meriah..
Jangan sampai terlepas flight sudah. Haha..
Terlalu asyik bershopping..
Ye. Bella pun tak explore semua sebelum ni. Takot sesat. Hahaha
DeleteWahhhh nice info. Tq kak bell. Boleh rujuk sini klu ke KLIA2 nanti 👍😍
ReplyDeleteWelcome :)
Deletelepas ni kalau datang airport awal pun dah xkisah sbb banyak venue boleh explore
ReplyDeleteYup. Boleh lepak2 sini kan.
DeleteGood infor untuk traveler yang naik flight kat KLIA2 ni. Boleh la BBL datang tidur kat hotel dalam KLIA2 ni kalu flight awal pagi, tak payah risau kena bangun awal semata-mata nak kejar flight. Harga pun boleh tahan murah je eh
ReplyDeleteBetul tu. Selalu berkejar awai2 penat.
DeleteDulu pernah selamba je tido kat mana2 dalam klia2 tu sementara nk tunggu pagi. Kalau naik flight pagi macam tu la. Tp lepas ni nak try berehat kat tempat ni la pulak
ReplyDeleteuntuk mereka yang tinggal jauh, taknak terlepas flight, memang mudahla ada tempat menarik untuk hilangkan bosan menunggu flight kan.Nasib baik mereka ada menyediakan tempat-tempat macam ni..
ReplyDeleteYer, memang banyak tarikan yg boleh kita lakukan di klia2 sementara nak tunggu flight tu. best kalau dtg klia2. Macam2 ada. Aerotel tu tempat dia eksklusif tp agak mahal sikit ya. Xberani nak masuk. Hahhahah
ReplyDeleteBanyak juga tempat menarik di klia 2 yang kita boleh singgah dan lepak untuk isi masa lapang sementara tunggu turn flught. At least tak lah jemu sangat tunggu lama kan
ReplyDeleteWah seronoknya jalan2 di klia. Banyak tempat dapat singgaj ya. Selalu ingat pegi klia naik kapal terbang jer. Rupanya banyak tempat best blh pergi
ReplyDeleteBanyak gak tempat berehat kat klia 2 ni kan. Sis selalu tak sempat nk survey dlm sana sb swlalu terkocoh kocoh nak kejar flight..hehehe. Sempat makan je kat kawasan check in dia. Kalau ada masa free bolehlah sis survey2 tmpt ni
ReplyDeleteOwhh. Baru tau ada tempat2 best boleh lepak sementara nak tunggu flight dekat KLIA. Lepas ni xdela bosan lagi dah.
ReplyDeleteWow really there are so many places to relax when in KLIA 2. Nanti i singgah on my next trip there.
ReplyDeleteNice one. Kdg² dtg awal sangat sebab nak elak traffic jam ke skali bosan taktau nak buat apa kat sana. Kalau ada kwn ok la sikit leh sembang².
ReplyDeleteBanyak juga ya sis tempat menarik kat KLIA2 ni ya. Nanti sebelum p macao nak kena explore la nampak gayanya ni.
ReplyDeleteLove this post! It's so useful for me since I am always travelling to work for meeting, finally got places for me to lepak.
ReplyDeleteKalau pi KLIA tak terfikir pun nak singgah mana-mana sebab takut terlepas flight walhal ada banyak amsa lagi sebenarnya.. huhu.. tu yang TB tak tahu pun ada benda-benda ni semua.. ruginya baru tahu.. huhu.. sekarang dah takde peluang pun nak fly mana2.. huhuhu
ReplyDeletegreat way to kill time while waiting for flights... such a great suggestion of places to spend time in klia....
ReplyDeleteTips & perkongsian yang sangat bermanfaat. Sesuai untuk orang yang transit di Klia . Thanks for sharing
ReplyDelete