Spageti 3 Minit Master Pasto Mudah Disediakan - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Spageti 3 Minit Master Pasto Mudah Disediakan

Trending

Spageti 3 Minit Master Pasto Mudah Disediakan

Kalau sebut sahaja pasta, pasti teringat kesedapan spageti Carbonara mahupun Bolognese. Kalau diikutkan spageti ni di antara menu yang paling senang nak masak, tambahan pula dah ada pelbagai sos segera yang mudah didapati di pasaraya. Boleh siap dalam masa setengah jam sahaja! Cuma yang renyah jika nak buat sos sendiri dan sediakan bahan-bahannya. Baru-baru ini pun, 3 resepi pasta Kak Bell dah buat. Memang suka sangat makan pasta.


Kalau dah datang malas, bagilah resepi macam mana pun memang tak berasap jugalah dapur tu. Hujung-hujung memang makan mi segera Maggi sudahnya. Nak cara mudah memasak pasta? Nah Kak Bell kongsikan Spageti 3 Minit Master Pasto. Bukan 3-minutes instant boyfriend Daebakig tu ye. Awasss!

3-Minute Wonder
Produk yang Kak Bell maksudkan ialah Instant Spaghetti yang dikeluarkan oleh syarikat Lioco Food Industries Sdn. Bhd. yang terletak di Pulau Pinang. Penyediaanya memang sangat mudah. Hanya perlukan 3 minit sahaja proses memanas dan terus dihidangkan. Bagi korang yang sangat sibuk bekerja, tak cukup masa untuk memasak atau pun yang kononya tak pandai memasak, Kak Bell memang recommended produk ni buat korang. Buat yang MALAS lagilah sangat sesuai. Haha.


Terdapat 3 pilihan variasi spageti segera dari Master Pasto iaitu Spageti Carbonara, Spageti Bolognese dan Spageti Aglio Olio. Ketiga-tiga produk ini menggunakan ayam. Ianya boleh disediakan dengan mudah menggunakan microwave atau dipanaskan di dalam air mendidih/panas selama 3 minit.

Dalam setiap kotak, terdapat 2 paket berasingan untuk sos spageti dan spageti. Spageti segera ini di bungkus menggunakan bekas kedap udara 'Flexy Packy' yang kemas, selamat dan tahan suhu tinggi dan tekanan (HTHP) ketika pensterilan. Walaupun Master Pasto ini merupakan spageti segera, ianya bebas MSG dan tidak menggunakan sebarang bahan pengawet. Penyimpanan dalam peti sejuk beku juga tidak diperlukan dan boleh disimpan pada suhu bilik. 


Master Pasto keluaran Lioco Food Industries Sdn Bhd ini merupakan sepenuhnya barangan buatan Malaysia dan produk ini HALAL. Jom ikuti 3 langkah penyediaannya yang mudah dan cepat!

A. Menggunakan air mendidih
1) Panaskan air hingga mendidih 100C.
2) Masukkan Flexy Packy ke dalam air panas selama 3 minit.
3) Gunting bungkusan Flexy Packy dan spageti sedia dihidangkan.

B. Pemanasan Microwave
1) Gunting bungkusan Flexy Packy dan letak bahan di dalam bekas bahan panas/microwave.
2) Panaskan selama 1-3 minit.
3) Sedia untuk dimakan


Memang sangat simple dan cepat kan? Kak Bell baru cuba Spageti Aglio Olio dan Spageti Carbonara. Rasanya OK dan menepatilah citarasa bagi yang ingin menyediakan hidangan dalam masa yang singkat. Sos spageti yang disediakan mencukupi untuk spageti dan 1 pek sesuai untuk hidangan seorang makan. Bagi Kak Bell, Spageti Carbonara lebih sedap berbanding Spageti Aglio Olio dan bahan yang digunakan adalah bahan semulajadi dalam hidangan pasta ni. Disebabkan Kak Bell gunakan air mendidih, jadi Kak Bell campakkan sahaja brokoli dan sosej ke dalam bekas air mendidih. Senang sekali jalan, then campur terus dalam spageti tadi. Nak sedap lagi, bolehlah korang nak tabur keju atau daun Oregano segar mahupun serbuk.

Spageti Aglio Olio 

Spageti Carbonara

Spageti Segera Master Pasto ini memang sesuai untuk korang jadikan ole-ole, souvenir dari Malaysia selain mudah dibawa ketika travel dan berkhemah sebagai Ready To Eat Meal. Harganya pun murah dan berpatutan. Pembelian melebihi RM28 tidak akan dikenakan caj penghantaran semasa pembelian. Bagi yang ingin mencuba, bolehlah dapatkan maklumat lanjut dan layari laman berikut.



Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post