Trending


8 Barangan Bajet & Murah Dari Daiso - Bella Jamal

Kisah sinki dapur Kak Bell yang tersumbat setelah kesekian lama, masih lagi tak selesai. Mula mula haritu dah elok sekejap masa beli pelocok baru, then jadi semula masalah sinki tersumbat ni. Kak Bell pun tak tahulah apa benda yang tersumbat kat dalam tu. Malas nak pointed finger pada sesiapa, tapi hujung-hujung Kak Bell jugalah yang kena tanggung stress selesaikan hal-hal rumah. Macam-macam dah dibuat, curah 2 bungkus garam kasar, curah air panas, asid sebotol, guna soda bikarbonat, baking soda, semua tak jalan. Tak guna cuka je sebab cuka takde. Tanya kawan harga nak baiki paip tersumbat boleh tahan mahal. Hmmm. Kebetulan terbaca pulak ada asid untuk sinki tersumbat mr diy dan Daiso dan Mr DIY (barang pembersih paip), jadi Kak Bell gigih usaha lagi cuba selesaikan masalah sinki tersumbat tu.


Selain kedai hardware, sekarang ni pun memang banyak kedai serbaneka yang datang dari Jepun mahupun Korea. Miniso, Yubiso, Daiso dan banyak lagilah. Kebanyakan produk yang dijual pun adalah pada harga 20%-30% lebih murah berbanding kedai lain. Selain harga yang murah, barangan yang dijual pun cukup berkualiti dan berguna untuk kegunaan harian. Tak perlu nak gigih ke Jepun semata-mata nak dapatkan barangan mereka. 


Sebenarnya Kak Bell jarang ke kedai serbaneka begini sebab tiada barang keperluan yang perlu di beli dan betul-betul untuk digunakan dalam kehidupan seharian. Disebabkan nak cari agen pembersih sinki untuk paip tersumbat tu je Kak Bell pergi ke Daiso. Sampai je sana, terus ambik bakul pulak sebab dah ternampak barang-barang lain yang menarik. Hujung-hujung, lepas tu 7 barang yang Kak Bell beli. Semua 8 barang ni cuma bernilai RM47.20 sahaja. RM5.90 untuk setiap satu barang.

1) AGEN PEMBERSIH PAIP/SALURAN PAIP
Seperti yang Kak Bell ceritakan tadilah nak cuba produk ni mana tau berkesan. Gunanya untuk bersihkan kekotoran dalam saluaran paip. Letak 1-2 ketul dengan luke warm water untuk bersihkan paip dari kotoran lemak-lemak dan keladak-keladak dalam paip tu. Sadly, tak berkesan untuk sinki rumah Kak Bell. Memang nak kena panggil plumber juga gayanya.


2) LAPIK KAKI
Kak Bell beli 2 buah. Bolehlah ganti lapik kaki yang dah uzur kat rumah tu.


3) SELIPAR RUMAH
Ni feling-felin macam duduk kondo. Baru je seminggu dah arwah dikerjakan anak2 bulus. Maklumlah selipar ni pulak berbulu-bulu. Adehhh.



4) BLACKHEAD MASK
Dengan harga RM5.90 dah boleh dapat masker muka yang murah dan berkesanan. Di antara produk paling popular di bahagian kecantikan Daiso. Boleh la gunakan mask ini di muka untuk hilangkan cela bintik hitam dan kotoran muka.


5) KLIP RAMBUT
Ni merupakan klip rambut ke-5 dalam tempoh setahun. Sebelum ni beli kat kedai RM2. Sekali jatuh terus berkecai. Yang lain-lain tu hilang tak dapat dikesan. Faktor usia gamaknya. Hehe.

7) BEKAS BARANG
Akhirnya terurus sikit barang-barang make-up kat rumah ni. Lepas ni nak beli lagi 1 set.


6) LAUNDRY NET
Ada banyak jenis. Boleh pilih yang mana sesuai untuk kegunaan harian. Kak Bell beli yang ada kepala Mickey Mouse. Instruction tu baca tapi dalam bahasa Jepun. Hiks


Nampak ke tidak? Kalau kata pergi Daiso nak beli 1 barang memang lah tidak ye. Mesti lebih punya sampai penuh bakul. Masa jalan-jalan dalam tu memang banyak barang-barang yang menarik untuk dicuba. Bukan sahaja untuk bilik air, untuk kegunaan seluruh household ada. Masalahnya sebab dalam bahasa Jepun dan tak tahu apa kegunaan barang tu. Nampak memang berinovasi untuk memudahkan hidup seharian.

Next checklist, Kak Bell nak beli pembeku minyak masak, pengasing sampah di sinki (supaya tak tersumbat lagi nanti), stone ice cube, magic sponge dan stainless steel soap. Wahhh banyaknya. Harap-harap tak bertambah lah list nanti. Korang pun mesti macam ni jugak kan? Oklah Kak Bell nak panggil tukang paip datang. Huhuhu.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

2 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post