Nikmati Kebaikan Minuman Ubi Bit Merah JoyMix - Bella Jamal

Trending

Nikmati Kebaikan Minuman Ubi Bit Merah JoyMix - Bella Jamal

Nikmati Kebaikan Minuman Ubi Bit Merah JoyMix | Ubi bit merah atau dalam bahasa Inggeris; beetroot (beta vulgaris) merupakan jenis sayuran dalam kategori tumbuhan perubatan. Terdapat banyak kebaikan ubi bit merah yang mempunyai tinggi kandungan nutrisi, vitamin, zat besi dan mineral berkhasiat pada sayur beetroot ini. Kalau sekali tengok beetroot ini memang sama rupa bentuknya dengan lobak radish. Bezanya, saiz lobak radish lebih kecil, warna dan juga berbeza dari segi rasanya. Lobak radish berwarna merah fushia (juga ada dalam pelbagai warna) dan beetroot mempunyai warna merah-unggu dengan saiz sebesar bola golf atau softball. Dari segi rasa bit berwarna merah lebih manis, ada rasa earthy (seperti rasa tanah) manakala rasa lobak radish mirip kepada rasa lobak. Daun ubi bit merah juga boleh dimakan, dijadikan ulam dan tekstur rasanya seperti sayur bayam. Begitulah sedikit pengenalan dan info tentang ubi bit merah. 


JoyMix Beet Root Concentrated Juice Powder

JoyMix Beet Root Concentrated Juice Powder ini merupakan produk keluaran syarikat JoyMix yang beroperasi di Rawang. JoyMix merupakan salah sebuah pengeluar produk makanan tambahan sihat yang mempunyai sijil HALAL dan sijil ISO22000/HACCP.

Kebiasaanya, beetroot atau ubi bit merah ini perlu kupas kulit dan dikisar terlebih dahulu untuk dijadikan jus. JoyMix memperkenalkan produk ini di dalam bentuk serbuk untuk pengguna menyediakan minuman ubi bit merah dengan lebih mudah dan cepat. Selain dijadikan minuman kesihatan, serbuk ubi bit ini juga boleh dijadikan pewarna dalam makanan. Anda boleh gunakan serbuk Beetroot Concentrated Juice Powder JoyMix sebagai pengganti pewarna dalam makanan dengan lebih sihat kerana bahannya yang semulajadi dan tidak mendatangkan kesan sampingan. Bagi yang sukakan kek red velvet, bolehlah cuba gunakan Beetroot Concentrated Juice Powder JoyMix kerana teksturnya yang halus, mudah larut dalam air dan tidak akan menyebabkan campuran tepung berketul. Amat sesuai dicampurkan ke dalam tepung penaik kek dan pastri.


Kurang Bau 'Earthy'
Serbuk minuman beet root dari JoyMix ini berwarna merah hati dan setelah dibancuh ianya tidak menghasilkan sebarang bau yang tidak disenangi seperti minuman jus bit merah yang mempunyai bau dan rasa tanah. Jika disimpan di dalam bekas, minuman ini juga tidak akan meninggalkan kesan bau yang tidak enak.


Kebaikan Minuman Ubi Bit Merah JoyMix

Ubi bit merah terkenal dengan pelbagai khasiat dari sudut kesihatan. Berikut adalah di antara kebaikan dan khasiat minuman ubi bit merah keluaran JoyMix.

• 8X Lebih BETAINE
Beet Root Concentrated Juice Powder JoyMix mengandungi 8X lebih banyak betaine berbanding jus ubi bit segar. Kandungan Betaine ini penting bagi menggalakkan kesihatan kardiovaskular dengan mengurangkan tahap homocysteine dalam badan. Ia juga meningkatkan fungsi hati dan membantu untuk mengatasi masalah penghadaman. Nutrien yang terkandung juga lebih banyak berbanding jus biasa.

• 5X lebih NITRAT
Terdapat 5X lebih kandungan nitrat di dalam serbuk ubi bit merah JoyMix daripada ubi bit berwarna merah segar. Kandungan Nitrat ini dapat mengurangkan proses tekanan oksidatif pada sel badan. Penghasilan nitrik oksida akan bertindak sebagai agen antioksida kuat dan bertindak balas dengan radikal bebas dalam badan bagi meminimumkan kerosakan pada sel-sel dan tisu-tisu badan.

• 1 Kalori Setiap Hidangan (kalori yang rendah).
• Meningkatkan fungsi kognitif otak bagi pelajar
• Meningkatkan pencapaian sukan dan kesihatan kardiovaskular dan aliran darah
• Membantu masalah dementia, penghadaman
• Baik untuk fungsi hati
• Mengurangkan masalah tekanan darah
• Mencegah kanser


My Verdict
JoyMix Beet Root Concentrated Juice Powder ini datang dengan kandungan berat 250gram dijual pada harga RM110. Buat masa ini, ada extra sebanyak 50gram bagi setiap pek jualan. Pembungkusannya datang dengan seal mudah untuk penyimpanan. Fakta nutrisi makanan juga ada dinyatakan di bahagian bungkusan.

Serbuk ubi bit dari JoyMix ini berwarna merah hati dan mempunyai bau manis. Serbuknya tidak terlalu kering dengan tekstur sangat halus dengan free overflow. Tiada bau yang tidak menyenangkan seperti bau tanah. Kak Bell sukakan rasa minumannya yang manis semulajadi dan amat sesuai diminum untuk semua peringkat umur.


Penyediaannya juga mudah. Hanya perlu membancuh satu sudu teh serbuk Beet Root Concentrated Juice Powder JoyMix dengan 120 ml air suam atau air sejuk. Kak Bell lebih suka bancuh dengan sedikit air suam sebelum menambah air sejuk. Kepekatan warna merah minuman memang tinggi dan Kak Bell gunakan lebih banyak air ketika penyediaan.Untuk rasa lebih segar, anda juga boleh perahkan sedikit jus limau jika suka. So far, so good dan Kak Bell boleh nikmati minuman ubi bit setiap hari.

Selain daripada kelebihan yang dinyatakan di atas, serbuk ubi bit merah Joymix ini juga kaya dengan Vitamin A, C, B1 (thiamin) dan juga B2 (riboflavin). Memang sesuai untuk dijadikan minuman kesihatan sebagai diet yang sihat. Buat pembaca yang ingin cuba minuman ubi bit merah ini boleh dapatkannya di sini > JoyMix Beet Root dan boleh gunakan promo code di bawah untuk discount 20%!


BEETROOTJOY

Untuk maklumat lanjut tentang produk dan kebaikan Beet Root Concentrated Juice Powder JoyMix ini, anda boleh layari laman sosial JoyMix di bawah.

| Web | FB | IG |

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at [email protected]

21 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. bagusnya jus ni byk khasiat. nak try cari laa

    ReplyDelete
  2. just nice, I am taking this drink too. very nice to drink and my sis in law like to drink it cold. Now easy to make drinks and pastry too with the powder form.

    ReplyDelete
  3. macam mana rasa dia ea teringin pulak nak rasa tengok warna menarik macam tu. airah lepas pregnant ni kena beli minuman kuruskan badan la, berat dah naik sangat

    ReplyDelete
  4. Isteri ada masak beet root ini secara manual...tapi kalau pakai jus estrak ini maka lagi lah cepat kan? :) Boleh dapat lebih banyak khasiat.

    ReplyDelete
  5. Bila dan mudah untuk diminum, maka tidak mustahil akan ramai penggemarnya kan. Patut la Bell makin lawa kebelakangan ini. Ini rupanya rahsia Bell ye

    ReplyDelete
  6. Banyaknye dok minum jus ubi bit ni. I suka fresh blend sebab tak pernah jumpa yang serbuk camni. Serbuk camni mudah. Tak payah nak peel sendiri. banyak khasiatnye ubi bit ni.

    ReplyDelete
  7. this beet root juice looks yummy and tasty.. would love to try it out too... glad to hear there's so many benefits..

    ReplyDelete
  8. Wah! Baru tahu pasal ubi bit merah jus ni. Nanti boleh cuba ni. Macam menarik je. Manfaat dia pon banyak dan bagus². Soon will try.

    ReplyDelete
  9. Sebenarnya kan, Nad tak pernah dengar ubi bit merah sebelum ni. Ni first product yang Nad tengok guna bahan ubi bit merah. Tengok macam banyak khasiat yang bermanfaat untuk kesihatan badan. Agak-agak untuk berat 250 gram tu boleh tahan berapa lama eh kak Bell?

    ReplyDelete
  10. byk manfaat joy mix beet root juice powder tu ye...utk kesihatan mmg kena jaga pemakanan dan bersenam juga tp certain org tk bole nk minum maybe tk sesuai rasanya..anyway tq for sharing this product

    ReplyDelete
  11. Kita ni memang susah nak makan ubi bit merah ini kalau nak masak lagi lah tidak tapi bila ada produk serbuk macam ni memang sangat mudah khasiat pun sama ok lah..

    ReplyDelete
  12. this beetroot is really good for health.....so many nutrition lus i like the color...

    ReplyDelete
  13. wah tak sangka banyak jugak khasiat ubi ni. selalu tengok drama korea dorang makan ubi ni. ingat boleh makan je, tahu pulak dah advance buat jus lagi. nanti nak cuba la sekali

    ReplyDelete
  14. beet root ni memang banyak khasiat.. sangat bagus untuk awet muda kaya dengan magnesium.. i nak juga cuba sebab i suka supplement yang berwarna merah sebab memang bagus untuk pengaliran darah juga heee... kaya khasiat ni.. macam superfood yummeh !

    ReplyDelete
  15. Banyak juga manfaat ubit bit merah ni kan..skli tgk mcm bawang merah lak..huhu.. Joymix ni dlu de produk soya collagen kan kalau xsilap..skrg dh byk keluaran dia buat..

    ReplyDelete
  16. Tak pernah tau beet root ni boleh minum je. Biasa saya masuk dalam masakan je tapi sebab beet root ni rasaya tak terlalu familiar dengan makanan melayu, jarang jugak lah nak guna

    ReplyDelete
  17. Tak tahu pula minuman bit ubi merah ni bagus untuk kesihatan kita. Tak pernha tahu pun pasal produk ni sebelum ni. Yang amalkan diet sesuailah ye minum ubi bit merah ni .Nanti nak try jugaklah

    ReplyDelete
  18. Ubi purple memang banyak kebaikannya. malah ia mahal dan rare tau. kadang ada terbeli ubi kaler lain. sedangkan nak warna pueple ni. hahahaha. bagus dah ada minuman ni.

    ReplyDelete
  19. Makan gan salad adalah tapi minum tak pernah lagi..boleh cuba ni..mana tau elok utk sis,maklum dh tua2 ni kena byk makan bemda2 berkhasiat ni

    ReplyDelete
  20. Kalau tak silap, dulu ada kawan pregnant. Paatu jenis HB low. Dia amalkan beetroot ni untuk naikkan HB dia. Katanya berkesan.
    Now dah ada dalam serbuk minuman pulak. Senang la macam tu kan.

    ReplyDelete
  21. beet root is very good for health. harganya kalo normal pun memang mahal.
    bagus skrng canggih da siap ada serbuk =)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post